Thursday, January 13, 2011
Fasha Sandha: Diam Lebih Baik Daripada Bersuara
KUALA LUMPUR, 13 JAN 2011: Belum pun reda kontroversi tentang isu penyebaran gambar berbikini aktres jelita Fasha Sandha yang tersebar luas di internet , kini buah hati kepada bekas suami Nora Danish ini telah mencetuskan satu lagi kisah panas.
Dia dikatakan tidak hadir ke majlis Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green di Pusat Beli-Belah di The Weld, Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan hanya membatalkannya dalam masa terdekat, sekaligus menyebabkan pereka fesyennya, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut.
Mengambil pendekatan enggan berbicara dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua isu tersebut, pelakon kelahiran Johor Bahru ini menyerahkan kepada masyarakat umum untuk membuat penilaian terhadapnya.
"Saya tak nak komen lanjut mengenai isu gambar dan soal ketidakhadiran saya pada majlis tersebut. Biarlah kalau ada pihak yang nak berkata tentang perkara itu kerana bagi saya berdiam itu lebih baik daripada berkata-kata dan saya juga tak mahu memanjangkan perkara tersebut. Kalau saya cakap pun orang tak akan faham," katanya ketika ditemui pada majlis pengumumuman Top 5, Anugerah Bintang popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) di sini, petang tadi.
Sementara itu, timbul juga kisah kehadiran kedua ibu bapa pelakon utama filem Cicakman tersebut ke sebuah agensi khabar tempatan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan laporan akhbar berkenaan yang menulis mengenai kedua-dua isu panas tersebut (isu bikini dan ketidakhadirannya pada majlis pertunjukan fesyen itu)
"Saya tak tahu mengenai perkara tersebut dan saya sibuk dengan perkara lain.Jadi saya tak boleh nak komen lanjut," katanya.
Enggan melayan isu-isu yang dibangkitkan segelintir pihak terhadap dirinya, jelas Fasha, apa yang penting sokongan keluarga dan peminat terhadapnya tidak pernah putus dan kalau boleh dia hanya beri tumpuan terhadap kerjayanya.
"Famili dan peminat masih ada di sisi saya dan itu adalah perkara yang cukup penting dalam hidup saya. Lagipun banyak lagi benda yang saya nak buat untuk tahun baru ini.Saya mahu fokus pada kerja dan selepas ini saya akan sibuk dengan penggambaran drama bersiri dan sebagainya.Jadi saya tak ada masa nak fikir-fikir benda-benda macam ini dan biarlah apa orang nak cakap asal ada keluarga dan peminat ada menyokong saya," katanya tenang.
Malah, jelas aktres berusia 27 tahun ini, meskipun dirinya dilanda pelbagai kontroversi, namun sokongan peminat terhadapnya tidak pernah henti dan buktinya dia masih lagi tercalon dalam senarai Top 5, kategori Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2010.
"Apa pun yang berlaku saya tetap mementingkan peminat kerana tanpa mereka saya tak akan ke mana kerana mereka juga saya turut berpeluang dicalonkan dalam senarai Top 5 ini,"ujarnya yang bergelar usahawan dengan membuka salun kecantikan yang diberi nama Chinta Hair Salon & Beauty yang akan beroperasi pada 14 Februari depan di Wangsa Maju.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment