Tuesday, January 11, 2011

Dr. Rozmey, Ingin Buka dRbook Penganti Facebook

Screen shot 2011 01 11 at 2.04.47 PM Dr. Rozmey Tertipu, Ingin Buka dRbook Penganti Facebook

Ini lawak antarabangsa ke apa? Dr. Rozmey kembali mewarnai dunia hiburan dengan idea-idea yang makin pelik & tak munasabah. Terpengaruh dengan khabar angin bahawa Facebook bakal ditutup 15 Mac 2011, Dr Rozmey bercadang untuk membuka sebuah laman sosial bagi mengantikan kekurangan tersebut, dRbook.
Ya, anda yang percaya bahawa Facebook akan ditutup memang 100% kena troll, pwned (Apa itu pwned?). Minggu lepas, konglomerat kewangan dunia seperti Goldman Sachs & sebuah syarikat Rusia membuat pelaburan bernilai $500 juta, dengan anggaran nilai potensi Facebook berjumlah $50 billion. Penganalisis pelaburan juga menganggarkan Facebook bakal bernilai $57 billion menjelang akhir tahun ini.
Screen shot 2011 01 11 at 2.09.12 PM Dr. Rozmey Tertipu, Ingin Buka dRbook Penganti Facebook
Menurut jurucakap CNBC, nila Facebook kini melebihi jumlah nilai Boeing, syarikat pembinaan kapal terbang yang terbesar di dunia. Dianggarkan Boeing hanya bernilai $49 billion setakat hari ini.
Logik akal, tak mungkin Mark Zuckerberg (co-founder Facebook) suka hati nak melenyapkan Facebook daripada dunia maya. Bukan apa, kami yakin pasti ada terselit duit-duit mafia yang turut dilaburkan dalam Facebook, cari nahas je!
Tujuan artikel ini ditulis untuk melenyapkan kisah-kisah Facebook yang makin menjadi-jadi.

No comments:

Post a Comment