Thursday, January 13, 2011

KDA2: Peminat Gembira Dapat Terbang Dengan Anith!



KUALA LUMPUR, 12 JAN 2011: Memenangi pertandingan Jangan Lupa Nyanyi dalam segmen Riuh Pagi Era adalah satu kemenangan yang amat bermakna bagi pemandu lori, Mohamad Ramzy Marais, 34.
Buktinya, Ramzy berpeluang enaiki kapal terbang Cesna dan terbang ke udara mengelilingi bandar Kuala Lumpur bersama pelakon utama Kau Dan Aku 2 (KDA2) iaitu Anith Aqilah Sulaiman Lim atau Anith.
Ditemui selepas penerbangan itu, Ramzy yang hadir bersama anaknya iaitu Puteri Natasha, 5, nyata gembira dan tidak menyangka diberi layanan yang cukup baik daripada pihak penganjur, Era FM.
"Masa saya menang Jangan Lupa Nyanyi, saya tidak tahu apa hadiah yang saya bakal terima. Namun, selepas diberitahu saya akan dapat menerima hadiah ini, saya terkejut. Yelah, tak sangka saya dapat mengeliligi ruang udara ibu kota dengan menggunakan pesawat peribadi.
"Saya berasa amat seronok apatah lagi dapat beramah mesra dengan Anith. Tak sangka juga Anith begitu ramah dan syok berborak dengan dia. Saya dan keluarga saya memang penonton setia KDA2. Sejujurnya, saya tak kisah saya dapat berjumpa sesiapa saja pelakon KDA2.
"Namun, kalau ikut anak saya ni, dia nak sangat jumpa Akim. Dia memang suka Akim. Sebenarnya, sebelum saya datang ke sini, saya tak tahu pun dapat berjumpa dengan siapa. Kalau saya tengok Anith dalam TV, saya nampak dia macam berlagak. Tapi bila dah jumpa dia okay dan sporting," katanya kepada murai.com.my.
Terus berkongsi perasaan gembira, Ramzy yang turut berpeluang untuk makan semeja bersamaaktres Sabrina Ali berkata sekiranya dia diberi peluang berlakon dalam KDA2, dia mahu memegang watak Aril.
"Semua karaktor dalam KDA2 saya suka. Tapi saya lebih suka watak Aril dan terigin juga melakonkan watak tersebut. Watak itu nampak garang. Saya dah tengok KDA dari musim pertama lain. Memang KDA2 ada perbezaan terutama sekali pada jalan ceritanya.
"Kalau ada pertandingan yang hadiah dapat bersama pelakon KDA2, saya nak sertai lagi. Selain memenangi peraduan ini, saya juga pernah menang pertandingan Nescafe bersama penyampai Era, Ray dan Haniff," jelas Ramzy yang telah sekian lama menjadi pendengar setia Era FM.

No comments:

Post a Comment