Pemandu bas yang terbabit dengan kemalangan itu telah memohon maaf kepada mangsa dan keluarga berkenaan setelah tujuh orang terkorban dan ramai lagi cedera. Amat mengejutkan dalam kes ini, pemandunya tidak mempunyai lesen memandu malah sudah begitu lama pemandu tersebut memandu bas dalam keadaan ‘tangan kosong’. Syarikat bas pula mengetahui hal tersebut, tetapi masih membenarkan pemandu menjalankan tugas membawa pergi dan balik penumpang.
Kemalangan membabitkan bas ekspres, bas pesiaran dan bas biasa di negara kita telah mencatat pelbagai sejarah hitam. Pada Ogos 2007, 20 penumpang meninggal dunia dalam kemalangan di Bukit Gantang, Perak. Pada 26 Disember 2009, 10 maut dalam kemalangan membabitkan syarikat bas ekspres di Perak dan pada 10 Oktober lalu, 12 maut dan 40 cedera dalam kemalangan bas ekspres dengan beberapa kenderaan lain di Rembau, Negeri Sembilan.
Malah, kalau hendak disenaraikan, dalam masa setahun dua kebelakangan ini, banyak kes kemalangan membabitkan bas tidak kira sama ada pada musim perayaan atau tidak.
Setiap kali berlaku kemalangan membabitkan banyak jiwa, pelbagai pihak mula menuding jari antara satu sama lain termasuk memberi pelbagai cadangan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang. Tanggungjawab seorang pemandu pengangkutan awam bukan ringan. Banyak jiwa menjadi tanggungannya. Jika seorang pemandu dan syarikat yang mengendalikan sesuatu pengangkutan awam itu menyedari hakikat tersebut, banyak insiden buruk boleh dielakkan.
Syarikat pengangkutan mesti memastikan bas yang beroperasi itu berada dalam keadaan selamat dan meyakinkan. Ciri-ciri keselamatan mesti diutamakan tanpa memikirkan keuntungan lebih sehingga membahayakan nyawa penumpang. Bagi sesebuah bas yang akan melakukan perjalanan jauh, ciri-ciri keselamatan sesebuah bas mesti didahulukan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna. Kedua, kualiti pemandu juga mesti dipentingkan sebagai syarat kedua. Kualiti ini berdasarkan kepada rekod pemandu sama ada mempunyai lesen sah atau tidak, mempunyai rekod kesalahan lalu-lintas dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau sebagainya.
BARU-baru ini kita digemparkan dengan kemalangan membabitkan bas di Genting Sempah, Pahang.

Malah, bagi perjalanan jauh, pemandu kedua mesti disediakan syarikat bas. Dengan adanya pemandu kedua, masa rehat bagi setiap pemandu akan mencukupi dan risiko kemalangan dapat dikurangkan. Dalam soal ini, syarikat bas tidak semestinya mementingkan keuntungan lebih kerana salah satu kaedah mengaut keuntungan adalah dengan tidak menyediakan pemandu kedua.
Oleh itu, tugas syarikat pengangkutan merupakan syarat utama sebelum sesebuah bas itu dibenarkan bertolak untuk membawa penumpang ke sesuatu destinasi.
Seterusnya barulah pemandu mencermin diri mereka pula, adakah mereka benar-benar layak membawa sejumlah besar penumpang ke sesuatu destinasi, siapa yang membantunya dan bagaimana pula tahap kesihatan dan persediaan fizikal serta mental mereka sebelum memulakan perjalanan.
Pemandu bas juga mesti menghormati penumpang dan pengguna jalan raya lain. Apa yang dapat dilihat, oleh kerana hendak mengejar ‘trip’, ada sesetengah pemandu bas yang melanggar arahan lampu isyarat, memandu laju, malah kerana hendak cepat, ada yang sanggup membunyikan hon kepada pengguna jalan raya lain di depan mereka, walaupun di lampu isyarat berwarna merah.
Di samping itu, tidak dinafikan tugas penguat kuasa sangat penting dalam menangani kemalangan bas yang kerap berlaku akhir-akhir ini. Pemantauan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pelesenan Kenderaan Persekutuan (LPKP) dan pihak lain mesti berganding bahu memastikan pemantauan dilakukan secara berterusan, bukan hanya seminggu dua selepas sesuatu insiden buruk berlaku.
Aduan orang ramai mengenai gelagat pemandu bas mesti diambil kira sebagai sesuatu yang serius dan bukan cerita sengaja direka-reka. Kaedah penyamaran seperti yang pernah dilakukan sebelum ini untuk mengesan pemandu bas yang memandu dengan laju dan tidak beretika di jalan raya mesti kerap dilakukan dan bukan bermusim.
Talian aduan LPKP mesti aktif untuk memudahkan orang ramai membuat aduan dan yang penting, setiap aduan mesti disertai dengan tindakan susulan. Syarikat bas pula mesti peka dengan aduan orang ramai mengenai tabiat sesetengah pemandu yang dikritik.
Janganlah kerana enggan mencari pengganti pemandu yang terpaksa dibuang kerana aduan mengenai salah lakunya di jalan raya, pemandu yang tidak beretika itu dibiar berada di jalan raya kemudian nyawa penumpang dan pengguna jalan raya lain dipertaruhkan.
Sebaiknya, kaedah penyamaran mesti dilakukan oleh syarikat bas sendiri untuk memastikan pemandu mereka benar-benar berdisiplin di jalan raya, tidak memandu laju dan sebagainya. Oleh itu, tidak timbul masalah aduan yang tidak meyakinkan daripada penumpang bas malah pengguna jalan raya lain.
Orang ramai sebenarnya sudah lali dengan pelbagai cadangan daripada pihak tertentu terutamanya selepas sesuatu insiden besar berlaku. Maka pelbagai pihak memberikan bermacam-macam pendapat, tetapi apakah cadangan dan pendapat itu dianalisis dan diperincikan kemudian diambil tindakan? Kemalangan membabitkan pengangkutan awam dan apabila mengorbankan banyak jiwa dalam sesuatu kes akan memberi imej buruk dan mampu menjejaskan bidang pelancongan di negara kita.
Kita tidak mahu pada saat-saat kita melaungkan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan jalan raya, tetapi pada masa sama penumpang terpaksa berdepan masalah lain, apatah lagi nyawa terpaksa dipertaruhkan. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak sangat penting dalam usaha menangani masalah kemalangan bas ekspres di negara kita.
No comments:
Post a Comment