Tuesday, September 28, 2010

Hospital Az Zahrah, Bangi

Medi Circle Sdn Bhd merupakan syarikat milik Bumiputera yang telah mula beroperasi sejak Mac 1997. Syarikat ini telah ditubuhkan bagi menawarkan khidmat perubatan kepada masyarakat. Sebagai menjayakan tuuan tersebut, Medi Circle telah membina Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) yang bertempat di Bandar Baru Bangi pada Oktober 1997.

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah telah memulakan operasinya dengan menawarkan perkhidmatan perubatan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan motto “Dengan Keprihatinan, Kami Merawat dan Mendidik Pesakit Kami”.

Dengan kombinasi pakar-pakar perubatan dan pengurusan yang professional, ia telah menjadikan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah semakin membangun dan membantu dalam kebajikan social. Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah juga telah berjaya memperluaskan kepakaran mereka dengan menawarkan lebih banyak perkhidmatan perubatan bagi membantu menangani isu pertambahan penduduk masa kini. Justeru itu, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah telah melebarkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang perubatan.

Dengan adanya kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah berhasrat ia dapat mengukuhkan lagi syarikat ini seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada industri berasaskan bidang perubatan. 

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) juga menawarkan perkhidmatan:

  • Perbidanan dan Sakit Puan
    • Amniosintesis
    • Marsupiliasasi
  • Pediatrik
    • Ortopedik
  • Surgeri
    • Berkhatan untuk kanak-kanak dan orang dewasa
    • Herniotomi / Herniorafi
    • Pembedahan Koloid
    • Abcess under GA / LA
    • Pembedahan Hemorrhoid
  • Orthopedik
    • Arthroskopi
    • Close Manipulative Reduction

No comments:

Post a Comment