Friday, December 24, 2010

Reese ditawar RM48 juta

KEDUDUKAN Reese sebagai pelakon gred A di Hollywood tetap utuh.


SUDAH berusia 34 tahun serta bergelar ibu tunggal yang memiliki dua orang anak tetap tidak menghalang aktres Reese Witherspoon untuk menerima tawaran yang lumayan membintangi sebuah filem bercorak komedi.
Dia telah ditawarkan watak sebagai Lisa Jorgenson dalam filem berjudul How Do You Know yang diarahkan pengarah James L Brooks. Untuk filem tersebut, sebanyak RM48 juta telah ditawarkan kepada Reese sekiranya dia bersetuju membintanginya.
Difahamkan, filem berkenaan akan menelan belanja keseluruhan berjumlah RM480 juta dan Jack Nicholson yang akan bergandingan dengan Reese turut ditawarkan dengan bayaran lumayan sebanyak RM38 juta.
Sementara itu, pada tahun 2010 bekas isteri kepada aktor Ryan Phillippe itu hanya berlakon sebuah filem sahaja, manakala filem lakonannya berjudul Water For Elephants yang dilakonkan bersama Robert Pattinson akan ditayangkan pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment