Tuesday, November 30, 2010

Hujan Dapat Bas Daripada BSN

Hujan kini tinggal bertiga.
KUALA LUMPUR: Setelah memiliki pencapaian yang memberangsangkan di bidang nyanyian, kumpulan Hujan telah menerima sebuah bas khas yang telah diubah suai oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Hujan yang kini menjadi duta MyBSN berkata mereka gembira menerima kemudahan pengangkutan kerana ia lebih memudahkan perjalanan kumpulan itu bila mengadakan konsert jelajah.
Menurut salah seorang ahlinya, Dimas, bas tersebut telah diubah suai mengikut keperluan dan keselesaan mereka dan mereka tidak sabar untuk berkongsi keselesaan bas itu bersama peminat-peminat mereka.
"Alhamdulillah kemudahan bas yang diberikan ini sangat selesa. Sekurang-kurangnya kami dapat berehat sepanjang konsert jelajah kami yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Bagaimanapun bas tersebut tidak diberikan terus pada kami tetapi kami akan gunakannya sepanjang setahun kontrak kamu bersama BSN.
"Kamu harap para peminat juga dapat merasa menaiki bas ini bersama-sama kami," katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat BSN, Emilia Azyyati Abdul Rahman berkata, pemilihan Hujan dibuat berdasarkan pencapaian yang diterima dan Hujan juga memiliki daya tarikan sendiri dalam mengajak para remaja memulakan penyimpanan wang.
Hujan kini lebih selesa dengan kemudahan baru mereka.
Sementara itu, ahli Hujan kini hanya tinggal tiga orang sahaja setelah Ag Coco membuat keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan tersebut kerana ingin memberi fokus kepada kumpulannya, Coco, yang juga disertainya sejak lapan tahun lalu.
Beritahu Dimas, walaupun tanpa AG, gitaris itu tetap akan bersama mereka bila persembahan nyanyian diadakan.
"AG cuma bukan lagi jadi ahli kami, tetapi dia kini menjadi pemain 'sesion' kami. Sama juga seperti pemain drum kami, Am," katanya pada pelancaran album Hujan, Lone Soldier Boy (LSB) di Berjaya Time Square, di sini, Jumaat.
Selepas pelancaran album, Hujan mengadakan mini 'showcase' di sebelah malamnya.

Selepas kejayaan album Mencari Konklusi, Hujan tampil dengan 14 buah lagu pula iaitu Di Kala Bulan Bermain Biola, Muda, Kotak Hati, Bagaikan Matahari, Inspektor Ramos, Bahgia, Kasihan dan Lonely Soldier Boy.
Kata Noh, pembikinan album yang dihasilkan kali ini selama empat bulan itu menelan wang belanja sebanyak RM30,000.
"Apapun, kami berpuas hati dengan hasil lagu yang dibuat dan selain peminat-peminat luar, Raingers merupakan pembakar semangat kami untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
"Dalam pada itu, salah satu lagu daripada album kali ini, LSB adalah sebuah lagu daripada animasi Jepun, Mospeda. Sebenarnya lagu itu telah lama dihasilkan iaitu pada tahun 2006.
"Tetapi dengan bantuan Warner Music, kami mendapat kebenaran daripada pihak animasi tersebut menggunakan lagu ini. Bagaimanapun, liriknya saya gubah semula dalam bahasa Melayu," ujarnya.

MIA Art Centre: Student Creativity on Display

Tarikh: 28-Nov-2010 - 12-Dec-2010
Hari di dalam minggu: Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday
Penonton sasaran: General Audience
Masa: 10:00 AM - 4:00 PM
Lokasi: MIA Art Centre
Individu untuk dihubungi: MIA Art Centre
Nombor Telefon: 03-2163 2337
E-mel: mia.ems@gmail.com
Laman Web:http://www.mia.edu.my
Harga Tiket: Percuma

Institut Seni Lukis Malaysia akan mengadakan pameran lukisan pada 28 Nov hingga 12 Dec di MIA Art Centre yang bertempat di Jalan Ampang. Pameran ini mempamerkan kerja-kerja pelajar yang mengikut kursus seni di pusat ini. Lukisan yang dipamerkan termasuk lukisan minyak, cat air, lukisan cina dan barang tembikar. Masuk percuma.

