Tuesday, January 18, 2011

Bukan Fail Cerai, Hanya Teman Anak Saudara – Vanidah Imran




PETALING JAYA: Juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim pertama, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (gambar) berada di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin hanyalah untuk menemani anak saudara mereka yang mahu menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak.
Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee memberitahu mStar Online di sini pada Isnin malam berkata, anak saudara suaminya itu mempunyai masalah rumah tangga dan meminta mereka membantu untuk menyelesaikan kes berkenaan.
“Saya dan Rashidi tidak ada apa-apa benda yang nak buat hari ini (Isnin), jadi kami mengambil peluang untuk menemani anak saudara kami ke mahkamah. Kebetulan pula saya dan Rashidi ni artis, mungkin senang sikit untuk berurusan dengan pihak berkenaan,” katanya.
Vanidah diminta mengulas kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama Rashidi pada Isnin kira-kira pukul 12.45 tengah hari sehingga menimbulkan tanda tanya sehingga ada yang berkata kononnya mereka hendak memfailkan perceraian.
Vanidah hadir dengan berpakaian serba hitam manakala Rashidi dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan yang secara kebetulan berada di mahkamah untuk mengikuti satu kes lain.
Ditanya mengenai insiden itu, pengacara Nona tersebut berkata, dia dan suami tiba-tiba didatangi jurugambar yang terus mengambil gambar tanpa bertanya tujuan sebenar mereka ke mahkamah.
Cara itu kata Vanidah menyebabkan Rashidi agak kurang selesa sehingga membuatkan jurugambar berkenaan mungkin menyangka mereka berdua sedang menghadapi masalah rumah tangga.
Kata Vanidah, sebagai pasangan yang menjadi contoh kepada artis-artis lain, hubungannya dengan Rashidi sangat bahagia dan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri.
Dia bagaimanapun berharap, pada masa akan datang pihak-pihak tertentu jangan mudah untuk membuat spekulasi negatif terhadap sesuatu perkara sebaliknya terus bertanya kepada mereka berdua untuk mendapatkan sesuatu kepastian.
Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang anak, Mikail Aimran, 7, dan Mariyam Rashika, 6 tahun.
Pada majlis ulang tahun perkahwinan ke-10 yang diadakan pada 22 September tahun lalu, mereka mengakui jatuh cinta pandangan pertama semasa berlakon di dalam drama Atirah.
Pada 29 Disember 2007, Rashidi dan Vanidah yang mewakili Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia diumumkan sebagai pemenang Sehati Berdansa.

'Kami Sarapan Pagi, Bukan Duduk Serumah' - Norman Hakim



Norman dan Memey menghadapi kontroversi sekali lagi apabila dikatakan tinggal serumah.

KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.
Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.
“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.
Norman yang sebelum ini berdiam diri tampil membuat kenyataan selepas diajukan soalan berkenan walaupun pada mulanya dia enggan bercerita mengenai perkara itu.
Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.
Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.
Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey.
Kata Norman, dia tidak mahu perkara itu terus mengeruhkan lagi keadaan dan bertindak mengambil pendekatan untuk berdiam diri.
Bagaimanapun Norman berkata dia sudah lali dengan macam-macam ujian yang dihadapinya termasuklah tohmahan dan tuduhan daripada bekas isteri sendiri.
“Saya dah biasa dengan pengalaman macam ini. Malah sebelum ni pun saya dah lalui benda yang lebih berat,” katanya.
Ditanya benarkan dakwaan dia dan Memey sebenarnya tinggal serumah, Norman menafikan perkara itu,.
Jelas Norman, menjadi rutin hariannya untuk menghantar anak mereka, Marissa Dania Hakim yang berusia enam tahun ke sekolah pada waktu pagi sementara anak sulung mereka Mohamed Danish Hakim,8, pada waktu petang.
Selain dua anak itu, Norman turut mempunyai seorang lagi anak, Maria Danish Hakim yang berusia tiga tahun.
Katanya, ada;ah tidak salah untuk menikmati sarapan pagi dengan tunang tetapi apabila perkara sedemikian telah disalahtafsirkan, ia mampu menjadi isu yang besar.
Mengenai khabar angin mengatakan pendedahan Abby itu menyebabkan tawaran berlakon untuknya turut terjejas, Norman berkata perkara itu tiada kena mengenai dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.
“Saya masih dapat tawaran berlakon seperti biasa. Tak ada apa-apa masalah pun. Saya tahu syarikat produksi semuanya profesional. Apa yang berkalku (pendedahan Abby) itu adalah kes yang berlainan,” ujarnya yang tidak mahu memikirkan perbuatan buruk yang dilakukan oleh bekas isterinya itu.

