Friday, December 24, 2010

Artis Popular Hantar Sihir Pengasih Kepada Rakan Aku!


hp wallpaper 10 1024x819 Artis Popular Hantar Sihir Pengasih Kepada Rakan Aku!
Al-kisahnya, pengalaman ini berlaku kepada kawan baik informer ini. Menurut informer, kawan’nya sudah terkena guna-guna oleh seorang artis popular, semuanya kerana niat ingin mengoda kawannya yang dikatakan cantik & jelita. Ikuti kisah informer ini, percaya atau tidak, itu terpulang kepada anda.
Aku kasihan kat dia, seorang yang cukup cantik dan jelita. Kalau dia bukan kawan aku & tua sedikit, memang sudah lama aku jadikan awek. Sedikit cerita latar belakang, dia ni sejak setahun lalu tiba-tiba tergilakan seorang artis popular ini tanpa sebab. Kalau diikutkan, perangai dia memang lain benar daripada dulu.
Bayangkan dia merupakan pelajar pintar dan pernah bertugas sebagai pensyarah di tempat aku berkhidmat ni. Sekarang sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di Sweden. Karakternya seorang yang lemah lembut, sopan santun.
Bayangkan, dia tidak pernah mengenali artis ini secara individu, namun sangat mengilai artis tersebut. Ketika artis ini buat show satu masa dahulu, dia sanggup balik daripada Sweden demi berjumpa artis tersebut, apa gila ke kawan aku ini? Akhirnya, rahsia terbongkar apabila dia dihantar berubat dengan pengamal perubatan tradisional.
Pengamal perubatan berjaya menarik keluar jin yang dihantar kepada gadis ini, dan hasil daripada soal siasat, jin tersebut dihantar oleh artis popular ini untuk mengoda wanita yang masih muda dan dara. Dengar cerita juga, bukan kawan aku sahaja yang kena, ramai lagi anak-anak dara yang terkena penangan ilmu pengasih artis popular ini.
Sebab itu, kalau ada sebarang kes skandal melibatkan artis lelaki kacak, pastinya terlibat dengan anak dara yang jelita. Dengar cerita, artis popular itu ingin ‘main’ dengan anak dara sahaja.
Sangat kasihan, kawan aku selalu sakit dan terganggu pengajian dia. Ada juga dia mengadu kepada aku baru-baru ini kerana tidak tahan dan ingin balik ke Malaysia untuk terus berubat. Semoga hal ini menjadi pengajaran dan buat anda di luar sana berhati-hati, jangan angau terkena ilmu sihir pengasih.

No comments:

Post a Comment