PROGRAM TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA - 5HB DISEMBER 2010 (AHAD)

Tarikh: 29-Nov-2010 - 4-Dec-2010
Hari di dalam minggu: Sunday
Penonton sasaran: General Audience
Masa: -
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Individu untuk dihubungi: -
Nombor Telefon: -
E-mel: -
Laman Web: -
Harga Tiket: -

Pada yang suka menari, sekali lagi anda boleh menyertai Pesta Tarian Cuti Cuti 1Malaysia yang akan diadakan beramai-ramai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Ahad, 5hb Disember 2010. Pelajari secara percuma gerak tari asas yang mudah dan betul dari jurulatih professional yang disediakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang menerapkan elemen-elemen tarian termasuk tarian Melayu, Cina , India , Sabah, Sarawak, Orang Kita (Orang Asli) dan Siam . Untuk maklumat lanjut sila layari www.motour.gov.my atau www.tourismmalaysia.gov.my

'Iskandar Malaysia World Scrabble Festival 2010'

Tarikh: 1-Dec-2010 - 9-Dec-2010
Hari di dalam minggu: Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday
Penonton sasaran: General Audience
Masa: 8.00 AM - 6.00PM
Lokasi: The ZON Mall, Johor Bahru
Individu untuk dihubungi: Encik Othman Bin Zakaria (MOZack)
Nombor Telefon: 012-7203313 / 224 9960
E-mel: info@johortourism.com.my
Laman Web: -
Harga Tiket: Percuma

Orang ramai khasnya para peminat permainan Scrabble adalah di jemput datang menyaksikan acara 'Iskandar Malaysia World Scrabble Festival 2010' yang diadakan pada 1 - 9 Disember 2010 bertempat di The ZON Mall, Johor Bahru. Pelbagai acara diadakan termasuklah '5th World Scrabble Team Event' pada 1- 5 Disember 2010. Masuk adalah percuma.

Kempen Jantung Sihat

Tarikh: 2-Dec-2010 - 5-Dec-2010
Hari di dalam minggu: Sunday, Thursday, Friday, Saturday
Penonton sasaran: General Audience
Masa: 10.30 am - 9.00 pm
Lokasi: Kedah Darul Aman
Individu untuk dihubungi: Yayasan Jantung Malaysia
Nombor Telefon: 03-2693 4709
E-mel: http://www.facebook.com/pages/Yayasan-Jantung-Malaysia
Laman Web: http://yjm.org.my
Harga Tiket: Percuma

Menyediakan Pakej Saringan Kesihatan pada kadar yang paling rendah untuk mengetahui tahap kesihatan anda 1) Ujian Kolestrol dalam darah 2) Ujian Gula dalam darah 3) Ujian Tekanan darah 4) Indeks Jisim Tubuh (BMI) 5) Khidmat Pemakanan

Art Bazaar @ MIA Art Centre

Tarikh: 4-Dec-2010 - 4-Dec-2010
Hari di dalam minggu: Saturday
Penonton sasaran: General Audience
Masa: 10:00 AM - 4:00 PM
Lokasi: MIA Art Centre
Individu untuk dihubungi: MIA Art Centre
Nombor Telefon: 03-2163 2337
E-mel: mia.ems@gmail.com
Laman Web: http://www.mia.edu.my
Harga Tiket: Percuma

Institut Seni Lukis Malaysia akan mengadakan Art Bazaar pada 4 Dec dari 10 pagi - 4 petang di MIA Art Centre, Jalan Ampang. Pada hari tersebut, aktiviti lain seperti pameran lukisan dan bengkel-bengkel seni seperti bengkel melukis, bengkel tembikar, bengkel ingatan juga disediakan untuk semua. Masuk adalah percuma.

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P)

Tarikh:11-Dec-2010 - 12-Dec-2010
Hari di dalam minggu: Sunday, Saturday
Penonton sasaran: General Audience
Masa: 9.00 AM - 5.00 PM
Lokasi: DANGA BAY JOHOR BAHRU
Individu untuk dihubungi: HAZIZUL
Nombor Telefon: 07-2340148/9
E-mel: jobsmalaysia.iskandarmalaysia@gmail.com
Laman Web: http://www.jobsmalaysia.gov.my
Harga Tiket:  TIADA BAYARAN

1)PENDAFTARAN ONLINE JOBSMALAYSIA 2)TEMUDUGA TERBUKA OLEH MAJIKAN YANG DIJEMPUT. 3)KLINIK RESUME 4)KHIDMAT NASIHAT BERBURUHAN PROGRAM OLEH: JABATAN TENAGA KERJA JOHOR BAHRU KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Tip Menawan Hati Wanita


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
sumber : ayat- ayat cinta

Lisa Surihani Cakap Gila Babi & Pelat ‘R’

149177 10150099777843804 47778883803 7269021 6756581 n Lisa Surihani Cakap Gila Babi & Pelat R, Not A Big Deal Yo!
Huh, kami pun terasa tempias’nya apabila ada wartawan yang mengkritik artis kesayangan kami, Lisa Surihani. Dalam artikel tersebut, wartawan tersebut menegur pertuturan Lisa Surihani yang pelat huruf ‘R’ menyebabkan setiap perkataan yang mengandungi huruf tersebut, tidak jelas kedengaran.
Walaubagaimana pun, isu tersebut bukan’lah besar. Kami difahamkan. ketika Lisa Surihani sedang mengacarakan Mari Menari beberapa minggu lepas, mungkin kerana teruja, beliau telah menyebut perkataan ‘Gila Babi’, menyebab’kan ramai penonton yang hadir tergamam buat seketika.
Walaupun bukan dikategori’kan sebagai mencarut, perkataan seperti itu tidak wajar disebut ketika di kamera. Nasib baik, Mari Menari ditayangkan secara recorded, maka babak berkenaan telah dibisukan.
Biasa’lah manusia tersilap kata, pada kami Lisa Surihani boleh memperbaiki standard pengacaraan dengan mengambil contoh daripada Afdlin, Adibah Noor, atau Vanidah Imran. Seperti kami katakan, not a big deal yo!

Nita Seksi Berbaju Ketat Di Parti Eh! 2010

nitac (Gambar) Nita Seksi Berbaju Ketat Di Parti Eh! 2010
Nita, tiada album mahu pun lagu terbaru yang boleh kami kongsikan bersama. Namun, selebriti ini telah mencipta sedikit kontroversi dengan pemakaian’nya yang terlampau ketat & seksi ketika berlangsung’nya parti Eh! 2010, sabtu lepas.
Dibaluti dengan gaun pendek berwarna keemasan, susuk tubuh Nita yang montok gebu ini telah memukau ribuan mata yang perasan dengan kehadiran’nya malam itu. Ada yang berimaginasi, Nita seakan berbogel disebabkan warna baju & warna kulit’nya hampir sama.
Nampak’nya, imej Nita yang seksi berjaya menaikkan sedikit nama’nya yang semakin suram, lebih tepat telah dilupai oleh ramai pengikut hiburan. Enjoice gambar Nita yang lebih seksi dalam resolusi tinggi ihsan daripada ManggaOnline

Sah! Disney Asia Tayang Animasi Upin & Ipin, Kini Setaraf Hollywood

Screen shot 2010 11 30 at 4.06.11 AM Sah! Disney Asia Tayang Animasi Upin & Ipin, Kini Setaraf Hollywood
Tiada sebarang pengumuman daripada produksi Upin & Ipin, namun kami tabik kepada mereka kerana berjaya meletakkan siri animasi Upin & Ipin setaraf dengan rancangan kanak-kanak Hollywood yang lain seperti Stich, Hannah Montana & lain-lain. Hasil tinjauan kami di laman rasmi Disney Channel Asia, Upin & Ipin akan ditayangkan melalui saluran tersebut mulai 6 Disember 2010, secara serentak di Malaysia & Filipina.
Secara tidak langsung, pihak Disney sudah mengiktiraf Upin & Ipin sebagai rancangan kanak-kanak yang berkualiti, dan satu-satu’nya animasi tempatan yang berjaya melepasi tahap piawaian mereka yang tinggi. Kami, melontarkan jutaan tahniah buat kumpulan produksi Upin & Ipin, bangga gila!
Mana tahu, nanti satu hari Pixar bekerjasama pula dengan mereka untuk menerbitkan filem Upin & Ipin versi Hollywood.

“Daphne Iking Dicium Pipi, Dipeluk Bahu” – Bekas Suami Saman Skandal

59338 497271742570 184821307570 7057569 2414994 n Daphne Iking Dicium Pipi, Dipeluk Bahu   Bekas Suami Saman Skandal
Ini kes berlarutan Daphne Iking berkenaan isu tidak puas hati oleh bekas suami’nya terhadap Darren Choy, yang dipercayai merupakan teman sulit kepada Daphne Iking.
Menurut Ryan (bekas suami Daphne Iking), sewaktu beliau tiba di KLIA sejurus pulang daripada Shanghai pada 5 Julai 2008, dia melihat tangan Dareen Choy berada di atas bahu Daphne dan erat dipeluk. Paling mengejutkan, Darren dengan selamba mencium pipi bekas isteri’nya itu, di depan matanya.
Walaupun Daphne Iking & Darren menafikan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan sulit, namun Ryan smell something fishy. Menurut Ryan, dia juga terkejut apabila Daphne Iking pernah menaiki penerbangan London dengan Darren.

Sultan Selangor kurang senang


Sultan Sharafuddin Idris Shah 

SHAH ALAM 29 Nov. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan segelintir pihak yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.
Baginda bertitah, tindakan golongan terbabit mempersoalkan perkara-perkara itu adalah bertunjangkan matlamat supaya sistem Raja Berperlembagaan yang ada sekarang disemak dan dikaji semula.
Titah baginda, golongan berkenaan juga telah mengemukakan alasan yang amat tidak tepat untuk merasionalkan matlamat itu kononnya negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian.
"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' hendaklah dihapuskan.
"Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka," titah baginda sewaktu berangkat ke majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin ke-65 itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan kanan kerajaan negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Sharafuddin turut melahirkan rasa sedih dengan generasi Melayu sekarang yang malu untuk mengakui diri sebagai seorang Melayu.
Justeru baginda melontarkan persoalan adakah mereka tidak mempunyai perasaan bangga dan megah sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan 'Melayu' untuk dikorbankan sehingga lenyap dari dunia ini.
"Cuba kita baca sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris yang mana ada tertulis 'Tanah Melayu', 'Negeri-negeri Melayu Bersekutu' dan juga ada menyebut 'Raja-raja Melayu'.
"Ini menunjukkan penulis-penulis Barat ini mengiktiraf akan adanya Melayu yang memulakan sejarah di negara ini," titah baginda.
Mengulas lanjut, baginda menjelaskan titahnya itu bukanlah bertujuan menyalakan api perkauman tetapi untuk menyatakan bahawa semua rakyat Selangor mesti berbangga dengan komposisi penduduk pelbagai keturunan di negeri itu.
Baginda turut menyeru rakyat Selangor supaya memahami sejarah negeri dan negara supaya tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.
"Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tanah tumpah darah kita dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan," tegas baginda.
Sementara itu, Sultan Sharafuddin bangga dan sukacita kerana kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib di sekolah namun pada masa sama menegur rakyat Selangor yang dianggapnya kurang membaca buku berkaitannya.
"Beta dapati rakyat beta kurang minat untuk membaca buku sejarah, dalam erti kata lain, rakyat Selangor ini ramai yang buta sejarah.
"Beta berharap rakyat Selangor dapat mengubah sikap untuk membaca lebih banyak buku sejarah berkenaan negara kita dan jangan membuang masa membaca buku-buku atau majalah-majalah yang hanya mengandungi gosip yang tidak memberi manfaat kepada kita," katanya.

Korea Selatan tempatkan pelancar roket, tambah bala tentera

SEOUL: Korea Selatan mula menempatkan pelancar roket dan keperluan artileri tenteranya di barisan depan di pulau yang ditembak Korea Utara, minggu lalu dan mahu Pyongyang menghentikan provokasi.

Jurugambar AFP melihat anggota tentera tambahan ditempatkan di Pulau Yeonpyeong serta pelancar roket, enam hari selepas pulau itu dibedil dengan meriam Korea Utara.
Sementara itu, agensi berita Yonhap memetik seorang pegawai tinggi tentera Military, pelancar roket K-9 di pulau itu kini ditambah dua kali ganda menjadi 12.
Pegawai yang menggunakan pembesar suara juga mengumumkan pelan latihan penyelamat terutama daripada kebakaran akibat tembakan musuh.

Mereka memberitahu penduduk supaya mencari tempat pelindungan terutama di terowong yang disediakan.

Bagaimanapun sejam kemudian, satu pengumuman dibuat bahawa tiada latihan seumpama itu dan maklumat sebelum itu adalah satu kesilapan.

Presiden Lee Myung-Bak dikritik kerana lambat bertindak berikutan bedilan jirannya itu yang mengorbankan dua tentera marin serta dua orang awam dan mahu Seoul tidak mengulangi kesilapan kali kedua. - AFP

Barcelona belasah Real Madrid 5-0

MADRID: Jose Mourinho menghadapi mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol.
Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-17.
Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56.

Pemain gantian Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.
Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Barcelona dengan jurulatihnya, Pep Guardiola mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.

Mourinho pula nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah. - AFP

Monday, November 29, 2010

Rahsia Tarikh Lahir

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Tanda2 Lelaki Benar2 Jatuh Cinta


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA... .

Tip Jaga Laptop

 1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Kucing Bersayap Di China



Penyelenggaraan Kereta Yang Asas

Salah satu sebab ramai orang bimbang untuk memiliki kereta adalah kerana kebimbangan perlu membayar kos penyelenggaraan yang tinggi. Usah risau, penyelenggaraan kereta selalunya tidak melibatkan jumlah yang besar melainkan anda terlibat dalam satu-satu kemalangan yang tidak dijangka. Walaubagaimanapun, penyelenggaraan kereta biasanya melibatkan hal-hal yang sama, dan selalunya sudah dijangka dan kita sudahpun tahu dimanakah seharusnya kereta tersebut di hantar untuk diperbaiki.

BREK
Salah satu daripada penyelenggaraan yang biasa adalah sistem brek. Ini sememangnya patut berlaku kerana kita menggunakan brek secara terus - terusan, lebih-lebih lagi untuk pemanduan di dalam bandar dengan keadaan kesesakan lalulintas. Adalah penting untuk sentiasa pastikan sistem brek sentiasa berada di dalam keadaan yang baik kerana ianya adalah salah satu sistem keselamatan kereta. Jika anda merasakan sistem brek anda tidak berfungsi dengan sempurna, bawalah kereta anda ke bengkel untuk diperiksa selanjutnya.

TAYAR
Tayar juga merupakan salah satu komponen kereta yang sewajarnya diberikan perhatian. Kebanyakan pemandu tidak menyedari tentang kepentingan menjaga tayar dengan baik. Salah satu langkah untuk memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda adalah dengan memastikan angin di dalam tayar sentiasa cukup. Selain daripada dapat mengurangkan kos penukaran tayar yang kerap, ia juga dapat mengurangkan pembaziran petrol malah yang lebih utama dapat mengurangkan kemalangan kereta akibat tayar meletup dan sebagainya. Sebaik sahaja anda mengetahui keadaan tayar kenderaan anda yang rosak, cepat-cepatlah bertindak. Memandu dengan tayar yang rosak amatlah merbahaya.

