Friday, December 24, 2010

Konsert Michael Buble Pada Mac 2011

KUALA LUMPUR: Penyanyi pop popular, Michael Buble, 35, (gambar) sedang merangka sebuah konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Mac 2011.
Konsert tersebut dianjurkan oleh Enrich Malaysia Airlines (MAS).
Tiket dijual pada harga RM250, RM335, RM435, RM690, RM850, RM898, RM998 dan RM1,098.
Ahli Enrich boleh mendapatkan tiket bermula sekarang manakala untuk jualan kepada orang awam dibuka mulai 7 Januari depan.
Kepada yang berminat boleh melayari jagtickets.com.my atau hubungi talian 03-9205-7623.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh emelkan kepada tickets@jagtickets.com.my.
Penyanyi yang dikenali dengan gelaran Raja Swing itu popular menerusi lagu How can You Mend A Broken Heart, Kissing A Fool, Sway, Feeling Good, Home, Cry Me A River, Crazy Love dan Hollywood.
Buble pernah menjayakan persembahan amal di Kuala Lumpur pada 2003.

No comments:

Post a Comment