Thursday, January 13, 2011

Inilah Barisan Finalis Top 5 ABPBH2010



KUALA LUMPUR, 12 JAN 2011: Pengumumkan calon finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) baru saja diumumkan dalam sidang media kedua yang diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya petang tadi.
Apa yang menarik, acara yang mempertandingkan 16 kategori ini telah dibarisi wajah-wajah baru dalam beberapa kategori yang utama. Misalnya dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Nama Juara Mentor 3, Black dan Juara Akademi Fantasia Musim Ke-8, Shahir telah tersenarai dalam kategori tersebut bersama Faizal Tahir, Aizat dan Anuar Zain.
Manakala bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, Adira dan Ana Raffali berjaya berada di dalam kategori ini bersama-sama dengan Alyah, Yuna dan Stacy.
Apa yang menarik, Ana Raffali yang baru mencetuskan kontroversi berikutan kejayaannya meraih juara Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) turut tersenarai dalam 2 lagi kategori iaitu Arti Baru Popular dan Penyanyi Duo/Kumpulan Popular.
Zizan juga menunjukkan kebangkitan selepas memenangi Anugerah Shout Awards 2010 apabila tersenarai dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.
Malah tumpuan juga turut diberikan kepada Lisa Surihani dan Shaheizy Sam apabila masing-masing tersenarai dalam kategori Pelakon TV wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular serta Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.
Acara kemuncak anugerah berprestij itu dijadualkan berlangsung pada 3 April ini bertempat di Arena of Stars, Genting Highlands, selepas acara siri jelajah diadakan di 4 lokasi yang terpilih.
Senarai finalis ABPBH2010
1) Penyanyi Lelaki Popular
- Anuar Zain
- Black
- Aizat
- Faizal Tahir
- Shahir

2) Penyanyi Wanita Popular
- Adira
- Stacy
- Alyah
- Ana Raffali
- Yuna

3) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
- Ana Raffali/Sohaomi Mior Hassan/Altimet
- Bunkface
- Azlan & The Typewriter
- Meet Uncle Hussain
- 6ixth Sense

4) Penyanyi Nasyid Popular
- Hijjaz
- In-Team
- Mirwana
- Raihan
- Rabbani

5) Pelakon Filem Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Bront Palarae
- Syamsul Yusof
- Shaheizy Sam
- Remy Ishak

6) Pelakon Filem Wanita Popular
- Diana Danielle
- Lisa Surihani
- Liyana Jasmay
- Maya Karin
- Scha Al-Yahya

7) Pelakon TV Lelaki Popular
- Aaron Aziz
- Ady Putra
- Fizz Fairus
- Shaheizy Sam
- Remy Ishak

8) Pelakon TV Wanita Popular
- Fasha Sandha
- Lisa Surihani
- Noorkhiriah
- Scha Al yahya
- Tiz Zaqyah

9) Pengacara TV Lelaki Popular
- Awal Ashaari
- Ally Iskandar
- Aznil Nawawi
- Jimmy Shanley
- Zizan

10) Pengacara TV Wanita Popular
- Cheryl Samad
- Fara Fauzana
- Nurul Shuhada
- Raja Azura
- Sharifah Shahirah

11) Penyampai Radio Lelaki Popular
- Salih Yaakob
- Aznil Nawawi
- Halim Othman
- Faizal Ismail
- Kieran

12) Penyampai Radio Wanita Popular
- Abby Fana
- Fara Fauzana
- Raja Azura
- Linda Onn
- Sharifah Aleya

13) Artis Komedi Lelaki Popular
- Along
- Angah
- Nabil
- Johan
- Zizan

14) Artis Komedi Wanita Popular
- Raja Azura
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Noorkhiriah
- Sharifah Shahirah

15) Artis Baru Lelaki Popular
- Daus
- Maulana
- Shahir
- Sharnaaz Ahmad
- Shahz Jaszle

16) Artis Baru Wanita Popular
- Adira
- Ana Raffali
- Mizz Nina
- Nur Elfira Loy
- Nur Syuhaida@Dottie

No comments:

Post a Comment