Mungkin gejala denggi makin dipandang sepi oleh kaum ibu kerana wabak lain yang lebih popular sekarang seperti H1N1 dan Cikungunya. Walaupun begitu denggi masih merupakan ancaman pintu belakang yang menakutkan. Tahun lepas sahaja seramai 46,000 penduduk Malaysia dari pelbagai peringkat umur mengidap denggi dengan 106 kes kematian.
Demam denggi adalah SERIUS. Ia bukan sebarang demam yang selalunya akan sembuh selepas dua tiga hari dengan ubat demam biasa. Dalam rawatan moden, tiada ubat untuk demam denggi. Doktor hanya memastikan organ-organ badan mendapat air dan zat yang mencukupi untuk bertahan dan melawan sendiri virus ini dengan sendiri.Apabila nyamuk Aedes aegypti (jenis nyamuk yang sama pembawa virus chikungunya dan demam kuning) yang membawa virus denggi menggigit seseorang, virus akan masuk ke dalam kelenjar di dalam badan. Virus ini akan membiak dan masuk ke saluran darah. Dalam masa 3 hingga 15 hari setelah digigit barulah pesakit akan mengalami simptom-simptom demam denggi. Pada masa ini pesakit akan merasa sakit kepala, kesejukan, sakit belakang bahagian bawah, tiada selera makan, dan kesakitan apabila menggerakkan anak mata, dan sakit sendi serta betis kaki. Suhu badan boleh mencapai lebih dari 40 deg Celcius.
Sepanjang tempoh demam, doktor akan memantau keadaan dan kandungan darah pesakit supaya kesan virus ini tidak mencecah tahap kritikal. Platelet darah dipantau setiap hari. Selalunya kiraan platelet kurang dari 150,000 kiraan di dalam darah menunjukkan tahap yang kritikal. Kiraan ini selalunya akan menurun setiap hari dan hanya akan kembali naik semula apabila badan kembali berupaya mengatasi kesan virus ini.
Bermula hari ke-5 selepas simptom denggi dikenalpasti, doktor akan melakukan pantauan yang ketat, untuk memastikan bahawa jenis denggi yang dihidapi bukan jenis Denggi Berdarah. Dengan denggi berdarah, anggota dalaman pesakit seperti dilubang-lubangkan oleh virus tersebut. Ini menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran di mana tekanan darah sukar dikekalkan pada tahap yang normal. Darah akan bocor keluar melalui hidung, mata, gusi, usus, kencing dan lain-lain. 5% dari pengidap denggi berdarah menemui ajal dengan amat menyayat hati.
Pesakit yang telah beransur sembuh dari demam denggi, memerlukan sekurang-kurangnya seminggu lagi untuk mengembalikan kekuatan badan seperti sediakala, akibat kerosakan dalaman pada struktur organ dan darah. Demam denggi bukanlah seperti demam campak, kerana badan selalunya tidak membina ketahanan ke atas virus tersebut.
Demam denggi memerlukan 2 syarat untuk disebar: -
Nyamuk Aedes
Virus Denggi
Nyamuk aedes hanya bertelur di air tenang dan jernih. Sebab itulah nyamuk ini selalunya banyak selepas hujan turun kerana ia bertelur di dalam bekas-bekas buangan yang bertakung air hujan. Di samping itu ia juga biasa didapati bertelur di dalam takungan pasu-pasu yang selalu disiram dan kolah-kolah takungan air di rumah.
Biasanya nyamuk aedes tidak menyebabkan demam denggi. Hanya nyamuk aedes yang membawa virus denggi sahaja yang boleh menyebabkan wabak ini.
Virus Denggi
Nyamuk aedes mendapat virus denggi apabila ia menghisap darah daripada pesakit denggi. Virus denggi akan berpindah masuk ke badan nyamuk tersebut dan membiak dengan banyak di dalam badannya. Akhirnya virus ini turut berpindah ke dalam badan orang lain yang digigit nyamuk ini. Virus di dalam nyamuk aedes ini adalah ancaman selagi ia hidup.
Mengawal Denggi
Mengawal denggi adalah dengan memisahkan Nyamuk Aedes daripada Virus Denggi. Sama ada nyamuk ini dihapuskan atau memastikan virus ini terhapus adalah jalan penyelesaian yang amat jelas.
Jika ada saudara atau kenalan mengidap penyakit ini, nasihatkan mereka untuk pergi ke hospital supaya dapat diasingkan, walaupun ternyata tiada ubat khusus untuk denggi. Ini supaya virus dapat di asingkan daripada masyarakat nyamuk aedes yang ada di tempat tersebut. Pihak Kementerian Kesihatan kemudiannya akan datang untuk menghapuskan saki-baki nyamuk aedes yang mungkin masih membawa virus asal atau virus daripada pesakit baru tersebut.
"Tiada Aedes, Tiada Denggi"
- Sup Ketam Ubat Denggi
Ada petua dari Selangor bahawa sup ketam dapat memulihkan denggi.
Resepi
Ketam 2 ekor
2 biji buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum
bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu
jari diketok
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup
rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun
bawang
- Air daun betik penawar denggi
No comments:
Post a Comment