Tuesday, January 18, 2011

Bukan Fail Cerai, Hanya Teman Anak Saudara – Vanidah Imran




PETALING JAYA: Juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim pertama, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (gambar) berada di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin hanyalah untuk menemani anak saudara mereka yang mahu menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak.
Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee memberitahu mStar Online di sini pada Isnin malam berkata, anak saudara suaminya itu mempunyai masalah rumah tangga dan meminta mereka membantu untuk menyelesaikan kes berkenaan.
“Saya dan Rashidi tidak ada apa-apa benda yang nak buat hari ini (Isnin), jadi kami mengambil peluang untuk menemani anak saudara kami ke mahkamah. Kebetulan pula saya dan Rashidi ni artis, mungkin senang sikit untuk berurusan dengan pihak berkenaan,” katanya.
Vanidah diminta mengulas kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama Rashidi pada Isnin kira-kira pukul 12.45 tengah hari sehingga menimbulkan tanda tanya sehingga ada yang berkata kononnya mereka hendak memfailkan perceraian.
Vanidah hadir dengan berpakaian serba hitam manakala Rashidi dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan yang secara kebetulan berada di mahkamah untuk mengikuti satu kes lain.
Ditanya mengenai insiden itu, pengacara Nona tersebut berkata, dia dan suami tiba-tiba didatangi jurugambar yang terus mengambil gambar tanpa bertanya tujuan sebenar mereka ke mahkamah.
Cara itu kata Vanidah menyebabkan Rashidi agak kurang selesa sehingga membuatkan jurugambar berkenaan mungkin menyangka mereka berdua sedang menghadapi masalah rumah tangga.
Kata Vanidah, sebagai pasangan yang menjadi contoh kepada artis-artis lain, hubungannya dengan Rashidi sangat bahagia dan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri.
Dia bagaimanapun berharap, pada masa akan datang pihak-pihak tertentu jangan mudah untuk membuat spekulasi negatif terhadap sesuatu perkara sebaliknya terus bertanya kepada mereka berdua untuk mendapatkan sesuatu kepastian.
Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang anak, Mikail Aimran, 7, dan Mariyam Rashika, 6 tahun.
Pada majlis ulang tahun perkahwinan ke-10 yang diadakan pada 22 September tahun lalu, mereka mengakui jatuh cinta pandangan pertama semasa berlakon di dalam drama Atirah.
Pada 29 Disember 2007, Rashidi dan Vanidah yang mewakili Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia diumumkan sebagai pemenang Sehati Berdansa.

'Kami Sarapan Pagi, Bukan Duduk Serumah' - Norman Hakim



Norman dan Memey menghadapi kontroversi sekali lagi apabila dikatakan tinggal serumah.

KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.
Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.
“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.
Norman yang sebelum ini berdiam diri tampil membuat kenyataan selepas diajukan soalan berkenan walaupun pada mulanya dia enggan bercerita mengenai perkara itu.
Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.
Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.
Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey.
Kata Norman, dia tidak mahu perkara itu terus mengeruhkan lagi keadaan dan bertindak mengambil pendekatan untuk berdiam diri.
Bagaimanapun Norman berkata dia sudah lali dengan macam-macam ujian yang dihadapinya termasuklah tohmahan dan tuduhan daripada bekas isteri sendiri.
“Saya dah biasa dengan pengalaman macam ini. Malah sebelum ni pun saya dah lalui benda yang lebih berat,” katanya.
Ditanya benarkan dakwaan dia dan Memey sebenarnya tinggal serumah, Norman menafikan perkara itu,.
Jelas Norman, menjadi rutin hariannya untuk menghantar anak mereka, Marissa Dania Hakim yang berusia enam tahun ke sekolah pada waktu pagi sementara anak sulung mereka Mohamed Danish Hakim,8, pada waktu petang.
Selain dua anak itu, Norman turut mempunyai seorang lagi anak, Maria Danish Hakim yang berusia tiga tahun.
Katanya, ada;ah tidak salah untuk menikmati sarapan pagi dengan tunang tetapi apabila perkara sedemikian telah disalahtafsirkan, ia mampu menjadi isu yang besar.
Mengenai khabar angin mengatakan pendedahan Abby itu menyebabkan tawaran berlakon untuknya turut terjejas, Norman berkata perkara itu tiada kena mengenai dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.
“Saya masih dapat tawaran berlakon seperti biasa. Tak ada apa-apa masalah pun. Saya tahu syarikat produksi semuanya profesional. Apa yang berkalku (pendedahan Abby) itu adalah kes yang berlainan,” ujarnya yang tidak mahu memikirkan perbuatan buruk yang dilakukan oleh bekas isterinya itu.

Kereta Farhan AF4 Ditemui Belakang Balai Polis




KUALA LUMPUR: Penyanyi Akademi Fantasia keempat (AF4) Nur Farhan Azizan,27, atau Farhan (gambar) yang begitu trauma selepas dua kali rumahnya di pecah masuk berasa lega apabila keretanya yang hilang akibat kejadian itu telah ditemui kira-kira dua bulan lalu.
Kata Farhan, kereta jenis Naza Citra yang dibeli hasil wang nyanyiannya ditemui oleh pihak polis di belakang balai polis Jalan Pudu di sini.
“Saya amat bertuah, kereta yang hilang “datang” balik. Inilah rezeki namanya,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lords’ Tailor di sini malam Ahad.
Dalam kejadian pada Julai tahun lalu, rumah penyanyi itu di Pandan Indah di sini di pecah masuk ketika dia dan keluarga keluar makan menyebabkan dia kerugian kira-kira RM20,000 apabila barang kemas dalam rumah berkenaan dicuri.
Lebih malang lagi dua bulan selepas itu, rumahnya sekali lagi di ceroboh menyebabkan kereta jenis Naza Citra miliknya telah dilarikan.
Kata Farhan, dia begitu gembira kerana kereta berkenaan ditemui oleh pihak polis dalam keadaan sempurna kerana aksesori kereta luar dan dalam tidak diambil oleh pencuri.
“Pihak polis beritahu saya, mereka mengesyaki kereta itu ditinggalkan pencuri kerana mendapati ia tersadai dalam tempoh tertentu sehinggalah selepas membuat pemeriksaan mendapati ia kereta yang saya laporkan hilang,” katanya.
Ditanya adakah dia masih trauma selepas dua kali kejadian pecah masuk rumahnya itu berlaku, Farhan menjelaskan dia sudah dapat berhadapan dengan situasi cemas seperti itu.
Tambahnya, kawasan perumahan yang didiaminya sejak lima tahun lalu tersebut sentiasa mendapat pengawasan pihak polis selain sudah mempunyai pengawal keselamatan.
Walau bagaimanapun kata Farhan, dia tetap berhati-hati dan berharap kejadian seumpama itu tidak terus berulang.
“Walaupun fobia saya sudah hilang tetapi saya tetap akan berjaga-jaga agar perkara yang sama tidak berlaku lagi,” katanya yang turut ditemani ibu tersayang, Maniza Abdul Wahid yang berusia 46 tahun.

