KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2010: Biarpun sudah berkali-kali aktres Eira Syazira memaklumkan bahawa kekasihnya Azad Jasmin adalah lelaki single dan tidak pernah berkahwin, namun masih banyak juga pihak yang meragui status aktor kelahiran Pulau Pinang tersebut.
Bagi mendapatkan kepastian tentang hal tersebut, murai.com.my telah mewawancara dengan tuan punya badan sendiri untuk merungkaikan segala persoalan yang berkaitan dengan status dirinya itu."Terus-terang saya tak pernah berkahwin dan tak pernah juga mengaku atau mengeluarkan apa-apa statement yang saya ni sudah berkahwin. Jadi tiada status duda atau pun sudah berkahwin, jauh sekali sudah mempunyai anak kerana saya masih bujang. Kalau ada pun, Eira orang pertama yang akan tahu.
"Terima kasihlah kepada yang menabur fitnah itu kerana mereka memang sengaja nak memberi publisiti secara percuma kepada saya. Saya pun pelik kenapa bila karier seni saya sekarang ini sudah mula meningkat naik, timbul pula isu atau gosip yang tidak benar seperti ini.
"Namun jika ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan saya, saya Azad Jazmin mencabar kepada sesiapa yang mengatakan bahawa saya ini saya berkahwin supaya tampil dan kemukakan bukti. Saya rasa itu sahaja yang boleh saya buat untuk membuktikan kepada orang ramai yang saya masih bujang," jelasnya pelakon filem Ngangkung ini.
Azad yang musykil dengan gossp dan kontroversi yang melanda dirinya ini bagaimanapun tidak mahu mengambil serius tentang hal tersebut serta mahu lebih memfokuskan diri terhadap kerjaya seninya.
"Tak tahulah, dulu masa saya tak sepopular kini tak ada pula cerita-cerita buruk tentang saya orang nak dedahkan. Tapi kini yang tak wujud pun diwujudkan. Nasihat saya janganlah kita dengki dengan kesenangan orang lain.
"Rezeki masing-masing Tuhan yang tentukan kita cuma berusaha sahaja.Saya anggap ini lumrah hidup dan terus-terang saya tidak akan melayan apa sahaja gosip yang tidak berasas ini serta lebih baik saya tumpukan kepada kerjaya saya," katanya lagi.
Sementara itu Azad juga kecewa apabila ada orang yang tidak bertanggungjawab telah menyamar sebagai dirinya dalam laman sosial Facebook dengan menggunakan nama wataknya dalam Anak Mamak Menantu Mami iaitu Jabbar Sultan (Azad Jazmin).
"Saya harap janganlah ada yang tertipu dengan segala penyamaran tersebut. Nama facebook saya hanya ada satu sahaja iaitu Azad Jazmin dan gambar profile saya pula diambil bersama Eira.
"Saya nasihatkan orang yang tertipu itu jangalah terus melayan si penyamar tersebut kerana saya takut mungkin orang itu ada niat lain yang jahat atau sebagainya," tegas Azad yang bakal muncul dengan filem Kongsi bersama Shaheizy Sam pada Januari tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment