Tuesday, January 11, 2011

Aziz M Osman Teruja Menanti Kehadiran Cahaya Mata!



KUALA LUMPUR, 11 JAN 2011: Tiada berita yang paling menggembirakan bagi setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga selain menerima berita kehadiran orang baru atau cahaya mata.Begitu juga dengan pengarah terkenal, Aziz M Osman, 48,
Walaupun sudah dikurniakan enam orang anak dari perkahwinan terdahulu, namun kehadiran cahaya mata bersama isteri baru tersayang yang dinikahinya pada 6 Jun 2010 memang tetap dinanti-nantikan.
Akhirnya, apa yang diimpikan itu termakbul juga. Isterinya, Puteri Lily Lokman, 21, telah disahkan hamil buat kali kedua baru-baru ini selepas mengalami keguguran sebelum ini.
"Alhamdulilah kandungan Liliy kini sudah sebulan lebih. Sebelum ini Lily ade mengadu rasa tak sedap badan dan muntah-muntah tetapi ingatkan dia tersalah makan namun bila bawa dia pergi klinik, doktor telah sahkan dia mengandung.
"Siapa tak gembira, sebenarnya dah lama saya menanti kehadiran cahaya mata atau anak kecil di rumah ini. Rasa rindu nak bermain dengan anak kecil kerana saya ni sukakan budak-budak dan rasa sunyi bila tiada anak kecil di rumah.
"Menariknya, doktor jangkakan anak saya ini akan lahir pada 31 Ogos 2011 di mana seluruh rakayat Malaysia menyambut Kemerdekaan dan Hari Raya Puasa," jelas Aiziz sewaktu dihubungi oleh murai.com.my.
Bercakap mengenai keadaan isterinya, Aziz memberitahu Lily perlu lebih berjaga-jaga dengan kandungannya supaya tidak mengalami keguguran untuk kali kedua.
"Buat masa sekarang keadaan Liliy agak teruk. Saya pun faham, ini pengalaman pertama baginya. Dia kini dinasihatkan hanya berehat di rumah kerana dia seorang yang tak lasak dan ditakuti keguguran lagi. Jadisa ini, dia tidak dapat menemani saya atau menguruskan hal saya seperti sebelum," katanya lagi.
Dalam pada itu, Aziz yang sentiasa mengharapkan keselamatan isteri dan anak dalam kandungannya itu turut berasa yakin bahawa Lily sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu yang baik di usia mudanya.
"Biarpun usia Lily masih lagi muda, namun saya dapat lihat sifat keibuan yang ada pada dirinya. Tak nampak kekok langsung bila lihat dia bersama anak-anak kecil. Lagipun, dia datang daripada keluagra yang besar yang mempunyai anak-anak sedara dari banyak peringkat usia sehinggalah ke anak kecil. Jadi untuk menguruskan anak kecil, ia bukanlahs atu masalah buatnya," pujinya.
Aziz juga bakal melakukan pengambaran untuk filem terbarunya, Azura bermula di dua buah negara Eropah seperti London dan Paris pada 20 Januari 2011 ini.

No comments:

Post a Comment