Menteri Besar Di Undang Rai Perkahwinan Zaquan & Ayu Raudhah


Abdul Radzak Salleh

PETALING JAYA:Abd. Radzak Salleh, 61, bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, 24, akan mengundang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat sempena majlis resepsi sebelah lelaki perkahwinan anaknya dengan pelakon Ayu Raudhah, pada 30 Januari ini.
Selain itu Abd. Radzak juga akan turut menjemput jurulatih bola sepak kebangsaan K.Rajagopal menyerikan majlis berkenaan yang akan diadakan di Kompleks Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan itu.
"Selain dua tetamu istimewa itu, Zaquan juga ada mengundang rakan-rakan sepasukannya bagi meraikan hari bahagia perkahwinan berkenaan," ujarnyaketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Zaquan Adha

Pasangan selebriti Zaquan Adha dan Ayu Raudhah akan diijabkabulkan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
Zaquan Adha merupakan kembar kepada Aidil Zafuan yang juga berkahwin dengan dramatis Rita Rudaini Mokhtar.
Ditanya adakah Rita Rudaini yang pernah mempunyai konflik dengan keluarganya sebelum ini turut di undang ke majlis tersebut, Abdul Radzak berkata dia menjemput kesemua ahli keluarga tersebut termasuklah menantunya itu.
Ayu Raudhah

"Ini merupakan majlis keluarga sudah tentu saya berharap semua ahli keluarga akan hadir ke majlis bahagia itu termasuklah Rita Rudaini,” katanya.
Menurutnya lagi, sebagai orang tua dia berharap anak-anaknya bahagia dengan pilihan pasangan hidup masing-masing.
"Artis atau bukan pada saya sama sahaja. Itu adalah jodoh mereka. Sebagai bapa saya hanya merestui dan berdoa agar mereka bahagia," katanya.

Drama Terakhir Faizal Yusop Di TV9 Malam Esok



PETALING JAYA: Drama terakhir lakonan Faizal Yusop,33, (gambar) sebelum kematiannya bersama TV9 akan menemui penonton menerusi saluran itu pada Rabu ini.
Telefilem bertajuk Jangan Hantar Aku Ke Neraka itu akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada pukul 8.30 malam.
Selain Faizal, drama berkenaan turut diterajui Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.
Kesemua pelakon itu turut merasai kehilangan Faizal kerana penggambaran berkenaan tamat beberapa hari sebelum kejadian itu.
Faizal meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu akibat serangan jantung.
Dia meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid,27, dan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie,2, hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Siti Nordiana.
TV9 dalam satu kenyataannya berkata Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami.
Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup.
Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.
Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai.
Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya.
Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik.
Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur.
Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya walaupun diai amat merindui ibu tersayang.
Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit dan sentiasa menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.
Apakah kesudahan drama penuh emosi dan menyayat hati ini? Bagaimana pula dengan Zai? Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini?
Jawapannya akan diperoleh jika anda menonton drama berkenaan.

Pelakon Cina 'Auntie Lai Meng' Lancar Buku Biografi



Lai Meng, pelakon veteran yang popular untuk drama-drama Cina.

KUALA LUMPUR: Pelakon legenda Cina tempatan, Lai Meng, 83, melancarkan buku biografinya di Hotel Ritz Carlton, di sini, Ahad lalu.
Buku yang mengisahkan tentang kehidupan Lai Meng dari kecil sehingga sekarang itu diterbitkan oleh Just Work Entertainment Sdn Bhd.
Idea untuk menghasilkan buku biografi itu tercetus daripada pemilik dan pengarah syarikat terbitan itu, James Wong Chee Keong, yang juga dikenali sebagai seorang pelakon.
Di samping itu, Lai Meng yang masih aktif dalam industri seni lakonan di Malaysia dan Singapura juga sempat berkongsi tentang rahsia dirinya.
“Saya hanya menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Yang paling penting, saya sentiasa ceria dan senyum. Saya tidak banyak berfikir tentang kesusahan dan perkara negatif.
“Sedangkan semasa berbual sekarang pun saya boleh ketawa dan ceria. Saya rasa hanya itu yang membuatkan kita bahagia dan gembira,” ujarnya kepada mStar Online. Lai Meng dikenali menerusi siri televisyen Empat Sekawan pada tahun 70-an dan 80-an.
Buku biografi ini berkongsi tentang kehidupan peribadi, kisah cinta, karier, cabaran dan pencapaian serta perkara yang belum pernah didedahkan sebelum ini.
“Saya berasa terharu dan berterima kasih kepada pihak Just Work Entertainment kerana sudi menghasilkan buku biografi ini. Saya juga menganggap buku ini sebagai penghargaan untuk mendiang suami yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.
“Setakat ini, buku ini dihasilkan dalam bahasa Cina tetapi dalam masa akan datang ia juga akan dialih bahasa dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
“Wang jualan buku semasa majlis pelancaran ini akan disumbangkan kepada Hospis Malaysia,” katanya lagi.
Bercerita lanjut tentang penglibatannya dalam industri sekarang ini, ibu kepada tiga orang anak ini muncul dalam drama ‘A Time To Embrace’ yang sedang disiarkan di 8TV dan sebuah filem yang bakal ditayangkan di pawagam di Singapura pada hujung bulan ini.
Selain itu, Lai Meng juga akan terlibat dalam sebuah persembahan ‘The Legend of Lai Meng Musical’ di Arena of Stars, Genting Highlands pada 19 Februari ini, pukul 8 malam.
“Saya juga masih aktif menyanyi dan akan membuat persembahan tentang kisah hidup saya.
“Saya seronok menjalani kehidupan sebagai seorang artis dan tidak terfikir untuk bersara lagi,” beritahunya.
Lebih menarik, dia yang telah berkecimpung dalam industri seni ini selama 58 tahun, baru sahaja dianugerahkan ‘Longest Performing Artist’ dalam The Malaysia Book of Records beberapa hari lalu.
Selain itu, dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Golden Award ntv7 2010.
Buku biografi Auntie Lai Meng dijual pada harga RM33 di kebanyakan kedai buku utama di Malaysia termasuk Popular dan news.com mulai Februari ini. Ia juga boleh didapati di beberapa kedai buku di Singapura

Tunang Putera William Tolak Tinggal Di Istana



TUNANG kepada Putera William, Kate Middleton menolak untuk tinggal bersama keluarga mertuanya di Istana Buckingham.
Pasangan yang bakal berkahwin pada 29 April ini telah memilih untuk tinggal di sebuah pangsapuri mewah yang terletak di Istana St.James yang mana jauh lebih sederhana berbanding di Buckingham.
“Pangsapuri di Istana St. James lebih selesa dan tenang dari kehidupan istana seperti di Buckingham. Willian telah berjanji untuk menjalani kehidupan normal seperti rakyat biasa dengan tenang dan aman,” jelas sumber terdekatnya.

