Bukannya takde wanita yang mahu menjadi suri hidup kepada komposer berbakat yang telah banyak menghasilkan lagu-lagi yang hebat seperti Sinaran, Kententuan dan Terlalu Istimewa ini.
Tapi entahlah, agaknya Azlan belum jumpa lagi kot dengan wanita yang sesuai. Yelah, nak cari pasangan hidup yang sesuai ni bukannya sesuatu yang mudah atau senang.
Sebaliknya, banyak kriteria yang perlu difikirkan. Jadi, tak salahlah kalau Azlan ambil masa sikit untuk pilih calon isteri.
Tapi, panggilan daripada seseorang pada petang Ahad semalam telah membawa perkhabaran yang gembira. Khabarnya, Azlan telah pun bertunang dengan seorang gadis yang telah sekian lama dikenalinya sejak sekian lama.
Gadis yang dikenali sebagai RH ini bagaimanapun bukanlah dari kalangan orang seni. Tapi, khabarnya dia ni simple dan menarik orangnya. Sebab itulah Azlan tertarik dengannya.
Pertunangan yang berkemungkinan juga adalah majlis merisik itu khabaranya telah dilangsungkan pada sebelah paginya iaitu kira-kira jam 10 malam. Kalau betullah cerita yang disampaikan ini, Murai Batu nak jadi orang pertama yang ucapkan tahniah buat Azlan.
Bila pulak agaknya majlis kahwin Azlan akan diadakan ya? Yang pasti, kalau Azlan kahwin, mesti ramai penyanyi yang berkaliber macam Adibah Nor, Ramlah Ram dan Ziana Zain yang hadir. Al-maklumlah, Azlankan pernah buat lagu untuk mereka.
No comments:
Post a Comment