BREK
Salah satu daripada penyelenggaraan yang biasa adalah sistem brek. Ini sememangnya patut berlaku kerana kita menggunakan brek secara terus - terusan, lebih-lebih lagi untuk pemanduan di dalam bandar dengan keadaan kesesakan lalulintas. Adalah penting untuk sentiasa pastikan sistem brek sentiasa berada di dalam keadaan yang baik kerana ianya adalah salah satu sistem keselamatan kereta. Jika anda merasakan sistem brek anda tidak berfungsi dengan sempurna, bawalah kereta anda ke bengkel untuk diperiksa selanjutnya.
TAYAR
Tayar juga merupakan salah satu komponen kereta yang sewajarnya diberikan perhatian. Kebanyakan pemandu tidak menyedari tentang kepentingan menjaga tayar dengan baik. Salah satu langkah untuk memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda adalah dengan memastikan angin di dalam tayar sentiasa cukup. Selain daripada dapat mengurangkan kos penukaran tayar yang kerap, ia juga dapat mengurangkan pembaziran petrol malah yang lebih utama dapat mengurangkan kemalangan kereta akibat tayar meletup dan sebagainya. Sebaik sahaja anda mengetahui keadaan tayar kenderaan anda yang rosak, cepat-cepatlah bertindak. Memandu dengan tayar yang rosak amatlah merbahaya.
MENUKAR MINYAK
Minyak enjin juga merupakan satu lagi komponen kereta yang perlu selalu di tukar dan diselenggara. Tanyalah mekanik anda, apakah jenis minyak kereta yang sesuai untuk kereta anda bergantung kepada model, usia dan tabiat pemanduan. Jika kereta anda mempunyai terlalu banyak minyak, anda mungkin perlu memeriksa jika terdapat apa-apa kebocoran di dalam sistem kereta atau jenis minyak perlu ditukar. Tanpa minyak enjin, kereta anda tidak akan dapat berfungsi dengan lancar, jadi selalulah periksa paras minyak eniin kereta anda dan tambahkannya lagi bila perlu.
Satu lagi proses penyelenggaraan yang biasa adalah dengan memeriksa sistem penyejukan (radiator), sistem pembakaran / kawalan elektronik, stering / suspensi, sistem minyak, transmisi / klac / engkol belakang, penyaman udara dan juga sistem ekzos.
PERHATIAN
Kini anda sudahpun mengetahui apakah masalah kereta yang selalu berlaku, dan anda perlulah meminimakannya sebelum ianya menjadi masalah yang lebih besar. Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah dengan mempelajari tentang selok-belok kereta anda dengan lebih mendalam. Lakukan pemeriksaan kenderaan anda sendiri dan cuba kenalpasti jika ia ada mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik. Adakah brek anda mengeluarkan bunyi yang aneh? Adakah anda perlu menekan brek dengan lebih kuat untuk memberhentikan kereta berbanding biasa? Jika anda dapati ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepatlah perbaikinya. Dikhuatiri jika dibiarkan dengan lebih lama, kerosakan akan menjadi lebih teruk dan kos untuk memperbaiki kereta anda mungkin akan meningkat atau lebih teruk lagi akan menyebabkan kemalangan.

No comments:
Post a Comment