Kereta Farhan AF4 Ditemui Belakang Balai Polis




KUALA LUMPUR: Penyanyi Akademi Fantasia keempat (AF4) Nur Farhan Azizan,27, atau Farhan (gambar) yang begitu trauma selepas dua kali rumahnya di pecah masuk berasa lega apabila keretanya yang hilang akibat kejadian itu telah ditemui kira-kira dua bulan lalu.
Kata Farhan, kereta jenis Naza Citra yang dibeli hasil wang nyanyiannya ditemui oleh pihak polis di belakang balai polis Jalan Pudu di sini.
“Saya amat bertuah, kereta yang hilang “datang” balik. Inilah rezeki namanya,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lords’ Tailor di sini malam Ahad.
Dalam kejadian pada Julai tahun lalu, rumah penyanyi itu di Pandan Indah di sini di pecah masuk ketika dia dan keluarga keluar makan menyebabkan dia kerugian kira-kira RM20,000 apabila barang kemas dalam rumah berkenaan dicuri.
Lebih malang lagi dua bulan selepas itu, rumahnya sekali lagi di ceroboh menyebabkan kereta jenis Naza Citra miliknya telah dilarikan.
Kata Farhan, dia begitu gembira kerana kereta berkenaan ditemui oleh pihak polis dalam keadaan sempurna kerana aksesori kereta luar dan dalam tidak diambil oleh pencuri.
“Pihak polis beritahu saya, mereka mengesyaki kereta itu ditinggalkan pencuri kerana mendapati ia tersadai dalam tempoh tertentu sehinggalah selepas membuat pemeriksaan mendapati ia kereta yang saya laporkan hilang,” katanya.
Ditanya adakah dia masih trauma selepas dua kali kejadian pecah masuk rumahnya itu berlaku, Farhan menjelaskan dia sudah dapat berhadapan dengan situasi cemas seperti itu.
Tambahnya, kawasan perumahan yang didiaminya sejak lima tahun lalu tersebut sentiasa mendapat pengawasan pihak polis selain sudah mempunyai pengawal keselamatan.
Walau bagaimanapun kata Farhan, dia tetap berhati-hati dan berharap kejadian seumpama itu tidak terus berulang.
“Walaupun fobia saya sudah hilang tetapi saya tetap akan berjaga-jaga agar perkara yang sama tidak berlaku lagi,” katanya yang turut ditemani ibu tersayang, Maniza Abdul Wahid yang berusia 46 tahun.

Menteri Besar Di Undang Rai Perkahwinan Zaquan & Ayu Raudhah


Abdul Radzak Salleh

PETALING JAYA:Abd. Radzak Salleh, 61, bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, 24, akan mengundang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat sempena majlis resepsi sebelah lelaki perkahwinan anaknya dengan pelakon Ayu Raudhah, pada 30 Januari ini.
Selain itu Abd. Radzak juga akan turut menjemput jurulatih bola sepak kebangsaan K.Rajagopal menyerikan majlis berkenaan yang akan diadakan di Kompleks Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan itu.
"Selain dua tetamu istimewa itu, Zaquan juga ada mengundang rakan-rakan sepasukannya bagi meraikan hari bahagia perkahwinan berkenaan," ujarnyaketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Zaquan Adha

