Jalan cerita juga amat menarik, ya memang serius menarik! Gadis Semasa mengisahkan seorang pelajar jurusan muzik yangdicungkil bakat muziknya menerusi laman sosial. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merealisasikan minatnya dalam bidang itu sehingga ke pentas terkemuka. Namun dengan bantuan pakar, dia mula membina keyakinan diri dan melihat perubahan dalam hidup.
Rancangan ini sememangnya idea yang segar & baru untuk penonton drama. Kebiasaannya, pihak produksi & penaja lebih gemar mengambil selebriti popular untuk merealisasikan idea rancangan realiti. Berlainan pula kali ini mereka berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Selepas menonton episod pertama, kami berani kata sambungan episod kedua akan lebih menarik dengan perkembangan cerita Melda Ahmad yang putus cinta, dan mencipta lagu ini.
No comments:
Post a Comment