Laman sosial banyak mengubah kehidupan harian kita. Daripada dulunya ramai yang menggunakan Friendster dan MySpace, sehinggalah kini, ramai beralih kepada Facebook. Menariknya, kini Facebook merupakan laman yang paling tinggi kunjungannya di Malaysia, meninggalkan Yahoo! dan juga Google.
Sebelum ini, Facebook menduduki tangga ke-dua, dan baru-baru ini, ianya menjadi laman web yang paling dikunjungi oleh rakyat Malaysia, meninggalkan laman-laman sosial yang lain seperti Friendster dan juga MySpace, iaitu masing-masing pada tangga ke-9 dan juga 11.
Beberapa perkara telah menyumbang kepada perkara ini, dan diantaranya adalah fungsi kemaskini secara SMS dan sebagainya. Maxis dan Celcom masing-masing membolehkan para pengguna menerima dan membuat kemaskini status mereka di Facebook secara terus melalui SMS, yang mana tidak ditawarkan oleh laman sosial yang lain.
Pada masa yang sama, Facebook juga menawarkan aplikasi tambahan seperti permainan dan kuiz, membuatkan para pengguna tertarik dan menghabiskan lebih masa di laman berkenaan. Facebook juga baru-baru ini mengumumkan yang mana laman mereka kini telah mempunyai seramai 325 juta pengguna.
No comments:
Post a Comment