Seingat kami, AC Mizal sebelum ini pernah berkata bahawa dia sudah menerima surat penganugerahan pada bulan Ramadhan yang lepas dan bakal menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana sekitar akhir tahun lepas.
Tapi, bukan ke tempohari dalam pelbagai statement kepada media tempatan AC Mizal ada berkata penganugerahan pingat akan dilakukan pada akhir tahun? Mungkin disebabkan musim banjir di Pahang majlis itu tertangguh tetapi pada November lalu, Pahang masih lagi tidak dilanda banjir.
OHBULAN! ada berhubung dengan wartawan dan blogger – Hazrey, kerana dengarnya dia ada bercakap dengan orang kuat Istana Pahang tempohari, tapi dia enggan bercakap apa apa.
Untuk rekod, antara artis yang pernah dianugerahkan gelaran Datuk adalah Sheila Majid. Bagaimanapun, jika tak silap, (Datuk) Sheila Majid hanya menggunakan gelaran itu sebaik menerima pingat dari Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang. Pun begitu, OHBULAN! difahamkan, Datuk Sheila Majid sudah menerima surat lebih awal dari Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sebagai memaklumkan perkenan Sultan Pahang bagi menganugerahkan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP).
Harap, AC Mizal dapat share gambar pingat bersama kami. Ramai orang di luar sana tidak sabar untuk memanggil AC sebagai Datuk AC. Dengan berlangsungnya majlis penganugerahan itu, mungkin akan melenyapkan semua desas desus di dunia maya terhadap bekas penyanyi kumpulan 4U2C ini.
No comments:
Post a Comment