Pasangan selebriti Zaquan Adha dan Ayu Raudhah akan diijabkabulkan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
Zaquan Adha merupakan kembar kepada Aidil Zafuan yang juga berkahwin dengan dramatis Rita Rudaini Mokhtar.
Ditanya adakah Rita Rudaini yang pernah mempunyai konflik dengan keluarganya sebelum ini turut di undang ke majlis tersebut, Abdul Radzak berkata dia menjemput kesemua ahli keluarga tersebut termasuklah menantunya itu.
Ayu Raudhah

"Ini merupakan majlis keluarga sudah tentu saya berharap semua ahli keluarga akan hadir ke majlis bahagia itu termasuklah Rita Rudaini,” katanya.
Menurutnya lagi, sebagai orang tua dia berharap anak-anaknya bahagia dengan pilihan pasangan hidup masing-masing.
"Artis atau bukan pada saya sama sahaja. Itu adalah jodoh mereka. Sebagai bapa saya hanya merestui dan berdoa agar mereka bahagia," katanya.

Drama Terakhir Faizal Yusop Di TV9 Malam Esok



PETALING JAYA: Drama terakhir lakonan Faizal Yusop,33, (gambar) sebelum kematiannya bersama TV9 akan menemui penonton menerusi saluran itu pada Rabu ini.
Telefilem bertajuk Jangan Hantar Aku Ke Neraka itu akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada pukul 8.30 malam.
Selain Faizal, drama berkenaan turut diterajui Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.
Kesemua pelakon itu turut merasai kehilangan Faizal kerana penggambaran berkenaan tamat beberapa hari sebelum kejadian itu.
Faizal meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu akibat serangan jantung.
Dia meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid,27, dan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie,2, hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Siti Nordiana.
TV9 dalam satu kenyataannya berkata Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami.
Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup.
Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.
Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai.
Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya.
Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik.
Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur.
Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya walaupun diai amat merindui ibu tersayang.
Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit dan sentiasa menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.
Apakah kesudahan drama penuh emosi dan menyayat hati ini? Bagaimana pula dengan Zai? Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini?
Jawapannya akan diperoleh jika anda menonton drama berkenaan.

Pelakon Cina 'Auntie Lai Meng' Lancar Buku Biografi



Lai Meng, pelakon veteran yang popular untuk drama-drama Cina.

