Thursday, December 30, 2010

Malaysia juara AFF, Jumaat cuti umu


Malaysia juara AFF
Tahniah skuad bolasepak Malaysia yang menjadi juara piala Suzuki AFF buat kali pertama. Walaupun tewas 1-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Bung Karno tadi. Malaysia muncul juara dengan agregat 4-2.
Pemain Malaysia banyak berkubu di kawasan sendiri sehingga kawasan tengah dikuasai Indonesia yang menyebabkan mereka banyak menyerang, namun hasil serangan counter attack Malaysia sesekali beberapa kali nyaris menewaskan penjaga gol Indonesia, Markus.

Walaupun perlawanan banyak di kuasai oleh Indonesia yang menyerang bertubi-tubi tetapi Malaysia yang mendahului dahulu yang dijaringkan dengan cantik oleh Safee Sali pada minit ke-55.
Pemain Indonesia, Mohammad Nasuha kemudian berjaya menjaringkan gol penyamaan dan kemudian pemain Malaysia Mohamad Muslim Ahmad. membuat jaringan gol sendiri.
Berita gembira kedua untuk rakyat Malaysia ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Sumber Utusan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm
Sementara itu, 150 -200 orang penyokong Malaysia memprotes cara pengurusan stadium GBK yang meletakkan tempat duduk mereka di belakang gol bukan di tempat duduk VIP seperti yang diminta. Oleh kerana risaukan keselamatan mereka yang duduk di tengah-tengah penonton Indonesia mereka hanya menonton perlawanan akhir kedua itu di kedutaan Malaysia di Indonesia sahaja kerana bertujuan protes.
Kerana isu hangat laser pada perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, penyokong Indonesia begitu fanatik dan mengugut bermacam-macam kepada pemain dan penyokong Indonesia, malah selebriti Indonesia Julia Perez mengatakan untuk memakai hanya pakaian dalam laser kepada pemain Malaysia.
Pada perlawanan hari ni pun penyokong Indonesia ada mengguna laser semasa permulaan perlawanan dan semasa sepakan bebas tetapi penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi tetap bersahaja tidak seperti penjaga gol Indonesia Markus yang mengajak pemain-pemain Indonesia lain keluar padang semasa di Stadium Bukit Jalil.
Tahniah Malaysia dan diharap kecemerlangan pemain muda Malaysia berterusan setelah juara di peringkat Asian selepas ini semoga menjadi juara di peringkat Asia pula.

No comments:

Post a Comment