Tuesday, December 28, 2010

Umno Umum Tiga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Baru

KUALA LUMPUR: Umno melakukan rombakan kecil dengan melantik tiga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri baru berkuat kuasa 1 Januari ini melibatkan Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang bagi mengukuhkan parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu berkata, Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said akan kembali menerajui Umno negeri menggantikan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, manakala Ketua Umno Bahagian Marang yang juga Exco kerajaan negeri, Yahya Khatib Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.
"Di Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah akan mempengerusikan Umno negeri itu, mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Shafie Apdal manakala Datuk Mukhriz Mahathir pula dilantik sebagai timbalan beliau.
"Bagi Pulau Pinang pula, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan sebaliknya akan diserahkan kepada timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Bagaimanapun di Perlis, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Tiada perubahan berlaku di negeri-negeri lain termasuk di Selangor yang masih kekal di bawah Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai Umno Wilayah Persekutuan.
Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri 2011 yang diumumkan Tengku Adnan Tengku Mansor di sini pada Isnin.
Perlis
Pengerusi: Datuk Seri Md Isa SabuTimbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)
Kedah
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)
Pulau Pinang
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)
Perak
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul KadirTimbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Selangor
Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun RazakTimbalan : Datuk Seri Noh Omar
Wilayah Persekutuan
Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin YassinTimbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Negeri Sembilan
Pengerusi: Datuk Seri Mohamad HasanTimbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor
Melaka
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali RustamTimbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
Johor
Pengerusi: Datuk Abdul Ghani OthmanTimbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad
Pahang
Pengerusi: Datuk Seri Adnan YaakobTimbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
Terengganu
Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)
Kelantan
Pengerusi: Datuk Seri Mustapa MohamedTimbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin
Sabah
Pengerusi: Datuk Seri Musa AmanTimbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak

No comments:

Post a Comment