Monday, December 13, 2010
Godaan wanita warga China Pulau Tikus
GEORGE TOWN – Hasrat lima pegawai perhubungan awam (GRO) warga China yang baru sehari sampai di sini untuk mencari wang saku sempena Krismas tidak kesampaian apabila mereka ditahan ketika sedang leka membelai pelanggan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma, Pulau Tikus di sini kelmarin.
Turut ditahan dalam ‘Ops Noda’ pada pukul 9.30 malam itu ialah 17 lagi GRO China berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an. Kesemua mereka didapati bekerja secara haram dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Difahamkan, pusat hiburan yang turut menggunakan khidmat tonto itu pernah beberapa kali diserbu sejak awal tahun ini atas kesalahan yang sama.
Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Timur Laut (IPDTL) diketuai Asisten Supritendan Fauzi Mohd. Yusoff.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, pihaknya melakukan intipan selama empat hari sebelum menyerbu premis itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment