Akhbar Sunday Times hari inimelaporkan yang Tony Fernandesberminat dengan Virgin Atlantic.
Tony Fernandes yang semua sedia maklum adalah boss besar kepada syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia di’katakan sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih syarikat penerbangan milik Richard Branson itu.
Sumber turut memberitahu yang bayaran pengambilalihan ini boleh mencecah sehingga RM5 billion & Richard Branson kini memiliki 51% kepentingan dalam Virgin Atlantic.
Jika anda membaca buku tulisan Richard Branson bertajuk ‘Screw it, Let’s Do It!’, sejarah penubuhan Virgin Atlantic agak unik.
Richard Branson ‘tersadai’ di’sebuah pulau akibat masalah teknikal pesawat komersial ketika menjalankan tinjauan untuk membeli pulau peribadi & terpaksa menyewa sebuah pesawat charter untuk pulang.
Oleh kerana masih banyak kerusi kosong dalam pesawat tersebut, Richard Branson meminjam marker pen dari kaunter & membuat sebuah papan tanda menjual kerusi kosong kepada mereka yang ingin pulang ke London pada masa itu.
Pesawat charter tersebut adalah pesawat pertama tidak rasmi untuk Virgin Atlantic. 26 tahun selepas itu, kisah Tony Fernandes mahu ambil alih syarikat epik ini keluar.
Jika itu lebih baik untuk Virgin Atlantic dalam suasana persaingan & ekonomi kurang sihat ini, relakanlah diri anda untuk di’uruskan oleh Tony Fernandes.
No comments:
Post a Comment