Wednesday, January 12, 2011

Melda Ahmad, Gadis Youtube Muncul Rancangan Realiti Gadis Semasa Sunsilk

7832 163124779142 163050919142 2781757 96259 n Melda Ahmad, Gadis Youtube Muncul Rancangan Realiti Gadis Semasa Sunsilk
Melda Ahmad mungkin tidak dikenali secara peribadi, sebaliknya lagunya yang berjudul Putus amat popular di Youtube dengan jumlah tontonan sebanyak 230 ribu setakat hari ini. Lagu berkonsepkan cinta ini mendapat perhatian Gadis Semasa Sunsilk, lanataran itu sebuah rancangan realiti diterbitkan dan mula keudara di tv3 setiap hari selasa, jam 6 petang.
Jalan cerita juga amat menarik, ya memang serius menarik! Gadis Semasa mengisahkan seorang pelajar jurusan muzik yangdicungkil bakat muziknya menerusi laman sosial. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merealisasikan minatnya dalam bidang itu sehingga ke pentas terkemuka. Namun dengan bantuan pakar, dia mula membina keyakinan diri dan melihat perubahan dalam hidup.
Rancangan ini sememangnya idea yang segar & baru untuk penonton drama. Kebiasaannya, pihak produksi & penaja lebih gemar mengambil selebriti popular untuk merealisasikan idea rancangan realiti. Berlainan pula kali ini mereka berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Selepas menonton episod pertama, kami berani kata sambungan episod kedua akan lebih menarik dengan perkembangan cerita Melda Ahmad yang putus cinta, dan mencipta lagu ini.

No comments:

Post a Comment