Thursday, December 30, 2010

Michael Douglas Terima Anugerah Ikon

TANGGAL 13 Januari akan datang, aktor Michael Douglas akan menerima penghargaan sebagai anugerah ikon dalam Palm Spring International Film Festival.
Perhargaan ini berikutan penglibatannya selama lima dekat dalam dunia perfileman Hollywood.
Menurut Splash News, anugerah berkenaan hanya diberikan kepada pengiat filem yang banyak memberi sumbangan kepada industri filem Inggeris.
“Kami sangat bangga untuk memberikan penghargaan ini kepada Micheal kerana kretivitinya dan sumbangannya dalam dunia perfileman yang tidak boleh dipertikaikan lagi,” ujar pengarah festival ini, Darryl MacDonald.
Bagaimanapun, ini bukanlah petanda berakhirnya perjuangan Micheal dalam industri ini. Dia bakal keluar dengan filem terbaru berjudul Wall Street: Money Never Sleeps bagi pencalonan Golden Globe Awards dan anugerah Oscar.
“Pendek kata, Micheal merupakan aset yang sangat bernilai oleh Amerika Syarikat,” ujar Darry lagi.

No comments:

Post a Comment