Wednesday, January 12, 2011

Drama Sakti Delima Ditunda Kerana Disyaki Berunsurkan Tahyul

GUA Sakti Delima default 774714556 Drama Sakti Delima Ditunda Kerana Disyaki Berunsurkan Tahyul
Drama Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd telah digantung siaran oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana disyaki mengandungi unsur tahyul yang boleh memesongkan akidah Islam. Berikutan daripada itu, TV3 akur dengan arahan Lembaga Penapisan Filem dan telah menarik balik tayangan drama bersiri daripada slot Lagenda dengan serta-merta.
Pihak Tv3 akan menyerahkan kesemua 20 episod pita rakaman drama ’Sakti Delima’ untuk proses pemantauan kepada pihak LPF demi memastikan yang jalan cerita dan elemen yang dipaparkan tidak mengandungi sebarang unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam.
Baru sahaja bersiaran sebanyak empat episod, epik klasik yang telah diadaptasi dari filem asal ”Pancha Delima” lakonan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dan seniwati Saadiah yang mengisahkan tentang kesaktian seutas kalung yang menjadi rebutan ramai, kini diberikan nafas baru serta menampilkan barisan pelakon berbakat di bawah sentuhan kreatif pengarah Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.
Uniknya, drama ’Sakti Delima’ diterbitkan oleh JS Pictures Sdn. Bhd. dan menampilkan barisan pelakon wanita popular tanahair yang kebanyakannya bertudung seperti Bienda, Sheila Rusly, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Liza Hanim serta turut dibantu oleh Iqram Dizzly, Ungku Ismail dan Yazal Jalal.
Pihak TV3 bercadang untuk menyiarkan semula drama bersiri ini menerusi slot Lagenda jam 4.30 petang hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Khamis pada awal bulan April 2011 apabila ’Sakti Delima’ mendapat kelulusan tapisan LPF.
Kredit foto : Gua.com.my

No comments:

Post a Comment