MENUKAR MINYAK
Minyak enjin juga merupakan satu lagi komponen kereta yang perlu selalu di tukar dan diselenggara. Tanyalah mekanik anda, apakah jenis minyak kereta yang sesuai untuk kereta anda bergantung kepada model, usia dan tabiat pemanduan. Jika kereta anda mempunyai terlalu banyak minyak, anda mungkin perlu memeriksa jika terdapat apa-apa kebocoran di dalam sistem kereta atau jenis minyak perlu ditukar. Tanpa minyak enjin, kereta anda tidak akan dapat berfungsi dengan lancar, jadi selalulah periksa paras minyak eniin kereta anda dan tambahkannya lagi bila perlu.

Satu lagi proses penyelenggaraan yang biasa adalah dengan memeriksa sistem penyejukan (radiator), sistem pembakaran / kawalan elektronik, stering / suspensi, sistem minyak, transmisi / klac / engkol belakang, penyaman udara dan juga sistem ekzos.

PERHATIAN
Kini anda sudahpun mengetahui apakah masalah kereta yang selalu berlaku, dan anda perlulah meminimakannya sebelum ianya menjadi masalah yang lebih besar. Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah dengan mempelajari tentang selok-belok kereta anda dengan lebih mendalam. Lakukan pemeriksaan kenderaan anda sendiri dan cuba kenalpasti jika ia ada mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik. Adakah brek anda mengeluarkan bunyi yang aneh? Adakah anda perlu menekan brek dengan lebih kuat untuk memberhentikan kereta berbanding biasa? Jika anda dapati ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepatlah perbaikinya. Dikhuatiri jika dibiarkan dengan lebih lama, kerosakan akan menjadi lebih teruk dan kos untuk memperbaiki kereta anda mungkin akan meningkat atau lebih teruk lagi akan menyebabkan kemalangan.

Menaikkan Seri Wajah Pengantin

Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.
 
Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

30 hari sebelum hari perkahwinan - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai "Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik. Cubalah.

Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.

Dr Rozmey bersedih kutipan Dua Alam RM200 ribu

 Nenek kami pernah berpesan kepada kami, jika kita berjaya dalam sesuatu bidang tidak bermakna kita akan berjaya dalam semua bidang. Inilah terjadi kepada Ratu produk diet Malaysia, Dr. Rozmey. Kami bukan typo, kami gelarnya ratu kerana dia sangat emosi bila berdepan dengan kutukan rambut atau filemnya maka ratulah yang paling sesuai buatnya.
Beberapa hari lepas, Dr. Romzey telah mengumumkan di laman twitter bahawa kutipan hari pertama untuk filem pertama bangang miliknya ini sudah mencecah RM 2 juta! Namun, segalanya terbongkar apabila Finas mengeluarkan statistik kutipan filem di panggung wayang di laman web rasminya menunjukkan kutipan filem Dua Alam baru mencecah RM200 ribu pada hari keenam.
Dia mungkin boleh memperbodoh-bodohkan orang Melayu dengan produk diet JustMate 5, namun memperbodohkan rakyat Malaysia mengenai kutipan filem sangat bodoh pernah kami lihat.
Sekarang, dengan hanya kutipan kasar sebanyak RM200 ribu, bagaimana Dr. Rozmey hendak menawarkan tawaran berlakon buat Pamela Anderson. Hmm, tak dapat Pamela Anderson USA pun tak apa-lah kan kita ada Pamela Anderson Malaysia iaitu Lana Nordin yang gila-kan publisiti murahan seperti ini. Go go Lana Nordin.

(Gossip) Percutian Angan-Angan Nora Danish, Berang Dengan Jejai

Panas! Ini cerita tentang janda hot, Nora Danish. Cerita ini dipercayai diterima daripada sumber terdekat yang rapat dengan ahli keluarga Jejai.
Gossip’nya, Nora Danish sangat mengharapkan Jejai akan turut serta ke percutian Jepun dan Korea seisi keluarga. Difahamkan, sebelum ini Nora pernah menceritakan kepada media tentang percutian idaman’nya itu.
Sumber memberitahu, Nora tiba-tiba naik angin dan merajuk dengan keluarga bekas mertuanya apabila di’beritahu bahawa Jejai tidak akan turut bercuti kerana ada urusan peribadi. Khabarnya Nora juga ada mengirim’kan sms kepada bekas suaminya bahawa dia dan Rayqal tidak akan ikut sekira’nya Jejai tidak pergi. Jejai pun agak terkejut dengan ugutan Nora yang tidak dijangka itu.
Sumber mengandaikan, Nora masih sekelumit perasaan terhadap Jejai dan ada keinginan lain daripada Jejai sempena percutian itu. Pada pendapat sumber, Nora masih lagi boleh bercuti walaupun tiada Jejai. Perlakuan Nora jelas menunjukkan bahawa dia tidak boleh terima kekasih baru dalam hidup Jejai dan masih mengharapkan Jejai kembali kepadanya. Tetapi sayangnya, Jejai sudah pun merancang untuk berkahwin dengan Fasha Sandha, tahun depan.

