Tuesday, November 30, 2010

Korea Selatan tempatkan pelancar roket, tambah bala tentera

SEOUL: Korea Selatan mula menempatkan pelancar roket dan keperluan artileri tenteranya di barisan depan di pulau yang ditembak Korea Utara, minggu lalu dan mahu Pyongyang menghentikan provokasi.

Jurugambar AFP melihat anggota tentera tambahan ditempatkan di Pulau Yeonpyeong serta pelancar roket, enam hari selepas pulau itu dibedil dengan meriam Korea Utara.
Sementara itu, agensi berita Yonhap memetik seorang pegawai tinggi tentera Military, pelancar roket K-9 di pulau itu kini ditambah dua kali ganda menjadi 12.
Pegawai yang menggunakan pembesar suara juga mengumumkan pelan latihan penyelamat terutama daripada kebakaran akibat tembakan musuh.

Mereka memberitahu penduduk supaya mencari tempat pelindungan terutama di terowong yang disediakan.

Bagaimanapun sejam kemudian, satu pengumuman dibuat bahawa tiada latihan seumpama itu dan maklumat sebelum itu adalah satu kesilapan.

Presiden Lee Myung-Bak dikritik kerana lambat bertindak berikutan bedilan jirannya itu yang mengorbankan dua tentera marin serta dua orang awam dan mahu Seoul tidak mengulangi kesilapan kali kedua. - AFP

No comments:

Post a Comment