Tuesday, January 18, 2011

Tersingkir Bukan Alasan Untuk Bobo Terus Mengalah

Peluang Anda Memilih Tema Untuk RL5
KUALA LUMPUR, 17 JAN 2011: Biarpun kecewa selepas diumumkan sebagai kumpulan pertama yang tersingkir pada program minggu ke-2, Raja Lawak 5 (RL5), namun kumpulan Bobo yang dianggotai oleh Mohd Hamizi Hashim atau Gbob, 24 dan Mohd Azwan Sabri atau Wan Awe, 24, tetap mahu membuktikan bahawa mereka boleh berjaya dalam industri hiburan satu hari kelak.
Gbob yang dihubungi murai.com.my, menyatakan kekecewaannya dan menanam hasrat untuk bertapak dalam industri hiburan tempatan.
"Kami benar-benar kecewa dan tak sangka kami antara peserta yang akan terkeluar pada minggu kedua. Kerana setahu kami, Bobo telah melakukan yang terbaik dan lebih baik daripada minggu pertama.
"Buktinya, kami mendapat sorakan yang kuat sepanjang persembahan kami yang lalu. Lagipun selepas kami dikritik minggu pertama oleh juri, kami telah pun menunjukan warna sebenar ketika persembahan minggu ini.
"Namun kami tak boleh berbuat apa, sebaliknya hanya redah dengan keputusan malam itu. Apa yang pasti selepas ini kami akan terus berusaha untuk berada dalam industri ini.
"Kami masih belajar, macam mana hendak bertapak kerana kami pun masih baru dan tidak mengenali sesiapa dalam industri ini. Jadi ianya mungkin akan mengambil masa," kata Gbob.
Pada persembahan RJ5 yang lalu, Bobo membuat persembahan sebagai seorang pelayan hotel juling yang melayan kerenah seorang pelanggan menerusi tema freestyle. Persembahan mereka mendapat pujian dan kata-kata semangat daripada barisan juri pada malam berkenaan.
"Boleh dikatakan, semua juri agak terkejut apabila mengetahui kami terkeluar. Tapi Sathia, David Teo dan Afdlin tidak henti memberikan kata-kata semangat kepada kami untuk terus maju dan tidak mengalah.
"Saya ingat kata Afdlin, tidak bermakna terkeluar awal maka perjuangan kami habis disini saja. Kata-katanya itu telah mebuatkan kami kuat untuk terus bertapak dalam industri ini, InsyaAllah," katanya kepada muari.com.my.
Selain kumpulan Bobo, dua kumpulan lain yang menerima undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) terendah pada malam berkenaan ialah kumpulan Kami dan Kopi O. Namun mereka terselamat dan tetap akan berada dalam RL5 untuk minggu seterusnya bersama peserta lain.

Dapatkan video-video terkini dari Raja Lawak 5 di Astro Mobile TV (AMTV). Hanya untuk pengguna Maxis dan DiGi sahaja.

1. Taip RL dan hantar ke 26000 untuk pelanggan Maxis.
2. Taip RL hantar ke 2016 untuk pelanggan DiGi. (Service start 21st Jan'11)
3. Klik pada pautan untuk melanggan. RM1.50/seminggu atau RM5/sebulan.

No comments:

Post a Comment