Kris Dayanti Bakal Berkahwin, Mahu Duet Dengan Anak Sendiri

79155 krisdayanti   anaknya Kris Dayanti Bakal Berkahwin, Mahu Duet Dengan Anak Sendiri
Kris Dayanti sebelum ini kecewa kerana tidak berpeluang melibatkan diri dalam penerbitan album anak sulung’nya bersama bekas suami, Anang. Namun, masih bersyukur kerana anak’nya mempunyai ibu bapa yang berpengalaman dalam bidang muzik, sangat bernasib baik berbanding diri’nya yang bermula daripada kosong.
Menurut Kris, beliau tidak terkejut dengan bakat Aurel kerana pernah melibatkan diri dalam video klip seawal 6 bulan dan diajar bermain piano sejak berumur 4 tahun.
Dalam pada masa yang sama, Kris Dayanti baru sahaja meminta alamat terbaru daripada Chef Wan. Kata’nya untuk menghantar undangan khas. Besar kemungkinan, Kris ingin berkahwin? Pengumuman dibuat oleh Chef Wan di Facebook. Chef Wan di’katakan sudah di’minta untuk menghantar alamat kediaman terkini untuk Krisdayanti kirimkan undangan khas.

Pil tahan lama


 Foto 
Rakyat Malaysia beli ubat seks di Selatan Thailand
Foto
UBAT 'kuat' yang mendapat permintaan tinggi rakyat Malaysia di Pekan Danok.

DANOK (Selatan Thailand): Kumpulan lelaki 'hidung belang' dari Malaysia dikatakan begitu berani mengambil pelbagai jenis ubat 'kuat' atas alasan kononnya untuk meningkatkan kemampuan nafsu seks masing-masing, tanpa mengambil kira faktor risiko terutama kesan sampingan terhadap kesihatan.Selain Viagra yang menjadi kebiasaan, kumpulan lelaki terbabit yang dikatakan sentiasa berulang-alik merentasi sempadan untuk berfoya-foya di pekan ini, turut mengambil pelbagai jenis pil kuat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan.
Antaranya termasuk pil jenis caverta dan kagarma dari India, yang dikatakan paling mendapat sambutan, berbanding pil lain termasuk yang diimport daripada Amerika Syarikat (AS) atau China.

Berdasarkan maklumat, kedua-dua jenis pil terbabit mendapat permintaan tinggi berikutan harganya yang murah iaitu antara RM10 dan RM15 sebiji, selain begitu mudah untuk diperoleh terutama di setiap farmasi yang terdapat di pekan ini.

Malah, kesannya yang kuat turut memungkinkan pelanggan untuk memotong dua ubat terbabit bagi memaksimumkan penggunaan, sekali gus menambahkan lagi penjimatan terutama kos untuk 'berseronok'.

Seorang pengusaha kedai farmasi yang hanya mahu dikenali sebagai Anit, 40, berkata hampir semua kedai ubat dan farmasi di pekan berkenaan membekalkan pil 'kuat' kerana ia mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan.
Katanya, jika dibandingkan, pil ceverta dan kagarma paling laris bukan saja di kalangan anak muda, malah mereka yang turut berusia bertujuan memastikan `kepuasan’ yang lebih ketika melakukan hubungan seks.

"Kebanyakan pelanggan mengakui keberkesanan pil terbabit yang turut dikenali sebagai pil tahan lama, terutama dalam memanjangkan tempoh hubungan seks," katanya.

Mengenai bekalan, Anit berkata dia tidak berdepan masalah kerana pengedar sememangnya sentiasa membekalkan stok yang diperlukan dan mereka juga sedar keperluan tinggi terhadap kedua-dua pil berkenaan.

"Sehingga kini, masih belum ada kes mengatakan pengguna menerima kesan sampingan daripada penggunaan ubat terbabit dan peniaga juga yakin ia tidak membahayakan.

"Harga dua pil terbabit amat murah dan berbaloi sekali jika dibandingkan seperti Viagra yang diperbuat daripada AS yang berharga RM50 sebiji untuk sekali penggunaan, berbanding caverta dan kagarma, sebanyak dua kali," katanya.

Seorang lagi peniaga yang dikenali dengan panggilan Chai, 35, berkata dia sentiasa memastikan stok ubat berkenaan mencukupi sebelum menutup operasi premis setiap malam, kerana pelanggan terutama warga Malaysia kebiasaannya mula masuk ke pekan ini pada sebelah pagi.

