Tuesday, December 28, 2010

Pelakon Utama Putera Katak Dikejar Dengan Parang


Putera katak logo 550x389 Pelakon Utama Putera Katak Dikejar Dengan Parang

Semuanya disebabkan tidak berpuas hati, Hanif pelakon utama drama Putera Katakyang kini keudara di Tv3 telah dikejar oleh sepasang kekasih di lebuh raya Duke lengkap dengan sebilah parang pada malam Jumaat yang lepas. Kami kira, pada malam Anugerah Skrin yang lalu.
Haniff telah dikejar sejauh 2 kilometer sebelum melepaskan diri di susur keluar Ampang, dan membuat laporan polis di balai berhampiran. Menurut Haniff, pada mulanya dia mengekori kereta suspek, namun disebabkan perlahan, dia memberikan isyarat lampu tinggi dan memotong kereta tersebut.
Kereta suspek kemudiannya membunyikan hon dan mula menghimpit kereta Haniff, sebelum bertindak menunjukkan parang. Haniff berkata lagi, dia ternampak seorang wanita disisi suspek tersebut, mungkin mereka adalah pasangan kekasih.
Bimbang dengan keselamatannya, Haniff memecut selaju-lajunya dan berjaya meloloskan diri. Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut, dan usaha mengesan sedang dijalankan.
p/s: Kami bajet suspek mabuk kot, malam krismas beb!

No comments:

Post a Comment