Friday, November 19, 2010

Terbaca suratkhabar di Kosmo mengenai kadar obesiti penduduk Malaysia berada dalam tahap membimbangkan. Dalam kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, seramai 16.8 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan. Kira-kira 50 peratus (8.4 juta orang) mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.
 Macammana nak tau anda obesiti? Selain dari pergi cek dengan doktor, pakar kesihatan, boleh je semak sendiri dengan mengira BMI.
Cara nak semak BMI ? Berikut merupakan kiraan BMI :-
BMI = kilograms / meters2
Berikut merupakan nilai BMI dan klasifikasinya,
  • < 18.5 kurang berat badan
  • 18.5–24.9 normal
  • 25.0–29.9 lebih berat badan
  • 30.0–34.9 obesiti kelas 1
  • 35.0–39.9 obesiti kelas 2
  • > 40.0 obesiti kelas 3
Kesan obesiti
Seperti yang kita sedia maklum, masalah obesiti ini membawa banyak masalah terutama dari segi kesihatan. Antara penyakit yang mudah dihidapi oleh mereka yang mengalami obesiti ialah :-
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus
 Untuk makluman, disebabkan masalah obesiti yang teruk dikalangan rakyat Malaysia, terdapat Majlis Cegah Obesiti. Majlis ini ditubuhkan bagi memberi kesedaran tentang bahaya Obesiti. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web di http://www.preventobesity.my/. Banyak maklumat dan tips yang boleh dikutip dari laman web tersebut untuk dijadikan panduan.

No comments:

Post a Comment