Katanya, dia mampu menjual 1,000 biji dalam sebulan dengan majoriti pelanggan adalah rakyat Malaysia kerana permintaan terhadap ubat jenis itu sungguh menggalakkan pada ketika ini.

"Namun begitu, saya difahamkan, ubat berkenaan tidak begitu sesuai kepada mereka yang mempunyai penyakit lemah jantung, sebaliknya sesuai kepada mereka yang menghidap kencing manis dan lemah tenaga batin," katanya.

Ada lebih 200 premis rumah urut dan spa di sekitar pekan ini, termasuk yang menyediakan khidmat pelacuran yang sering menjadi tarikan utama pengunjung, termasuk dari Malaysia

Sunday, November 28, 2010

Amah Indonesia yang disiksa di Arab Saudi makin pulih

RIYADH 28 Nov. - Pembantu rumah warga negara Indonesia yang disiksa teruk oleh majikannya di negara ini semakin pulih tetapi mukanya perlu menjalani banyak pembedahan lagi, kata diplomat Indonesia.
Mangsa, Sumaiti binti Salan Mustara, 23, yang ditemui menderita dengan luka-luka kesan tusukan pada badan, kulit kepala yang terbakar serta beberapa kecederaan lain akibat disiksa secara kejam oleh majikannya dua minggu lalu kini ditempatkan di hospital Madinah bagi menjalani beberapa lagi pembedahan di muka, kata pegawai konsul Indonesia di Jeddah, Diddi Wahyudi.
“Sumiati sudah mulai pulih sekarang. Dia berada dalam pemantauan yang baik dari pihak kesihatan negeri dan sudah mula berselera makan,” kata Wahyudi kepada AFP.
“Tapi abdomennya perlu menjalani pembedahan sekurang-kurangnya sekali lagi,” tambahnya.
Kes penderaan kejam yang menggemparkan itu telah menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi dan aktivis buruh sekali gus menunjukkan betapa kurangnya perlindungan ke atas berjuta-juta pekerja, kebanyakan dari negara Asia yang berkerja di negara-negara teluk terutama di Arab Saudi. - AFP

MU kembali kuasai takhta EPL

BERBATOV (kanan) merai jaringan ketiganya bersama Michael Carrick ketika menentang Blackburn di Old Trafford, malam tadi. United menang 7-1.
BERBATOV (kanan) merai jaringan ketiganya bersama Michael Carrick ketika menentang Blackburn di Old Trafford, malam tadi. United menang 7-1.

Berbatov ledak lima gol

MANCHESTER: Manchester United melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata mengatasi Arsenal apabila membelasah Blackburn Rovers 7-1, di Old Trafford, malam tadi.
Penyerang United dari Bulgaria, Dimitar Berbatov meledakkan lima gol sementara Nani dan pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-sung melengkap kemenangan besar Red Devils. Christopher Samba menjaringkan gol sagu hati Blackburn tujuh minit sebelum permainan berakhir.
Terdahulu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata pasukannya berjaya menamatkan sindrom yang sedang terbentuk dalam pasukannya selepas kemenangan 4-2 di Aston Villa melenyapkan parut kekecewaan dua kekalahan berturut-turut.

Buat minggu kedua berturut-turut, Arsenal mendahului 2-0 pada separuh masa tetapi kali ini mereka bertahan untuk meraih tiga mata di Villa Park di sebalik kebangkitan hebat lawan mereka.

“Saya berpendapat ia persembahan mantap menentang skuad Villa yang sangat berbahaya dan pasukan yang kuat,” kata Wenger.

“Malangnya pada 2-0 di separuh masa, kami mempunyai sedikit sindrom dalam kepala kami daripada minggu lalu dan ia berlaku sekali lagi dan kedudukan pantas kembali kepada 2-1.
“Tetapi kali ini kami berjaya menemui sedikit tenaga untuk terus menjaringkan gol.” – Agensi
Komen Anda

Manusia Kura-kura

Seorang kanak-kanak di China, Maimaiti Hali menderita bertahun-tahun akibat kelainan fizikal yang dia alami. Di belakangnya, tumbuh sel kulit keras yang semakin besar, hingga berbentuk seperti tempurung.
 Selain dari sakit fizikal yang dia derita, tapi dia juga menderita psikologi kerana orang ramai dan teman-temannya mengejeknya sebagai kura-kura.
Namun, hidup Maimaiti akan berubah. Pembedahan selama dua jam di Hospital Tentera Xinjiang, China, akan membuang ‘tempurung’ di belakangnya.
Kulit yang berbentuk tempurung itu sebenarnya bahagian kulit di belakangnya Maimaiti Hali yang mengeras.
Kerana usianya masih muda, pembedahan hanya boleh dilakukan jika berumur 8 tahun.
Namun begitu, kulit tambahan di belakangnya itu kian membesar dan mengeras seperti tempurung yang dimiliki
kura-kura.
“Orang-ramai sering mengejek dia sebagai ‘anak kura-kura’ tapi saya bangga dengan Maimaiti Musai sebab ia adalah anak yang tabah dan berani. Kami gembira dia kini dapat hidup dengan normal,” ujar ayah Maimaiti Musai.

