Sunday, November 28, 2010

MU kembali kuasai takhta EPL

BERBATOV (kanan) merai jaringan ketiganya bersama Michael Carrick ketika menentang Blackburn di Old Trafford, malam tadi. United menang 7-1.
BERBATOV (kanan) merai jaringan ketiganya bersama Michael Carrick ketika menentang Blackburn di Old Trafford, malam tadi. United menang 7-1.

Berbatov ledak lima gol

MANCHESTER: Manchester United melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata mengatasi Arsenal apabila membelasah Blackburn Rovers 7-1, di Old Trafford, malam tadi.
Penyerang United dari Bulgaria, Dimitar Berbatov meledakkan lima gol sementara Nani dan pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-sung melengkap kemenangan besar Red Devils. Christopher Samba menjaringkan gol sagu hati Blackburn tujuh minit sebelum permainan berakhir.
Terdahulu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata pasukannya berjaya menamatkan sindrom yang sedang terbentuk dalam pasukannya selepas kemenangan 4-2 di Aston Villa melenyapkan parut kekecewaan dua kekalahan berturut-turut.

Buat minggu kedua berturut-turut, Arsenal mendahului 2-0 pada separuh masa tetapi kali ini mereka bertahan untuk meraih tiga mata di Villa Park di sebalik kebangkitan hebat lawan mereka.

“Saya berpendapat ia persembahan mantap menentang skuad Villa yang sangat berbahaya dan pasukan yang kuat,” kata Wenger.

“Malangnya pada 2-0 di separuh masa, kami mempunyai sedikit sindrom dalam kepala kami daripada minggu lalu dan ia berlaku sekali lagi dan kedudukan pantas kembali kepada 2-1.
“Tetapi kali ini kami berjaya menemui sedikit tenaga untuk terus menjaringkan gol.” – Agensi
Komen Anda

No comments:

Post a Comment