KUALA LUMPUR: Pelakon legenda Cina tempatan, Lai Meng, 83, melancarkan buku biografinya di Hotel Ritz Carlton, di sini, Ahad lalu.
Buku yang mengisahkan tentang kehidupan Lai Meng dari kecil sehingga sekarang itu diterbitkan oleh Just Work Entertainment Sdn Bhd.
Idea untuk menghasilkan buku biografi itu tercetus daripada pemilik dan pengarah syarikat terbitan itu, James Wong Chee Keong, yang juga dikenali sebagai seorang pelakon.
Di samping itu, Lai Meng yang masih aktif dalam industri seni lakonan di Malaysia dan Singapura juga sempat berkongsi tentang rahsia dirinya.
“Saya hanya menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Yang paling penting, saya sentiasa ceria dan senyum. Saya tidak banyak berfikir tentang kesusahan dan perkara negatif.
“Sedangkan semasa berbual sekarang pun saya boleh ketawa dan ceria. Saya rasa hanya itu yang membuatkan kita bahagia dan gembira,” ujarnya kepada mStar Online. Lai Meng dikenali menerusi siri televisyen Empat Sekawan pada tahun 70-an dan 80-an.
Buku biografi ini berkongsi tentang kehidupan peribadi, kisah cinta, karier, cabaran dan pencapaian serta perkara yang belum pernah didedahkan sebelum ini.
“Saya berasa terharu dan berterima kasih kepada pihak Just Work Entertainment kerana sudi menghasilkan buku biografi ini. Saya juga menganggap buku ini sebagai penghargaan untuk mendiang suami yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.
“Setakat ini, buku ini dihasilkan dalam bahasa Cina tetapi dalam masa akan datang ia juga akan dialih bahasa dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
“Wang jualan buku semasa majlis pelancaran ini akan disumbangkan kepada Hospis Malaysia,” katanya lagi.
Bercerita lanjut tentang penglibatannya dalam industri sekarang ini, ibu kepada tiga orang anak ini muncul dalam drama ‘A Time To Embrace’ yang sedang disiarkan di 8TV dan sebuah filem yang bakal ditayangkan di pawagam di Singapura pada hujung bulan ini.
Selain itu, Lai Meng juga akan terlibat dalam sebuah persembahan ‘The Legend of Lai Meng Musical’ di Arena of Stars, Genting Highlands pada 19 Februari ini, pukul 8 malam.
“Saya juga masih aktif menyanyi dan akan membuat persembahan tentang kisah hidup saya.
“Saya seronok menjalani kehidupan sebagai seorang artis dan tidak terfikir untuk bersara lagi,” beritahunya.
Lebih menarik, dia yang telah berkecimpung dalam industri seni ini selama 58 tahun, baru sahaja dianugerahkan ‘Longest Performing Artist’ dalam The Malaysia Book of Records beberapa hari lalu.
Selain itu, dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Golden Award ntv7 2010.
Buku biografi Auntie Lai Meng dijual pada harga RM33 di kebanyakan kedai buku utama di Malaysia termasuk Popular dan news.com mulai Februari ini. Ia juga boleh didapati di beberapa kedai buku di Singapura

Tunang Putera William Tolak Tinggal Di Istana



TUNANG kepada Putera William, Kate Middleton menolak untuk tinggal bersama keluarga mertuanya di Istana Buckingham.
Pasangan yang bakal berkahwin pada 29 April ini telah memilih untuk tinggal di sebuah pangsapuri mewah yang terletak di Istana St.James yang mana jauh lebih sederhana berbanding di Buckingham.
“Pangsapuri di Istana St. James lebih selesa dan tenang dari kehidupan istana seperti di Buckingham. Willian telah berjanji untuk menjalani kehidupan normal seperti rakyat biasa dengan tenang dan aman,” jelas sumber terdekatnya.

Berat Badan Agnes Monica Bertambah


PENYANYI Agnes Monica mengakui pertambahan berat badannya adalah disebabkan kekurangan masa untuk bersenam.
Jelas Agnes, dia kini terlalu sibuk dengan lakonan drama terbarunya sehingga tidak berkesempatan untuk ke gim.
“Saya sedang sibuk dengan sinetron dalam masa dua bulan ini. Jadi tiada masa untuk bersenam dan ke gim. Jika waktu rehat saya akan betul-betul rehat di rumah.
“Saya harap selepas tamat drama ini saya boleh kembalikan semula berat badan saya,” katanya.
Dia yang ditemui oleh Kapanlagi.com memeberitahu akan menyiapkan diri kepada sebuah acara besar.
“Selepas siri sinetron ini saya perlu bersiap untuk sebuah cara besar selepas ini,” katanya.

Majlis Perkahwinan Rebecca Nur Islam


gambar perkahwinan rebecca nur islam
Berseri-seri acam kuih seri sungguh muka Rebecca Nur Islam dalam gambar majlis perkahwinannya. Suka sungguh kami tengok kegembiraan yang terpancar daripada wajahnya. Gembira seperti anak buah kami yang baru-baru ini mendapat set drum sempena hari jadinya. Kami happy untuk Rebecca kerana hajatnya untuk menjadi seorang isteri sudah pun tercapai.
Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Rebecca Nur Islam dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada JanggutTouch (taknak sponsor ambik gambar kami kahwin ke nanti?).

gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam

Filem Facebook Mengungguli Golden Globe ke-68


G-Na Tak Sangka Popular Di Malaysia!