Berat Badan Agnes Monica Bertambah


PENYANYI Agnes Monica mengakui pertambahan berat badannya adalah disebabkan kekurangan masa untuk bersenam.
Jelas Agnes, dia kini terlalu sibuk dengan lakonan drama terbarunya sehingga tidak berkesempatan untuk ke gim.
“Saya sedang sibuk dengan sinetron dalam masa dua bulan ini. Jadi tiada masa untuk bersenam dan ke gim. Jika waktu rehat saya akan betul-betul rehat di rumah.
“Saya harap selepas tamat drama ini saya boleh kembalikan semula berat badan saya,” katanya.
Dia yang ditemui oleh Kapanlagi.com memeberitahu akan menyiapkan diri kepada sebuah acara besar.
“Selepas siri sinetron ini saya perlu bersiap untuk sebuah cara besar selepas ini,” katanya.

Majlis Perkahwinan Rebecca Nur Islam


gambar perkahwinan rebecca nur islam
Berseri-seri acam kuih seri sungguh muka Rebecca Nur Islam dalam gambar majlis perkahwinannya. Suka sungguh kami tengok kegembiraan yang terpancar daripada wajahnya. Gembira seperti anak buah kami yang baru-baru ini mendapat set drum sempena hari jadinya. Kami happy untuk Rebecca kerana hajatnya untuk menjadi seorang isteri sudah pun tercapai.
Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Rebecca Nur Islam dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada JanggutTouch (taknak sponsor ambik gambar kami kahwin ke nanti?).

gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam
gambar perkahwinan rebecca nur islam

Filem Facebook Mengungguli Golden Globe ke-68


G-Na Tak Sangka Popular Di Malaysia!

BEVERLY HILLS, 17 JANUARI 2011: Seperti yang dijangka filem arahan David Fincher, The Social Network meraih anugerah Filem Terbaik, anugerah Golden Globe sekaligus menewaskan pesaing terdekatnya filem The King's Speech, Black Swan, Inception dan The Fighter.
Anugerah edisi ke- 68 itu juga menyaksikan, Ficnher dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik di majlis anugerah yang mengiktiraf karyawan perfileman dan televisyen terbaik Hollywood.
Filem The Social Network mengisahkan tentang paparan hidup pengasas laman sosial Facebook iaitu Mark Zuckerberg itu, turut memenangi 2 anugerah lain iaitu Skor Muzik Asal Terbaik dan juga Lakon Layar Terbaik.
Bagi anugerah Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik pula disandang oleh Colin Firth menerusi filem The King's Speech dan Natalie Portman( Black Swan). Sementara itu, bagi anugerah Pelakon Komedi/ Muzikal Terbaik Lelaki dan Wanita pula dimenangi oleh Paul Giamatti (Barney's Version) dan Annette Bening, (The Kids Are All Right).
Dua pelakon dari filem The Fighter iaitu aktor Christian Bale dan aktres Melissa Leo masing-masing memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.
Filem The Kids Are All Right pula menyandang anugerah Filem Muzikal/ Komedi Terbaik manakala filem Toy Story 3 dinobatkan sebagai filem animasi terbaik dan filem In A Better World pula memenangi anugerah Filem Asing Terbaik dalam majlis anugerah itu.
Justin Bieber, Zac Efron, Halle Berry dan Sandra Bullock antara selebrti yang tampil selaku penyampai anugerah majlis berprestij berkenaan yang telah berlangsung dari Hotel Beverly Hilton. Majlis anugerah tersebut telah pun disiarkan secara langsung di lebih 160 buah negara menerusi saluran Star World.
Keputusan Penuh Anugerah Golden Globe ke-68:
Filem Drama Terbaik
Black Swan
The Fighter
Inception
The King's Speech
PEMENANG: The Social Network
Filem Muzikal / Komedi
Alice in Wonderland
Burlesque
PEMENANG: The Kids Are All Right
Red
The Tourist
Pengarah Terbaik:
Darren Aronofsky, Black Swan
PEMENANG: David Fincher, The Social Network
Tom Hooper, The King's Speech
Christopher Nolan, Inception
David O. Russell, The Fighter
Pelakon Lelaki Drama Terbaik:
Jesse Eisenberg, The Social Network
PEMENANG: Colin Firth, The King's Speech
James Franco, 127 Hours
Ryan Gosling, Blue Valentine
Mark Wahlberg, The Fighter
Pelakon Wanita Drama Terbaik:
Halle Berry, Frankie and Alice
Nicole Kidman, Rabbit Hole
Jennifer Lawrence, Winter's Bone
PEMENANG: Natalie Portman, Black Swan
Michelle Williams, Blue Valentine
Pelakon Lelaki Komedi / Muzikal Terbaik
Johnny Depp, Alice in Wonderland
Johnny Depp, The Tourist
PEMENANG: Paul Giamatti, Barney's Version
Jake Gyllenhaal, Love and Other Drugs
Kevin Spacey, Casino Jack
Pelakon Wanita Komedi/ Muzikal Terbaik
PEMENANG: Annette Bening, The Kids Are All Right
Anne Hathaway, Love and Other Drugs
Angelina Jolie, The Tourist
Julianne Moore, The Kids Are All Right
Emma Stone, Easy A
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
PEMENANG: Christian Bale, The Fighter
Michael Douglas, Wall Street 2
Andrew Garfield, The Social Network
Jeremy Renner, The Town
Geoffrey Rush, The King's Speech
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Amy Adams, The Fighter
Helena Bonham Carter, The King's Speech
Mila Kunis, Black Swan
PEMENANG: Melissa Leo, The Fighter
Jacki Weaver, Animal Kingdom
Lakon Layar Terbaik
Danny Boyle and Simon Beaufoy, 127 Hours
Lisa Cholodenko and Stuart Blumberg, The Kids Are All Right
Christopher Nolan, Inception
David Seidler, The King's Speech
PEMENANG: Aaron Sorkin, The Social Network
Filem Animasi Terbaik
Despicable Me
How To Train Your Dragon
The Illusionist
Tangled
PEMENANG: Toy Story 3
Filem Asing Terbaik
Biutiful
The Concert
The Edge
I Am Love
PEMENANG: In A Better World
Skor Muzil Asal Terbaik
Alexandre Desplat, The King's Speech
Danny Elfman, Alice in Wonderland
A.R. Rahman, 127 Hours
PEMENANG: Trent Reznor and Atticus Ross, The Social Network
Hans Zimmer, Inception
Lagu Asal Terbaik
"Coming Home," Country Strong
"I See the Light," Tangled
"There's A Place For Us," Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader
PEMENANG: "You Haven't Seen The Last Of Me" - Burlesque
Drama Siri Televisyen Terbaik
PEMENANG: Boardwalk Empire (HBO)
Dexter (Showtime)
The Good Wife (CBS)
Mad Men (AMC)
The Walking Dead (AMC)
Aktres Terbaik (Drama Bersiri)
Julianna Margulies - The Good Wife
Elisabeth Moss - Mad Men
Piper Perabo - Covert Affairs
PEMENANG: Katey Sagal - Sons Of Anarchy
Kyra Sedgwick - The Closer
Aktor Terbaik (Drama Bersiri)
Bryan Cranston - Breaking Bad
PEMENANG: Steve Buscemi - Boardwalk Empire
Michael C Hall - Dexter
Jon Hamm - Mad Men
Hugh Laurie - House
Komedi Siri Terbaik
30 Rock (NBC)
The Big Bang Theory (CBS)
The Big C (Showtime)
PEMENANG: Glee (Fox)
Modern Family (ABC)
Nurse Jackie (Showtime)
Aktres Terbaik (Siri Komedi)
Toni Collette - United States Of Tara
Edie Falco - Nurse Jackie
Tina Fey - 30 Rock
PEMENANG: Laura Linney - The Big C
Lea Michele - Glee
Aktor Terbaik (Siri Komedi)
Alec Baldwin - 30 Rock
Steve Carell - The Office
Thomas Jane - Hung
Matthew Morrison - Glee
PEMENANG: Jim Parsons - The Big Bang Theory
Mini Siri/ Telefilem Terbaik
PEMENANG: Carlos (Sundance Channel)
The Pacific (HBO)
Pillars Of The Earth (Starz)
Temple Grandin (HBO)
You Don't Know Jack (HBO)
Aktres Mini Siri / Telefilem Terbaik
Hayley Atwell - Pillars Of The Earth
PEMENANG: Claire Danes - Temple Grandin
Judi Dench - Return To Cranford
Romola Garai - Emma
Jennifer Love Hewitt - The Client List
Aktor Mini Siri/ Telefilem Terbaik
Idris Elba - Luther
Ian McShane - Pillars Of The Earth
PEMENANG: Al Pacino - You Don't Know Jack
Dennis Quaid - The Special Relationship
Edgar Ramirez - Carlos
Aktres Pembantu Terbaik (Mini Siri/ Telefilem)
Hope Davis - The Special Relationship
PEMENANG: Jane Lynch - Glee
Kelly Macdonald - Boardwalk Empire
Julia Stiles - Dexter
Sofia Vergara - Modern Family
Aktor Pembantu Terbaik (Mini Siri/ Telefilem)
Scott Caan - Hawaii Five-O
PEMENANG: Chris Colfer - Glee
Chris Noth - The Good Wife
Eric Stonestreet - Modern Family
David Strathairn - Temple Grandin
Anugerah Khas
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Cecil B. DeMille: Robert De Niro

Peluang Anda Memilih Tema Untuk RL5


Tersingkir Bukan Alasan Untuk Bobo Terus Mengalah

KUALA LUMPUR, 17 JANUARI 2011: Musim Raja Lawak kini telah memasuki musim kelima dan saban tahun, kita disajikan dengan tema lawak berbeza setiap minggu menjelangnya malam Gelanggang Raja Lawak.
Untuk musim kali ini, anda pembaca setia portal murai.com.my yang juga merupakan portal rasmi Raja Lawak 5 (RL5) berpeluang untuk memilih sendiri tema lawak yang bagaimana anda inginkan untuk malam Gelanggang RL5 ini.
Caranya ialah dengan mengisi borang yang tersedia pada ruang mikrosite RL5 di portal murai.com.my, gunakan kreativiti anda untuk memilih tajuk atau tema yang anda mahu peserta Raja Lawak 5 persembahkan pada setiap minggu.
Tema yang terbaik akan diundi dan dinilai pihak produksi. Sekiranya tema anda berjaya dipilih, anda berpeluang memenangi barangan eksklusif murai.com.my selain memenangi tiket menyaksikan final Raja Lawak 5.
Tarikh tutup peraduan pada 21 Januari 2011.


Dapatkan video-video terkini dari Raja Lawak 5 di Astro Mobile TV (AMTV). Hanya untuk pengguna Maxis dan DiGi sahaja.

1. Taip RL dan hantar ke 26000 untuk pelanggan Maxis.
2. Taip RL hantar ke 2016 untuk pelanggan DiGi. (Service start 21st Jan'11)
3. Klik pada pautan untuk melanggan. RM1.50/seminggu atau RM5/sebulan.

Cayalah TLTBSS. Minggu Pertama Yang Gamat!



Konsert Justin Bieber Undang Kanak-kanak Malang

KUALA LUMPUR, 14 JAN 2011: Program realiti terbaru di RTM saluran 1, Tiada Lama Tiada Baharu, Satu-Satunya (TLTBSS) yang dihoskan oleh pengacara sensasi, Azwan Ali dan Didie Alias telah membuka tirainya dengan pelbagai gaya nyanyian dan gelagat persembahan daripada lima peserta pada Jumaat lalu.
Minggu pertama TLTBSS telah dimulakan dengan memperkenalkan tiga peserta sulung iaitu Umar, Fatin dan Shiqal dalam kategori Nyanyian, serta dua lagi peserta menerusi kategori Muka Iras Artis iaitu Baizura seiras Amy Mastura dan Haimi (Mr. Os).
Konsert pada malam itu turut memperkenalkan Datuk Jeffrydin sebagai ikon yang dipertanggungjawab memberikan komen serta kritikan kepada tiga peserta dalam kategori Nyanyian.
Penyanyi sepanjang zaman itu juga turut menyerikan konsert pada malam berkenaan dengan sebuah lagu Siti Haida dan persembahannya benar-benar telah membawa semua penonton mengimbau kenangan era 60-an.
Umar adalah peserta pertama yang membuat persembahan pada malam itu. Dia telah mempersembahkan lagu Kenanganku iaitu antara lagu hits Jeffrydin. Lontaran vokal Umar pada malam itu kurang menyerlah dan persembahannya nampak kurang berkeyakinan.
Selain itu, kelincahan Umar ketika menari menampakkan dirinya seperti kebudak-budakkan, mungkin juga disebabkan bentuk tubuhnya yang agak kecil. Kurang interaksi bersama penonton membuatkan persembahan dia malam itu bagaikan tiada arah tuju.
Umar bagiamanapun ditegur Jeffrydin yang mahu dia mengubah cara menyanyinya supaya menyanyi mengikut identiti sendiri dan tidak meniru cara penyanyi asal.
Manakala persembahan daripada Fatin telah mengubah suasana konsert bertukar menjadi suram dan sedih. Mungkin juga disebabkan suasana lagu Seruling Anak Gembala yang dibawakan pada malam itu. Apa yang pasti dia adalah antara yang mempunyai keyakinan tinggi dan membuat persembahan dengan penuh perasaan dan emosi.
Persembahan ketiga daripada peserta Shiqal pula menunjukan yang dirinya seperti seorang penyanyi yang sudah berpengalaman. Selain mempunyai tahap keyakinan yang tinggi Shiqal juga pandai berinteraksi dengan penonton semasa dia membawakan lagu Mas Monah pada malam berkenaan.
Persembahan rancak daripada Shiqal juga berjaya membuatkan penonton terhibur dan bertepuk tangan bersama-sama. Apatah lagi apabila Shiqal mendapat pujian daripada Jeffrydin yang tertarik dengan persembahannya yang dikatakan sangat bagus pada malam berkenaan.
Acara diteruskan dengan persembahan daripada dua orang yang mempunyai iras muka penyanyi Amy Mastura ( Baizura) dan Mr. Os ( Haimi). Selepas Baizura menyanyikan lagu Sha Na Na, dia berpeluang bercakap sendiri dengan penyanyi asal lagu tersebut, Amy Mastura melalui talian telefon yang dibuat terus dari studio malam itu. Terserlah keterujaan Baizura ketika itu yang mempunyai iras Amy cuma gaya rambut dan tubuhnya agak berbeza.
Kelibat Haimi menerusi kategori ini nyata menjadi tumpuan. Wajah dan gaya Haimi saling tak tumpah seperti pelakon Mr. Os. Atas kelebihan itu juga, Haimi mendapat sorakan paling meriah kala tampil kuat.
Semakin bersemarak apabila Mr. Os sebenar pun muncul ketika Haimi membuat persembahan. Malah Mr. Os sama ssekali tidak menyangka wujudnya individu yang begitu serupa dengannya. Gelagat mereka berdua telah membuatkan penonton tidak kering gusi.
Persembahan malam pertama TLTBSS telah diakhiri dengan persembahan daripada penyanyi undangan Alyah yang nampak comel bersama gaun nota muzik.
Keputusan, siapakah yang bakal memenangi kedua-dua kategori berkenaan hanya akan diumumkan pada minggu hadapan dan juga minggu kedua konsert.
Undian pesanan ringkas (SMS) bagi kelima-lima peserta masih lagi terbuka kerana sebanyak 30% adalah undian penonton, 20% dari markah permerhati dan 50% markah daripada ikon setiap minggu.

