16 DIS 2010: Perceraian dikalangan selebriti Hollywood bukanlah satu perkara asing lagi. Malah setiap kali kalau ada perkahwinan di kalangan selebriti mereka, mesti ada teman Murai Batu yang akan gatal mulut tanya: Agak berapa lama dorang ni bertahan sebelum bercerai? Ataupun mesti ada yang akan cakap: Alaa, sebulan dua lagi bercerailah tu, paling lama 2 tahun, tengok sudah!
Kedengaran agak sinis tapi Murai Batu rasa itulah hakikatnya. Semalam, pasangan yang Murai Batu rasa antara paling hot di Hollywood ketika ini, Scarlett Johansson dan Ryan Reynolds mengumumkan perceraian mereka selepas dua tahun berkahwin.Menurut kenyataan yang dipetik People Magazine, kedua-dua mereka berpisah berikutan jadual pengambaran yang terlalu padat dan ia secara tidak langsung telah menjejaskan hubungan mereka.
Scarlett ketika ini dikatakan cukup sibuk dengan projek filem superhero, The Avengers di mana dia akan kembali membawakan Black Widow yang dipegangnya dalam filem Iron Man 2.
Ryan pula bakal muncul sebagai superhero Green Lantern yang dijangka tayangannya pada 2011 ini. Ryab turut pernah muncul sebagai antagonis Deadpool dalam filem X-Men Origins: Wolverine pada 2009.
Dalam kenyataan mereka berdua, pasangan ini menjelaskan: "Selepas memikirkannya dengan teliti dan pada tempoh yang lama untuk kedua-dua pihak, kami membuat keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini.
"Kami menjalinkan hubungan ini dengan percintaan dan atas dasar itu dan keprihatinan kami menamatkannya. Walaupun privasi bukan sesuatu yang dapat dijangkakan, tapi kami amat menghargai jika dapat menikmati privasi itu," kata kedua-dua pasangan itu.
Difahamkan, kedua-dua mereka sudah berpisah secara senyap enam bulan lalu, di mana Scarlett yang memulakan inisiatif tersebut.
Laa...dah jadi bujang baliklah Ryan dan Scarlett ni. Gadis-gadis di luar sana tentu dah mula gila bayang balik pada Ryan yang kini boleh digelar 'The Most Eligible Bachelor' manakala yang lelaki pulak dah boleh start angau kat Scarlett yang pernah mendapat jolokan simbol seks itu.
Selain Scarlett-Ryan, satu lagi pasangan superhero yang hot seingat Murai Batu ialah Ben Affleck dan Jennifer Garner tapi setakat ini hubungan mereka berdua masih baik.
No comments:
Post a Comment