Thursday, December 30, 2010

A.Aida tuntut nafkah anak daripada Ameng RM85,000

KUALA LUMPUR: Produser dan dramatis 90an, A. Aida memfailkan permohonan bagi menuntut tunggakan nafkah 2 anak bernilai RM85,000 daripada bekas suaminya, Ameng yang merupakan vokalis kumpulan Spring.
Aida mendakwa, Ameng tidak pernah membayar nafkah tersebut sejak mereka sah bercerai pada 17 Disember 2003 yang secara keseluruhannya berjumlah 85 bulan.
Berdasarkan persetujuan bersama, Ameng bersetuju untuk membayar RM1,000 sebulan untuk nafkah anak, Wan Az Aleesa, 14,dan Wan Azevanatassha, 9 tahun.

No comments:

Post a Comment