“Aku sudah tidak sabar, bermain tanpa memakai baju, juga berenang bersama kawan-kawan”.
Kita harus banyak bersyukur , Allah mempunyai rencana besar untuk diri kita masing… jangan menyerah…

Bau Ketiak Lelaki Penawar Stress

 Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…

So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story…. So kalau isteri dok tention tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……..

10 Sebab Komputer Jem

 
Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAMTerdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera kerasBagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOSPengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal CakeraKabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem OperasiSistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan AplikasiProses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi CakeraFragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakangRamai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.

16 Kegunaan lain ubat gigi


Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. Artikel ini saya terima melalui email.
1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
4. Mengilatkan kuku
5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

Doa Nenek Obama di Mekah

Riyadh – Nenek Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dari pihak ayahnya, Hajah Omar melaksanakan ibadah haji tahun ini. Dia berangkat dari Kenya bersama lima anggota keluarganya. Di tanah suci dia memanjatkan doa agar Obama memeluk Islam.
 “Saya berdoa untuk cucuku Barack, agar dia memeluk Islam,” ujar Hajah Sarah Omar, 88 tahun, ketika diwawancarai oleh akhbar Al-Watan di Jedah semasa menjalankan rukun haji, Khamis (25/11).

Akhbar tersebut dalam laporannya mewartakan, Hajah Omar berada di Arab Saudi untuk menjalankan ibadah haji bersama bapa saudara Obama iaitu Saeed Hussein Obama dan empat cucunya. Mereka menjadi tamu Raja Abdullah.
Dalam pernyataanya kepada akhbar tersebut Hajah Omar mengatakan bahawa dirinya hanya boleh berbicara pasal ibadat haji dan tak dapat memberi komen masalah politik yang dilakukan Obama.
“Saya sangat takjub dan teringat kembali apa yang diceritakan oleh guru saya semasa di sekolah. Dia dulu pernah bercerita berkenaan Mekah dan Madinah ketika saya masih kecil” kata Hajah Omar yang berasal dari Desa Koglilu, Kenya Barat.
Ketika ditanya soal kemungkinan Obama menjadi presiden Amerika Syarikat untuk dua penggal , Hajah yang ditemani Saeed Obama dan cucu-cucunya menjawab, “Hanya Allah yang tahu, masa depan tidak ada yang tahu.”
Selain berdoa untuk Presiden Obama, Hajah juga memanjatkan keinginan agar Raja Abdullah segera sembuh dari penyakitnya.
Kehadiran Hajah bersama putera dan cucu-cucunya di Arab Saudi mendapat sambutan luar biasa dari Kerajaan.
Faisal Ambuya, salah satu sepupu Obama, mengatakan “Nenek saya sangat berminat mendoakan umat nonMuslim menjadi Muslim dan saya belajar tentang Islam dari beliau.”
“Jika saya kembali ke kampung, saya akan sampaikan kepada warga desa tentang kekuatan Islam,” ujarnya.
Pak cik Obama mengaku berterus terang bahawa dirinya tak pernah berfikir sanggup menunaikan ibadah haji tahun ini. “Saya sangat berasa bersyukur, sebab saya dapat melaksanakan ibadah haji. Alhamdulillah, saya panjatkan kepada Allah dan terima kasih untuk Raja Abdullah yang bersedia menyambut kami.”

Kereta hibrid Proton diuji untuk kegunaan kerajaan


SHAH ALAM 27 Nov. – Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas akan hanya diputuskan selepas kereta jenis itu diuji untuk kegunaan kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun depan.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran.
"Kami sekarang tengah buat persiapan untuk menghasilkan antara 50 ke 200 buah kereta yang bercirikan hibrid dan penghantaran akan bermula pada Januari depan. Ini ialah untuk dapatkan maklum balas positif dan data daripada pengguna.
“Kalau terus ke mass production takut ada masalah, jadi biar kerajaan menggunakan dan memperolehi maklum balas daripada mereka. Harap menjelang pertengahan tahun depan atau hujung tahun, kita buat keputusan untuk pasarkan secara besar-besaran,” katanya kepada pemberita selepas sambutan fiesta keluarga dan Pertandingan Inovasi Proton 2010 yang turut dihadiri Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh di Stadium Shah Alam di sini petang ini.
Syed Zainal Abidin berkata, kejayaan pemasaran kereta hibrid Proton di negara ini bergantung kepada kerjasama antara syarikat itu dengan pihak kerajaan. – Bernama

Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam

PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta.
Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.
“Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.
“Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.

“Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain,” ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.
Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem.
“Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini.
“Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja,” katanya.
Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan.
“Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.
“Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta,” ujarnya.
Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang dari sepuluh penonton sahaja.
Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam.
Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang dilaungkan oleh produsernya iaitu RM40 juta.