Tuesday, September 28, 2010

Sejarah Bandar Baru Bangi


Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit (West Country Estate) yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.

Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru.

Berkonsepkan Bandar Taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.



Sejarah nama BANGI

Versi 1 : 'Wangi' disebut 'Bangi' jika ibu bapa merujuk bau anak kecil mereka yang baru mandi.

Versi 2 : Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telor Jawa. Bukit UKM pada peringkat awal penerokaannya ialah sebuah hutan tebal yang diduduki orang halus. Pada waktu senja, bau wangi akan mencucuk hidung dan semua wanita dan kanak-kanak akan masuk ke rumah kerana orang halus hadir berhampiran mereka. Ada yang percaya makhluk-makhluk ini telahpun dipindahkan ke kawasan lain oleh seorang pengamal perubatan islam di situ.

Versi 3: Asal perkataan Bangi ialah 'bangor' yang bermaksud bau busuk melantung dari ikan-ikan keli kering yang dijemur di tepian sawah padi. Sebelum Sungai Semenyih diluruskan sekitar tahun 1965, kawasan Bangi Lama pernah ditanam sikit-sikit dengan padi sawah.

Kawasan Perindustrian

Sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, bandar ini dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Banyak kilang didirikan di sini kerana premium tanah yang rendah dan dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih. Antara kilang yang ada di sini ialah :

   1. Sony
   2. Hitachi
   3. Upha
   4. Sapura
   5. Datapos
   6. Onkyo
   7. Denso
   8. Permanis (Pepsi)
   9. Sadoshima
  10. Ryoka
  11. Okumura
  12. Taisho (Livita)

Sebuah kawasan perindustrian baru juga dibina iaitu Kawasan Perindustrian Selaman.

Sumber Ekonomi Bangi

Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan menjadi tumpuan pengunjung luar. Terdapat pelbagai sektor perniagaan kini rancak diusahakan bagi memenuhi keperluan penduduk Bandar Baru Bangi terutama di lot-lot perniagaan di Seksyen 7, 8 dan 9.


·         Kedai Makan

ü  Bangi Kopitiam
ü  Old Town White Coffee
ü   Briyani Mat Top
ü  Briyani Othman
ü  Restoran Nasi Ulam
ü  Restoran Wong Solo
ü   McDonald (McD)
ü  Pizza San Francisco
ü  Pappa Rich
ü  Kentucky Fried Chicken (KFC)
ü  Restoran Syarifah
ü  Secret Recipe
ü  D' Limau Nipis
ü  Pizza Hut
ü  Mama Chop Papa Grill

·         Pusat Kewangan

ü  Maybank
ü  RHB
ü  BSN
ü  Bank Muamalat
ü  CIMB Bank

·         Institusi pendidikan

1. Universiti Kebangsaan Malaysia




2. Universiti Putra Malaysia
3. Universiti Multimedia Malaysia
4. Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN )
5. Universiti Lim Kok Wing
6. Universiti Kuala Lumpur
7. Universiti Sains Islam Malaysia
8. PORIM
9. MARDI
10.PERMATA
11. PETRONAS Research Institute
12. National Institute of OSH( NIOSH)
13. KWSP Institute
14. Malaysian French Institute
15. Maybank Training Centre
16. CIMB Training Centre
17. Nuclear Research centre
18. LHDN Institute PLPP

19. Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan OKU




20. Pusat Latihan Perundangan & Kehakiman
21. Kolej Islam Malaysia
22. Institut Alam Sekitar


·         Sekolah di Bangi

ü  Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bangi
ü   Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Min
ü  Sekolah Kebangsaan Jalan Empat
ü  Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
ü  Sekolah Kebangsaan Jalan Enam
ü  Sekolah Kebangsaan Bangi
ü  Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
ü  Sekolah Kebangsaan Jalan 3
ü   Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
ü  Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko
ü  Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga
ü  Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat

Bangi bandar ilmu

Pada 22 Jun 2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.

4 comments:

  1. boleh bagi tahu tak latar belakang taman syeksen 9 bandar baru bangi.

    ReplyDelete
  2. boleh beritahu latar belakang seksyen 10 bandar baru bangi?

    ReplyDelete
  3. Boleh tak beritahu tentang Bandar baru bangi Dan Bandar lama bangi

    ReplyDelete