G-Na Tak Sangka Popular Di Malaysia!


Filem Facebook Mengungguli Golden Globe ke-68

KUALA LUMPUR, 17 JAN 2011: Penyanyi baru dari Korea Selatan, Gina Choi atau lebih dikenali dengan nama G-Na, 24, sama sekali tidak menyangka dirinya sangat popular di Malaysia.
Malah, ketika mengadakan rakaman program K-POP Hitz terbitan Astro Hitz petang Jumaat lalu (14 Januari 2011), G-Na yang hadir bersama teman seperjuangan iaitu B2ST dan 4Minute mendakwa dirinya masih lagi terlalu kecil berbanding B2ST dan 4Minute yang nyata lebih popular darinya.
"Sungguh pun ini adalah kali pertama saya datang ke Malaysia, saya terasa sangat seronok dan teruja. Apatah lagi, saya sendiri tidak menyangka respon yang diberikan di sini sangat baik walaupun saya masih baru sebagai penyanyi.
"Secara jujur, saya tidak menyangka yang saya memiliki begitu ramai peminat di Malaysia. Terima kasih kerana meminati dan menghargai bakat saya," katanya kepada murai.com.my yang ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu, G-Na yang agak gugup sehingga terlupa lirik sewaktu menyanyi di konsert Digi Live K-Pop Party 2011 di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada malam 13 Januari lalu menjelaskan, dia juga tidak menyangka seorang bintang terkenal Korea Selatan yang sudah mencipta nama di Hollywood iaitu Rain, mahu bekerjasama dengannya.
"Saya tahu memang ramai yang cemburu dengan saya kerana peluang berduet bersama Rain. Namun, saya sendiri tidak menyangka, dari ramai-ramai artis di Korea Selatan, saya yang menjadi pilihannya. Saya terharu dan rasa bertuah sekali.
"Bekerja dengan Rain bukanlah satu yang sukar. Sungguhpun dia sudah ternama, dia banyak membantu saya yang masih baru. Jadi, kepada peminat di Malaysia nantikan album terbaru saya iaitu Black & White tidak lama lagi. Diharap peminat akan memberikan maklumbalas yang sama sebagaimana album saya sebelum ini," jelasnya.
Sementara itu, G-Na yang popular dengan lagu Supa Solo mengakui berasa semakin selesa berada di Malaysia walaupun cuaca dan budaya berlainan di Korea Selatan.
"Selepas beberapa hari di sini, saya rasa amat selesa walaupun cuacanya tak sama seperti di Korea Selatan. Saya juga seronok melihat peminat di Malaysia. Mereka tidak sama seperti peminat di negara lain. Kalau ada peluang, saya akan datang ke Malaysia lagi," ujarnya.

Tersingkir Bukan Alasan Untuk Bobo Terus Mengalah

Peluang Anda Memilih Tema Untuk RL5
KUALA LUMPUR, 17 JAN 2011: Biarpun kecewa selepas diumumkan sebagai kumpulan pertama yang tersingkir pada program minggu ke-2, Raja Lawak 5 (RL5), namun kumpulan Bobo yang dianggotai oleh Mohd Hamizi Hashim atau Gbob, 24 dan Mohd Azwan Sabri atau Wan Awe, 24, tetap mahu membuktikan bahawa mereka boleh berjaya dalam industri hiburan satu hari kelak.
Gbob yang dihubungi murai.com.my, menyatakan kekecewaannya dan menanam hasrat untuk bertapak dalam industri hiburan tempatan.
"Kami benar-benar kecewa dan tak sangka kami antara peserta yang akan terkeluar pada minggu kedua. Kerana setahu kami, Bobo telah melakukan yang terbaik dan lebih baik daripada minggu pertama.
"Buktinya, kami mendapat sorakan yang kuat sepanjang persembahan kami yang lalu. Lagipun selepas kami dikritik minggu pertama oleh juri, kami telah pun menunjukan warna sebenar ketika persembahan minggu ini.
"Namun kami tak boleh berbuat apa, sebaliknya hanya redah dengan keputusan malam itu. Apa yang pasti selepas ini kami akan terus berusaha untuk berada dalam industri ini.
"Kami masih belajar, macam mana hendak bertapak kerana kami pun masih baru dan tidak mengenali sesiapa dalam industri ini. Jadi ianya mungkin akan mengambil masa," kata Gbob.
Pada persembahan RJ5 yang lalu, Bobo membuat persembahan sebagai seorang pelayan hotel juling yang melayan kerenah seorang pelanggan menerusi tema freestyle. Persembahan mereka mendapat pujian dan kata-kata semangat daripada barisan juri pada malam berkenaan.
"Boleh dikatakan, semua juri agak terkejut apabila mengetahui kami terkeluar. Tapi Sathia, David Teo dan Afdlin tidak henti memberikan kata-kata semangat kepada kami untuk terus maju dan tidak mengalah.
"Saya ingat kata Afdlin, tidak bermakna terkeluar awal maka perjuangan kami habis disini saja. Kata-katanya itu telah mebuatkan kami kuat untuk terus bertapak dalam industri ini, InsyaAllah," katanya kepada muari.com.my.
Selain kumpulan Bobo, dua kumpulan lain yang menerima undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) terendah pada malam berkenaan ialah kumpulan Kami dan Kopi O. Namun mereka terselamat dan tetap akan berada dalam RL5 untuk minggu seterusnya bersama peserta lain.

