Friday, December 24, 2010

“Hubungan Saya, David Teo Bagai Anak & Bapa” – Pierre Andre


Tiramisu 4 Hubungan Saya, David Teo Bagai Anak & Bapa   Pierre Andre
Umum tahu pergaduhan antara Pierre Andre & David Teo sedikit masa dahulu sudah pun pulih dengan kedua-dua pihak beralah, manakala David Teo menyerapkan kembali Pierre Andre di bawah pengurusan Metroweatlh. Ikuti kisah Pierre Andre selepas ini.
Perkembangan saya, sepanjang tahun 2010, saya berpeluang mengarah & berlakon 3 buah filem. Antara filem yang terlibat berjudul Cantik & Hijab, saya diberi kepercayaan untuk berlakon, dan dalam pada masa yang sama mengarah kedua-dua filem tersebut. Insyallah, mengikut perancangan, saya akan keluar dengan 10 buah filem, antaranya turut dimiliki oleh Metrowealth.
Hubungan pulih kerana orang dalam
Selepas peristiwa pergaduhan saya dengan David Teo, memang saya akui mempunyai lebih banyak peluang di luar sana. Namun, saya merindui suasana seorang bos yang selalu mengambil berat dengan anak buahnya. David Teo, walau pun bising, pot pet sana sini, namun kebajikan anak buah amat dijaga. Itu membuatkan saya ingin kembali berbaik dengan David Teo. Tambahan lagi, hubungan kami dipulihkan dengan kerjasama orang dalam Metroweatlh. Hubungan saya dengan David Teo bagai anak & bapa, saya bersyukur sebab peristiwa tersebut mematangkan diri saya.
Saya mula berbaik dengan David Teo sejak pertengahan tahun ini. Pernah juga terfikir ingin berhenti berlakon, tetapi David Teo berpesan, jangan dulu. Saya pernah terfikir untuk berhenti daripada dunia hiburan, dan mulakan perniagaan burger. Berkat sokongan ramai pihak, saya naikkan semangat dan kembali mewarnai dunia hiburan.
Apa yang membuat saya rebel dengan David Teo dahulu, kerana David cuba menjadikan saya seorang businessman, sedangkan saya seorang film maker. Selepas 2 tahun, saya sedar apa yang David Teo cuba sampaikan kepada saya ada baiknya. Sebab itu, saya pasang hasrat untuk kembali berbaik dengan David.
Cinta dengan anak kerabat Terengganu
Saya merancang untuk menamatkan zaman bujang, kahwin tahun depan. Tapi, itulah, selalu rancang, tapi belum tentu menjadi. Saya sudah mengenal wanita ini sejak 2 tahun lepas, bekerja di bank. Di awal proses perkenalan, saya tidak tahu pun dia merupakan orang kerabat Terengganu. Saya risau juga bercerita panjang mengenai dia, biarlah buat masa ini saya rahsiakan namanya dahulu.
Setakat ini, kami belum berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Mak saya sudah tahu, tapi belum berkesempatan berjumpa. Walaupun dia tua setahun daripada saya, saya amat selesa dengan dia. Dia tidak pernah mempersoalkan apa yang saya buat, pada saya, cinta memerlukan kepercayaan & kejujuran.
Bercinta dengan Sharifah Amani Dalam Drama Tiramisu
Saya memegang watak sebagai Dani Mirza, seorang anak tunggal daripada keluarga berada, mempunyai kedai kek yang besar. Saya enjoy memegang karakter ini kerana ceritanya berbentuk komedi ringan. Setakat ini, saya tak mahu involve dengan cerita hantu, saya tidak bersedia memegang watak jahat. Saya memandang diri saya seperti Will Ferrel atau Jack Black.

No comments:

Post a Comment