BEVERLY HILLS, 17 JANUARI 2011: Seperti yang dijangka filem arahan David Fincher, The Social Network meraih anugerah Filem Terbaik, anugerah Golden Globe sekaligus menewaskan pesaing terdekatnya filem The King's Speech, Black Swan, Inception dan The Fighter.
Anugerah edisi ke- 68 itu juga menyaksikan, Ficnher dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik di majlis anugerah yang mengiktiraf karyawan perfileman dan televisyen terbaik Hollywood.
Filem The Social Network mengisahkan tentang paparan hidup pengasas laman sosial Facebook iaitu Mark Zuckerberg itu, turut memenangi 2 anugerah lain iaitu Skor Muzik Asal Terbaik dan juga Lakon Layar Terbaik.
Bagi anugerah Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik pula disandang oleh Colin Firth menerusi filem The King's Speech dan Natalie Portman( Black Swan). Sementara itu, bagi anugerah Pelakon Komedi/ Muzikal Terbaik Lelaki dan Wanita pula dimenangi oleh Paul Giamatti (Barney's Version) dan Annette Bening, (The Kids Are All Right).
Dua pelakon dari filem The Fighter iaitu aktor Christian Bale dan aktres Melissa Leo masing-masing memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.
Filem The Kids Are All Right pula menyandang anugerah Filem Muzikal/ Komedi Terbaik manakala filem Toy Story 3 dinobatkan sebagai filem animasi terbaik dan filem In A Better World pula memenangi anugerah Filem Asing Terbaik dalam majlis anugerah itu.
Justin Bieber, Zac Efron, Halle Berry dan Sandra Bullock antara selebrti yang tampil selaku penyampai anugerah majlis berprestij berkenaan yang telah berlangsung dari Hotel Beverly Hilton. Majlis anugerah tersebut telah pun disiarkan secara langsung di lebih 160 buah negara menerusi saluran Star World.
Keputusan Penuh Anugerah Golden Globe ke-68:
Filem Drama Terbaik
Black Swan
The Fighter
Inception
The King's Speech
PEMENANG: The Social Network
Filem Muzikal / Komedi
Alice in Wonderland
Burlesque
PEMENANG: The Kids Are All Right
Red
The Tourist
Pengarah Terbaik:
Darren Aronofsky, Black Swan
PEMENANG: David Fincher, The Social Network
Tom Hooper, The King's Speech
Christopher Nolan, Inception
David O. Russell, The Fighter
Pelakon Lelaki Drama Terbaik:
Jesse Eisenberg, The Social Network
PEMENANG: Colin Firth, The King's Speech
James Franco, 127 Hours
Ryan Gosling, Blue Valentine
Mark Wahlberg, The Fighter
Pelakon Wanita Drama Terbaik:
Halle Berry, Frankie and Alice
Nicole Kidman, Rabbit Hole
Jennifer Lawrence, Winter's Bone
PEMENANG: Natalie Portman, Black Swan
Michelle Williams, Blue Valentine
Pelakon Lelaki Komedi / Muzikal Terbaik
Johnny Depp, Alice in Wonderland
Johnny Depp, The Tourist
PEMENANG: Paul Giamatti, Barney's Version
Jake Gyllenhaal, Love and Other Drugs
Kevin Spacey, Casino Jack
Pelakon Wanita Komedi/ Muzikal Terbaik
PEMENANG: Annette Bening, The Kids Are All Right
Anne Hathaway, Love and Other Drugs
Angelina Jolie, The Tourist
Julianne Moore, The Kids Are All Right
Emma Stone, Easy A
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
PEMENANG: Christian Bale, The Fighter
Michael Douglas, Wall Street 2
Andrew Garfield, The Social Network