Dapatkan video-video terkini dari Raja Lawak 5 di Astro Mobile TV (AMTV). Hanya untuk pengguna Maxis dan DiGi sahaja.

1. Taip RL dan hantar ke 26000 untuk pelanggan Maxis.
2. Taip RL hantar ke 2016 untuk pelanggan DiGi. (Service start 21st Jan'11)
3. Klik pada pautan untuk melanggan. RM1.50/seminggu atau RM5/sebulan.

Noraniza Idris nak kahwin dengan ahli perniagaan Singapura!

Jika tiada aral, Noraniza Idris sekali lagi akan mendirikan rumahtangga pada Jun ini. Lelaki yang berjaya mencuri hatinya ialah seorang ahli perniagaan dari Singapura, Jeffri Iman (51) yang merupakan bapa tunggal (11 tahun) kepada empat orang anak dan juga pengurus Absolut U International Private Limited (syarikat Umrah).

Pertemuan pertama mereka adalah ketika Noraniza memberi sumbangan pada bulan Ramadan hasil jualan barangan dari akademi Tatihseni milik Noraniza di sebuah masjid dekat JB dimana Jeffri yang menjadi bilal bebas di Singapura merangkap ahli dalam urusan sumbangan berkenaan.

Sejak itu, Noraniza dan Jeffri sering berhubungan dan berbicara melalui Internet yang menghubungkan mereka berdua. Pasangan ini mencuri perhatian ramai ketika menghadiri malam akhir konsert Jamal Abdillah J2011-Lagenda di Istana Budaya, baru-baru ini.

Saksikan Drama Terakhir Arwah Faizal Yusof di TV9 hari ini 18/1/2011



Sama-samalah kita menonton drama terakhir arwah Faizal Yusof sebelum kembali kepadanya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 

Telefilem bertajuk Jangan Hantar Aku Ke Neraka itu akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada pukul 8.30 malam.
Selain Faizal, drama berkenaan turut diterajui Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.

Kesemua pelakon itu turut merasai kehilangan Faizal kerana penggambaran berkenaan tamat beberapa hari sebelum kejadian itu.
Faizal meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu akibat serangan jantung.

Ratu Coli Laser, Julia Perez Bergaduh Dengan Dewi Perssik. Catfight!

Video rakaman pergaduhan 2 aktres kontroversi, Julia Perez & Dewi Perssik berdurasi 4:31 minit memecah keheningan warga Indonesia yang tertanya-tanya akan motif kejadian tersebut.Kami difahamkan, Dewi Perssik tidak berpuas hati apabila teman lelaki Julia Perez, Gaston Castano ingin menunjukkan bukti rakaman di sebalik tabir filem Arwah Goyang Karawang yang menjadi penyebab permasalahannya dengan Julia Perez.
Dalam video pergaduhan tersebut, Dewi Perssik dilihat menahan Julia Perez, namun tiba-tiba Julia Perez membalas tindakan Dewi Perssik dengan menjatuhkan serta mencekik aktres seksi ini. Julia Perez menghempap Dewi Perssik namun dapat ditolak olehnya sehingga mampu berdiri semula.
Kemudian, kedua-dua aktress ini tidak dapat menahan sabar lantas beraksi persis 2 orang wanita seksi dalam Tekken 4 yang cuba menewaskan satu sama lain. Awesome Catfight!
Video selepas ini.

Nurul Syuhada Bakal Berkahwin 1 Julai Ini?

nurul syuhada kahwin
Ok sila jangan bersedih hati kerana gosip yang kami terima ini. Khabar Nurul Syuhada, pengacara TV3 yang cun, comel, baik hati, cute, lawa dan (isi sendiri adjektif anda) bakal mendirikan rumah tangga bulan Julai ini. Mengikut sumber yang kami terima menerusi email, khabarnya Nurul Syuhada sudah pun menempah Dewan Perdana Felda 1 Julai depan.
Benarkah berita ini? Kalau benar, tahniah kami ucapkan. Walaupun kami sedar ramai yang akan kekecewaan dan kemurungan akibat patah hati, tapi kata orang, kalau dah sampai seru, kahwinlah juga jawapnya. Persoalannya, siapakah jejaka yang bakal menaiki pelamin bersama Nurul Syuhada nanti?
Sama-sama kita tunggu pengumuman dari Nurul Syuhada tentang khabar angin ini.

UFO lawat Menara KL?

OBJEK terbang yang tidak dikenali atau UFO (dalam bulatan) dirakam di ruang udara Menara Kuala Lumpur pada Selasa lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.
Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.
"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya.
"Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam.
Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer.

Peguam pertikai azan minta maaf

NG KIAN NAM (tengah) bersalam dengan Ikram sambil diperhatikan oleh Raja Nong Chik (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang peguam Cina, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan di sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.
"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam kerana salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Sebelum sidang akhbar itu, Raja Nong Chik mengadakan perbincangan tertutup dengan Kian Nam, Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Ikram Mohd. Yusof dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Sentuh lelaki kerana skrip



AIR muka dan tutur katanya amat lembut jika diteliti secara dekat. Setiap patah bicara yang terpacul dari mulut pelakon jelita itu melambangkan kematangan dan kebijaksanaannya yang tersendiri serta padat dengan isi.
Mudah untuk diajak berbicara, Nur Fathia Abd. Latiff juga tidak lokek berkongsi kisah kerjaya mahupun peribadi, cuma kadangkala dia akan terdiam sejenak sebelum menjawab pertanyaan. Barangkali mahu menyusun ayat agar kata-kata yang diungkapkan tidak disalah ertikan.
Memiliki tubuh idaman yang diimpikan oleh setiap kaum Hawa iaitu bertubuh langsing dan tinggi lampai, Nur Fathia dilihat tidak perlu bekerja keras untuk membina nama di persada seni.
Berbekalkan pakej itu, namanya kini semakin dikenali meskipun baru membintangi beberapa buah drama TV3 antaranya Nur Kasih yang bertanggungjawab mengangkat namanya ke satu fasa yang lebih tinggi dan diikuti dengan Musang Berjanggut, Dea Sofea, Laila Asyikin dan yang kini sedang hangat ditayangkan, Hani.
Masih mampu mengekalkan rekod tanpa sebarang gosip hangat, Nur Fathia bagaimanapun pernah dikecam di sebuah laman portal kerana dikatakan sering membawa watak berpeluk-pelukan dan bersentuh-sentuhan dengan pelakon lelaki dalam beberapa drama lakonannya.
Tidak terus melatah, pelakon kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu tenang mendengar soalan yang diajukan kepadanya sebelum menghela nafas untuk memberi jawapan.
"Pertamanya, saya minta maaf jika ada yang tersinggung dengan perkara itu. Jujurnya itu adalah kehendak skrip dan tidak lebih daripada itu.
"Jika bawa watak suami isteri atau kekasih, skripnya begitulah, tetapi saya tidak akan sesekali bertindak untuk melakonkan babak aksi di ranjang.
"Saya juga tidak akan melakonkan babak berpeluk atau bersentuhan secara berlebih-lebihan," katanya yang meminta agar peminat mengerti tuntutan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Tolak tawaran KRU

SEDANG mengenali hati budi seorang pemain bola sepak, Nur Fathia mengakui rapat dengan jejaka tersebut.


Berasal dari keluarga yang menitikberatkan nilai keagamaan yang tinggi dan juga tegas, minat lakonan yang bertakung dalam diri Nur Fathia pada mulanya mendapat tentangan tatkala hasrat hatinya itu dicurahkan kepada kedua-dua ibu bapanya.
Malah pada awalnya ibu bapanya enggan melayan kehendaknya itu kerana mereka lebih senang dia memberi fokus kepada pelajaran terlebih dahulu.
"Namun, lama-kelamaan mereka izinkan juga saya berlakon walaupun tidak sepenuh hati. Dengan pelepasan itu, saya perlu pastikan setiap keputusan peperiksaan saya mestilah baik dan saya tidak mahu kecewakan mereka.
"Sehingga kini, saya akan tanya pendapat mereka setiap kali saya menerima tawaran berlakon," tuturnya.
Memulakan karier lakonan pada usia 19 tahun, Nur Fathia boleh dikatakan sebagai seorang yang bertuah ekoran tawaran berlakon yang tidak pernah putus diraihnya.
"Selepas Hani, saya ada menerima beberapa lagi tawaran lakonan termasuk tawaran sebagai heroin dalam filem terbitan KRU Production. Malangnya, saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana baru sahaja mula semester.
"Kecewanya tidak dapat nak digambarkan. Apa boleh buat, saya tak mahu tangguhkan pembelajaran dan saya mahu habiskannya terlebih dahulu. Itu janji saya," luahnya.
Untuk pengetahuan umum, sejak awal bulan ini, Nur Fathia merupakan seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
Ekoran itu, dia perlu memperlahankan karier lakonannya untuk memberi laluan kepada kuliah serta tugasan yang perlu dilakukan.
"Kuliah saya empat hari seminggu dari Isnin hingga Khamis, jadi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad itulah masa saya untuk selit-selitkan dengan aktiviti seni sama ada sesi fotografi atau apa sahaja.
"Saya masih boleh menerima tawaran berlakon dan membuat (iklan) komersial dalam tempoh belajar, tetapi kalau penggambaran itu mengambil masa terlalu panjang, memang saya tidak boleh beri persetujuan. Tak mahulah nanti orang kata saya pentingkan diri sendiri," luahnya serius.

FIGURA jelita ini bertegas tidak akan sama sekali berlakon babak ranjang.


Bakal muncul di layar perak buat pertama kalinya dalam filem Hijab, Nur Fathia yang bergandingan dengan pengarah dan juga penerbit filem itu, Pierre Andre mengakui teruja berbaur bimbang untuk menunggu impak penonton kelak.
Rapat dengan pemain bola sepak
Puas berbicara tentang kerjaya dan pelajaran, topik perbualan diolah menjurus kepada kisah cinta yang mungkin sedang bertandang di dalam taman hatinya.
Menyambut pertanyaan dengan gelak ketawa, Nur Fathia mengakui sedang rapat dengan seseorang, namun masih belum ada ikatan rasmi yang mengikat mereka berdua.
"Kami tak declare (ikrar) apa-apa, cuma rapat sahaja dan masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Perkenalan kami baru berusia setahun dan dia merupakan pelajar dan pemain bola sepak di UiTM.
"Umur kami sebaya dan dia adalah kawan baik saya, tetapi kami tidak ada apa-apa (ikatan). Dia memang tempat saya mengadu segala masalah dan kami hanya kawan rapat," katanya sambil tergelak.
Pada masa yang sama, Nur Fathia mengakui dia gemar berkawan dengan ramai orang dan dalam masa yang sama, sedang memerhati calon lelaki yang sesuai untuk menjadi suaminya memandangkan usianya sudah menginjak 24 tahun.

Shahidan: Kami akan bincang terlebih dulu

KEMUDAHAN di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur semuanya serba lengkap bagi memudahkan atlet menjalani latihan. – Gambar hiasan


KOMPLEKS Sukan di Bukit Jalil semuanya lengkap.Dalam erti kata lainnya, semua persatuan sukan di negara ini tidak perlu bersusah-payah untuk mencari tempat bagi menjalani latihan.
Benda yang sudah ada di depan mata, buat apa nak bersusah mencari tempat lain untuk tujuan latihan.
Pergunakanlah sepenuhnya segala kemudahan yang ada di Bukit Jalil, lagipun pembinaannya adalah untuk memudahkan atlet menjalani latihan.
Atlet dari luar negara kagum dengan kemudahan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, malah turut menjalani latihan di situ.
Tetapi, persatuan sukan di negara ini bertindak sebaliknya.
Andai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sedar bahawa di Bukit Jalil memiliki segala-galanya, maka tidak akan timbul masalah untuk mereka bagi mencari tempat menjalani latihan.
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu yang ditimbulkan oleh KOAM sekarang lebih terjurus kepada agenda peribadi, dan mereka terus mempertahankan hasrat untuk mengadakan latihan di kompleks Sukan Ranau di Sabah.
Majlis Sukan Negara (MSN) sudah menjelaskan semuanya, tetapi KOAM menerusi timbalan presidennya, Karim Ibrahim terus berdegil.
Begitupun, presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim belum mahu melatah dengan isu tersebut meskipun tidak mendapat persetujuan MSN.
Shahidan menganggap segala kekusutan yang berlaku ketika ini mengenai masalah tersebut masih boleh diselesaikan dengan cara berhemah dan beliau percaya perbincangan di antara semua pihak terbabit mampu menjernihkan semula keadaan.
Menurut Shahidan, beliau sendiri akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim bersama Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong bagi membincangkan isu tersebut esok.
"Saya akan berbincang terlebih dahulu mengenai isu ini bersama Timbalan Menteri (Razali) dan Ketua Pengarah MSN (Zolkples) bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
"Pada mulanya, saya mahu berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) namun beliau kini difahamkan berada di luar negara dan sebab itu saya akan bertemu dengan timbalannya dahulu.
"Bagi saya, hanya dengan mengadakan rundingan sahaja mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik," kata Shahidan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zolkples yang mengesahkan bahawa MSN menolak cadangan KOAM untuk menghantar barisan atlet olahraga negara menjalani latihan di Ranau sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.
Jelas Shahidan lagi, MSN mungkin tidak mendapat gambaran sebenar tentang perancangan tersebut dan disebabkan itu beliau sendiri mahu mengadakan perbincangan dengan wakil daripada pihak terbabit.
"Sebab itulah, saya mahu mengadakan pertemuan dengan pihak MSN bagi memberikan mereka gambaran yang lebih jelas mengenai perancangan yang ingin dilaksanakan oleh KOAM ini," katanya.
Bagaimanapun, Shahidan yang juga merupakan Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengakui pasti akan timbul beberapa masalah dengan perancangan untuk mengadakan latihan pusat sebanyak empat fasa di Ranau itu.
"Kita kena terima hakikat bahawa kompleks sukan di Ranau itu merupakan sebuah kompleks baru dan pastinya akan timbul beberapa masalah nanti. Itu memang tidak dapat dinafikan.
"Namun, daripada segi cuaca, Ranau merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita mengadakan latihan," kata Shahidan lagi.
Dalam perkembangan lain, Shahidan mengesahkan ba hawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada mesyuarat agung tahunan badan induk olahraga itu pada 29 Januari ini.
Shahidan berkata, beliau juga sedia dicabar jika ada yang mahu bertanding jawatan itu.
"Jika ada yang ingin bertanding dalam apa jua jawatan dalam KOAM, bertandinglah secara baik," ujar Shahidan yang menyandang jawatan selaku Presiden KOAM sejak 2006.

Isu payu dara undang kritikan

RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.


KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.
Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.
Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.
Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Thursday, January 13, 2011

Tiket Konsert Justin Bieber Akan Mula Dijual Sabtu Ini

Ketika OHBULAN! papar artikel Sah! Konsert Justin Bieber Live In KL, April 2011, sehingga hari ini seramai 598 FB Like & 31 tweet yang berkongsi artikel tersebut. Ehem, kami dah agak memang ramai peminat Justin Bieber yang terdiri daripada pembaca OHBULAN!.
Tiket untuk konsert Justine Bieber My World Tour yang berlangsung pada 21 April 2011 akan mula dijual secara eksklusif kepada pengguna Tune Talk Sabtu ini, sebelum diedarkan kepada seluruh negara keesokan harinya.
Kaunter tiket akan dibuka mulai pukul 12 tengah hari di Bangsar Village 2 dengan pelbagai aktiviti diadakan untuk memeriahkan majlis sidang media konsert Justin Bieber yang akan diumumkan oleh Jason Lo pada pukul 10.30 am.
Antara aktiviti yang diadakan seperti Justin Bieber Look-Alike, menyanyi & menari, menjanjikan hadiah-hadiah menarik kepada peserta bermula pukul 10 am. Tanpa disangkal, konsert Justin Bieber adalah satu festival muzik yang terbesar tahun ini dengan kehadiran penonton dijangka mencecah 17,000 orang.
Justin Bieber My World Tour akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan harga tiket permulaan RM98, RM188, RM288, RM358 & RM498. Sebanyak 17,000 tiket akan dijual, siapa cepat dia dapat.
Maklumat yang lebih lanjut mengenai artis Baby, Baby ini boleh dilihat di www.rockthisjoint.com.my

Fazura, Nasha Aziz & Juliana Evans Peraga Cheongsam Di Parti Rafflesia

Nasha Aziz buka langkah shuffle. Kredit foto Fanpage Fazura
Smoking hot & gorgeous! Fazura, Nasha Aziz & Juliana Evans memperagakan pakaian tradisi masyarakat Cina, Cheongsam ketika berlangsungnya Parti Rafflesia, baru-baru ini. Selebriti wanita yang turut hadir sama memeriahkan majlis ini ialah Shila, Farhan, Erra Fazira, Irma Hasmie, Faradhiya & Dynaz.



Fasha Sandha: Diam Lebih Baik Daripada Bersuara



KUALA LUMPUR, 13 JAN 2011: Belum pun reda kontroversi tentang isu penyebaran gambar berbikini aktres jelita Fasha Sandha yang tersebar luas di internet , kini buah hati kepada bekas suami Nora Danish ini telah mencetuskan satu lagi kisah panas.
Dia dikatakan tidak hadir ke majlis Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green di Pusat Beli-Belah di The Weld, Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan hanya membatalkannya dalam masa terdekat, sekaligus menyebabkan pereka fesyennya, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut.
Mengambil pendekatan enggan berbicara dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua isu tersebut, pelakon kelahiran Johor Bahru ini menyerahkan kepada masyarakat umum untuk membuat penilaian terhadapnya.
"Saya tak nak komen lanjut mengenai isu gambar dan soal ketidakhadiran saya pada majlis tersebut. Biarlah kalau ada pihak yang nak berkata tentang perkara itu kerana bagi saya berdiam itu lebih baik daripada berkata-kata dan saya juga tak mahu memanjangkan perkara tersebut. Kalau saya cakap pun orang tak akan faham," katanya ketika ditemui pada majlis pengumumuman Top 5, Anugerah Bintang popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) di sini, petang tadi.
Sementara itu, timbul juga kisah kehadiran kedua ibu bapa pelakon utama filem Cicakman tersebut ke sebuah agensi khabar tempatan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan laporan akhbar berkenaan yang menulis mengenai kedua-dua isu panas tersebut (isu bikini dan ketidakhadirannya pada majlis pertunjukan fesyen itu)
"Saya tak tahu mengenai perkara tersebut dan saya sibuk dengan perkara lain.Jadi saya tak boleh nak komen lanjut," katanya.
Enggan melayan isu-isu yang dibangkitkan segelintir pihak terhadap dirinya, jelas Fasha, apa yang penting sokongan keluarga dan peminat terhadapnya tidak pernah putus dan kalau boleh dia hanya beri tumpuan terhadap kerjayanya.
"Famili dan peminat masih ada di sisi saya dan itu adalah perkara yang cukup penting dalam hidup saya. Lagipun banyak lagi benda yang saya nak buat untuk tahun baru ini.Saya mahu fokus pada kerja dan selepas ini saya akan sibuk dengan penggambaran drama bersiri dan sebagainya.Jadi saya tak ada masa nak fikir-fikir benda-benda macam ini dan biarlah apa orang nak cakap asal ada keluarga dan peminat ada menyokong saya," katanya tenang.
Malah, jelas aktres berusia 27 tahun ini, meskipun dirinya dilanda pelbagai kontroversi, namun sokongan peminat terhadapnya tidak pernah henti dan buktinya dia masih lagi tercalon dalam senarai Top 5, kategori Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2010.
"Apa pun yang berlaku saya tetap mementingkan peminat kerana tanpa mereka saya tak akan ke mana kerana mereka juga saya turut berpeluang dicalonkan dalam senarai Top 5 ini,"ujarnya yang bergelar usahawan dengan membuka salun kecantikan yang diberi nama Chinta Hair Salon & Beauty yang akan beroperasi pada 14 Februari depan di Wangsa Maju.