Wednesday, October 13, 2010

Mencipta Rekod Persembahan 1000 Gitar Bagi ‘Malaysia Guinness Book Of Records’ Sempena Festival Malaysia Inovatif 2010

Dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama pelbagai kementerian, Kerajaan Negeri dan rakan inovatif akan menganjurkan FESTIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010 pada 24-26 November 2010 bertempat di Stadium Bukit Jalil yang akan disempurnakan Majlis Penutup oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

UKM dipertanggungjawabkan menyelaras Persembahan Gitar Teramai di Malaysia yang akan melibatkan 1000 pemain gitar bagi mencipta rekod dan akan dicatatkan dalam Malaysia Guinness Book of Records pada 24-25 November 2010. Sehubungan dengan itu, UKM mengalu-alukan penyertaan daripada kakitangan dan pelajar UKM yang mempunyai kemahiran dan pengalaman bermain gitar untuk turut sama menjayakan program ini. 

Para peserta yang terlibat akan mendapat sijil dan nama mereka akan tercatat di dalam Malaysia Guinness Book of Records. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Puan Noor Faliza Hanim Binti Roslan(Pusat Kebudayaan,UKM) di talian 4739/0172366521 atau menghantar nama, no.telefon, alamat/organisasi ke email falizahanim@yahoo.com. 

Marilah bersama-sama menjayakan program ini!!!

No comments:

Post a Comment