Thursday, January 13, 2011

Betulkah Penyanyi Najwa Telah Melarikan Diri?



KL, 11 Jan 2011: Tak baik betul Najwa buat Miss Propa macam ni. Tak baik sungguh Najwa buat peminat-peminatnya macam ni. Tak ada hujan, tak ada guruh, tiba-tiba Najwa menghilangkan diri. Benarkah?
Mana tidaknya, dalam pada namanya sedang berkembang sebagai penyanyi jazz muda yang semakin disegani, tiba-tiba dia mengambil keputusan untuk pergi begitu saja.
Jangan salah sangka dengan apa yang Miss Propa katakan. Yalah takut tersalah kata nanti, badan pula binasa. Tapi apa yang pasti, Najwa tidak akan lagi bergentayangan dalam mana-mana acara muzik dalam tempoh 2 tahun ini.
Mungkin ianya keputusan yang agak drastik. Malah bagi Miss Propa, tidak keterlaluan juga ada segelintir peminat yang agak kecewa atas pemergian Najwa tanpa sebarang pemberitahuan mahupun sidang media.
Miss Propa diberitahu, dia kini sudahpun berada di perantauan iaitu di Berklee, Boston Amerika Syarikat. Kalau nak tahu apakah yang dibuat Najwa di sana, sila tonton video Miss Propa kali ini.

No comments:

Post a Comment