KUALA LUMPUR, 30 DIS 2010: "Saya tak pernah terfikir untuk bertunang dalam masa terdekat bahkan dia (Hafiz Hamidun) merupakan pekerja saya. Saya pun terkejut bagaimana cerita pertunangan antara kami boleh tersebar namun apa yang pasti ia adalah dusta semata-mata," kata penyanyi Heliza Helmi ketika dihubungi murai.com.my bagi bagi menjelaskan mengenai gosip pertunangannya sepertimana yang disiarkan di ruangan Murai Batu, baru-baru ini.
Menganggap cerita itu sebagai tidak berasas, tutur Heliza, gosip tersebut mungkin timbul berikutan kelibat mereka berdua sering kali dilihat bersama.
"Hafiz merupakan penasihat di bahagian muzik di syarikat saya, Heliza Helmi Production Sdn. Bhd. Dia baru bekerja dengan saya tak sampai sebulan pun. Kami memang selalu keluar bersama menghadiri mesyuarat dan perbincangan jadi saya rasa mungkin ramai orang yang melihat kami bersama dan mula fikir yang kami ada hubungan," katanya dengan tenang.
Jauh di sudut hati, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 5 ini berharap, gosip tersebut akan cepat berlalu begitu saja kerana gusar dengan persepsi masyarakat terhadap dirinya kelak sekiranya melihat dia bersama lelaki lain pula.
"Saya harap gosip ini akan hilang kerana saya tak mahu nanti apabila orang nampak saya dengan orang lain, mereka fikir lain pula. Nanti timbul pula cerita saya ini jenis yang suka bertukar-tukar pasangan pula. Tak manislah macam itukan," luahnya dengan serius.
Berbicara mengenai kerjaya seninya, dalam ketawa girang kata Heliza, dia sduah pun menyiapkan tiga single lagu iaitu Cuma Aku, Chord G dan Kau Selamanya.
"Ketiga-tiga lagu ini dicipta oleh saya sendiri yang mana kesemuanya berentak pop, namun saya ada juga menyelitkan sedikit elemen reggae di dalamnya. Namun di antara ketiga-tiga lagu, Cuma Aku telah dipilih sebagai single pertama dan dalam minggu hadapan saya akan menghantarnya kepada stesen-stesen radio untuk dimainkan,"katanya lagi.
Selain itu, jelas penyanyi berusia 24 tahun ini juga memberitahu bahawa tahun hadapan diari hidupnya telah pun penuh dengan dihiasi pelbagai projek menerusi syarikatnya.
"Kami dalam perancangan mahu menerbitkan filem dan sebagainya. Tapi semua itu dalam perancangan. Insya Allah apabila dah menjadi akan saya uar-uarkannjya kepada umum," katanya mengakhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment