Malah di corong radio (swasta) di Malaysia lagu-lagu penyanyi Indonesia masih hangat diputarkan. Adakah kita anggap isu kebencian terhadap Malaysia yang dilancarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Indonesia sebagai remeh? Maka kita hanya buat tak tahu saja?
Agaknya ada yang bimbang kalau tak putarkan lagu Rossa, Wali Band atau Ungu rating stesen mereka akan merudum?
Itu pandangan dangkal sebab kita sendiri yang mencorak keinginan pendengar terhadap muzik yang kita putarkan.
Kalau kerap diputarkan, pasinya lagu-lagu Hujan, Yuna, Aizat, Faizal Tahir, Tomok, Dayang Nurfaizah, malah Ramlah Ram atau Salwa Abdu Rahman pasti ada yang terus menggemari.
Tapi orang kita sendiri yang seakan akan membuat ukuran, lagi dari Indonesia lebih baik dan lebih enak didengar berbanding lagu-lagu ciptaan komposer tempatan.
Maka semakin hari semakin kuranglah produk tempatan yang dihasilkan. Syarikar rakaman tidak seberani dulu untuk memasarkan album baru.
Sudahlah semakin hari semakin kurang pembeli sebab teknologi dalam bidang muzik makin canggih. Ditambah pula dengan ketidakmahuan penerbit memilih lagi mereka.
Apa salahnya dikurangkan sedikit demi sedikit sebagai tanda protes terhadap apa yang sedang berlaku.
Lagu-lagu lokal juga banyak yang baik malah ada yang jauh lebih baik mutunya berbanding lagu-lagu Indonesia yang kedengaran hampir sama.
Dengar saja muzik Wali Band. Mendengar sebuah album ibarat meneliti sebuah lagu yang panjang durasinya kerana muzik dan melodi yang hampir sama dan mengorak langkah ke belakang. Macam lagi jiwang Melayu dulu-dulu saja.
Selagi kita sendiri memandang apa yang datang dari luar itu lebih baik, selagi itulah muzik kita dijajah. Pada bulan kemerdekaan ini... berubahlah.
No comments:
Post a Comment