Jeremy Renner, The Town
Geoffrey Rush, The King's Speech
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Amy Adams, The Fighter
Helena Bonham Carter, The King's Speech
Mila Kunis, Black Swan
PEMENANG: Melissa Leo, The Fighter
Jacki Weaver, Animal Kingdom
Lakon Layar Terbaik
Danny Boyle and Simon Beaufoy, 127 Hours
Lisa Cholodenko and Stuart Blumberg, The Kids Are All Right
Christopher Nolan, Inception
David Seidler, The King's Speech
PEMENANG: Aaron Sorkin, The Social Network
Filem Animasi Terbaik
Despicable Me
How To Train Your Dragon
The Illusionist
Tangled
PEMENANG: Toy Story 3
Filem Asing Terbaik
Biutiful
The Concert
The Edge
I Am Love
PEMENANG: In A Better World
Skor Muzil Asal Terbaik
Alexandre Desplat, The King's Speech
Danny Elfman, Alice in Wonderland
A.R. Rahman, 127 Hours
PEMENANG: Trent Reznor and Atticus Ross, The Social Network
Hans Zimmer, Inception
Lagu Asal Terbaik
"Coming Home," Country Strong
"I See the Light," Tangled
"There's A Place For Us," Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader
PEMENANG: "You Haven't Seen The Last Of Me" - Burlesque
Drama Siri Televisyen Terbaik
PEMENANG: Boardwalk Empire (HBO)
Dexter (Showtime)
The Good Wife (CBS)
Mad Men (AMC)
The Walking Dead (AMC)
Aktres Terbaik (Drama Bersiri)
Julianna Margulies - The Good Wife
Elisabeth Moss - Mad Men
Piper Perabo - Covert Affairs
PEMENANG: Katey Sagal - Sons Of Anarchy
Kyra Sedgwick - The Closer
Aktor Terbaik (Drama Bersiri)
Bryan Cranston - Breaking Bad
PEMENANG: Steve Buscemi - Boardwalk Empire
Michael C Hall - Dexter
Jon Hamm - Mad Men
Hugh Laurie - House
Komedi Siri Terbaik
30 Rock (NBC)
The Big Bang Theory (CBS)
The Big C (Showtime)
PEMENANG: Glee (Fox)
Modern Family (ABC)
Nurse Jackie (Showtime)
Aktres Terbaik (Siri Komedi)
Toni Collette - United States Of Tara
Edie Falco - Nurse Jackie
Tina Fey - 30 Rock
PEMENANG: Laura Linney - The Big C
Lea Michele - Glee
Aktor Terbaik (Siri Komedi)
Alec Baldwin - 30 Rock
Steve Carell - The Office
Thomas Jane - Hung
Matthew Morrison - Glee
PEMENANG: Jim Parsons - The Big Bang Theory
Mini Siri/ Telefilem Terbaik
PEMENANG: Carlos (Sundance Channel)
The Pacific (HBO)
Pillars Of The Earth (Starz)
Temple Grandin (HBO)
You Don't Know Jack (HBO)
Aktres Mini Siri / Telefilem Terbaik
Hayley Atwell - Pillars Of The Earth
PEMENANG: Claire Danes - Temple Grandin
Judi Dench - Return To Cranford
Romola Garai - Emma
Jennifer Love Hewitt - The Client List
Aktor Mini Siri/ Telefilem Terbaik
Idris Elba - Luther
Ian McShane - Pillars Of The Earth
PEMENANG: Al Pacino - You Don't Know Jack
Dennis Quaid - The Special Relationship
Edgar Ramirez - Carlos
Aktres Pembantu Terbaik (Mini Siri/ Telefilem)
Hope Davis - The Special Relationship
PEMENANG: Jane Lynch - Glee
Kelly Macdonald - Boardwalk Empire
Julia Stiles - Dexter
Sofia Vergara - Modern Family
Aktor Pembantu Terbaik (Mini Siri/ Telefilem)
Scott Caan - Hawaii Five-O
PEMENANG: Chris Colfer - Glee
Chris Noth - The Good Wife
Eric Stonestreet - Modern Family
David Strathairn - Temple Grandin
Anugerah Khas
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Cecil B. DeMille: Robert De Niro