Sunday, November 28, 2010

Kereta hibrid Proton diuji untuk kegunaan kerajaan


SHAH ALAM 27 Nov. – Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas akan hanya diputuskan selepas kereta jenis itu diuji untuk kegunaan kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun depan.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran.
"Kami sekarang tengah buat persiapan untuk menghasilkan antara 50 ke 200 buah kereta yang bercirikan hibrid dan penghantaran akan bermula pada Januari depan. Ini ialah untuk dapatkan maklum balas positif dan data daripada pengguna.
“Kalau terus ke mass production takut ada masalah, jadi biar kerajaan menggunakan dan memperolehi maklum balas daripada mereka. Harap menjelang pertengahan tahun depan atau hujung tahun, kita buat keputusan untuk pasarkan secara besar-besaran,” katanya kepada pemberita selepas sambutan fiesta keluarga dan Pertandingan Inovasi Proton 2010 yang turut dihadiri Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh di Stadium Shah Alam di sini petang ini.
Syed Zainal Abidin berkata, kejayaan pemasaran kereta hibrid Proton di negara ini bergantung kepada kerjasama antara syarikat itu dengan pihak kerajaan. – Bernama

No comments:

Post a Comment