10 JAN 2011: Rasa Murai Batu ramai yang dah tahu pasal luahan hati aktres Abbby Abadi terhadap Memey dengan bekas suaminya, Norman Hakim seperti yang dinyatakan dalam akaun Facebook. Tapi, apakah pula kenyataan maklum balas daripada Memey.
Dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Memey khabarnya memberitahu kalau boleh tak mahu komen apa-apa langsung tentang hal tersebut. Namun, dia akui yang dia memang tak tahu bahawa panggilan menerusi telefon bimbit Norman itu datangnya daripada Abby.
Sebab, itulah dia jawab panggilan tersebut. Ia bukanlah sesuatu yang disengajakan olehnya. Maksudnya, takde niatlah agaknya untuk Memey buat macam tu (jawab panggilan Abby menerusi telefon Norman).
Seperkara lagi, nombor telefon Abby pun memang tak tertera di dalam telefon bimbit tu. Malah, Memey juga tak rasa bahawa ianya adalah satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Lagipun tak salah baginya untuk menjawab panggilan telefon tunangnya, Norman.
Murai Batu setuju dengan apa kata Memey. Memang, tidak ada salahnya pun dia buat macam tu. Tapi, kalau Memey mengelak diri daripada melakukannya, mungkin benda ni takkan jadi sebesar ini.
Mungkin Memey akan persoalkan, kenapa dia perlu mengelak diri daripada melakukannya sedangkan dia dah pun jadi tunang Norman, manakala Abby pula hanyalah sekadar bekas isteri saja.
Kalau hendak diikutkan secara rasionalnya, memang Abby dah takde apa-apa hak lagi ke atas Norman. Tapi, Memey pun kena ingat bahawa sebagai bekas isteri bukan mudah untuk Abby lupakan hal yang dah lepas-lepas.
Semua ni perlukan masa. Bukan boleh lupakan macam tu saja. Memey mungkin tak rasa sangat kesannya sebab dalam soal ini, dia tidak berada di tempat Abby. Tekanan yang dirasai Memey mungkin tak seberat yang dirasai oleh Abby.
Jadi, dalam soal ni, Memey kena beri masa pada Abby supaya Abby dapat memulihkan emosi dan perasannya. Elakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh menyentuh sensitivitinya.
Lagi satu Murai Batu pun nak komen sikit pasal kenyataan Memey yang kononnya dia tidak tahu panggilan itu dibuat oleh Abby. Sebab nombor Abby takde tertera di telefon bimbit Norman.
Mungkin betul apa yang Memey cakap. Tapi, kalau dianalisa daripada kenyataan Memey ni, Murai Batu terasa macam masih ada kepincangannya. Sebab, pagi itu Norman tengah bersiap-siap untuk menghantar anaknya bersama Abby ke sekolah. Tapi, Norman terlewat.
Sebagai tunang yang ketika itu bersama Norman (Murai Batu sendiri pun tak faham dan tak mengerti kenapa Memey ada kat situ), bila dah tahu Norman terlewat mesti Memey dah boleh dapat agak yang Abby akan call Norman. Mesti Abby nak tahu Norman kat mana dan kenapa tak sampai lagi.
Murai Batu rasa Memey pun dah cukup bijak untuk memahami keadaan ini. Yelah, kalau Memey licik jawab soalan wartawan pasal hubungannya dengan Norman masa rumahtangga Norman-Abby berada dalam keadaan yang getir, tentu dia pun boleh faham dengan benda-benda macam ni.
No comments:
Post a Comment