Keakraban dan ketulusan mempamerkan kemesraan tersebut, telah membuatkan ramai yang beranggapan mereka sememangnya tengah hangat bercinta. Enggan menyimpulkan ikatan yang semakin mekar terjalin itu sepertimana anggapan ramai, Qi bagaimanapun mengakui amat menyukai gadis yang berusia 24 tahun itu.
"Memang kami rapat dan saya suka dia. Saya akui kami selalu keluar bersama-sama dan saya selesa dengan dia. Apabila dah kenal, saya rasa dia seorang yang matang, gemar merendah diri dan tahu apa yang perlu dibuat untuk diri dan masa depannya. Kami dalam proses mengenali siakp dan perangai masing-masing," katanya ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas isu percintaan mereka yang hangat diperkatakan kini.
Menyambung perbualan jelas pengacara program Destinasi Bujet ini, sikap keprihatinan dan ambil berat yang dipamerkan oleh pelantun Dan Sebenarnya itu membuatkan hati terunanya terpaut untuk memilihnya sebagai teman yang paling istimewa.
"Dia ambil berat, prihatin dan sentiasa menyokong saya. Itu antara sebab saya suka dengannya. Dia lain dari lain dan pemikirannya juga bijak. Kami boleh berkongsi macam-macam cerita dan paling penting kami dalam aliran yang lebih kurang sama. Kalau kita berkawan dengan orang yang tak sama bidang susah sikit sebab kadang kala mereka tak faham kita," jelasnya penuh yakin.
Malah lelaki berusia 33 tahun ini juga tidak menafikan menjalinkan hubungan yang akrab bersama ibubapa Yuna.
"Saya bukan berkawan dengan Yuna sahaja tapi dengan ibu dan ayahnya juga saya berkawan. Saya pernah berjumpa mereka dan saya juga boleh 'masuk' dengan mereka. Bagi saya kalau kita nak berkawan secara serius bukan hanya dengan anaknya tapi dengan ibubapanya juga kita perlu berkawan," katanya lagi.
Masih belum menetapkan tempoh masa pada hubungan rapat itu bertukar cinta namun Qi tidak menolak sekiranya dalam masa terdekat status tersebut mampu berubah.
"Kami masih dalam proses mengenali tapi saya tak tahulah kalau dalam masa terdekat ini ia bertukar menjadi cinta. Saya pun dah berusia lebih 30 jadi pastinya perkara tersebut tidak menjadi masalah buat saya. Cuma kami ini masing-masing masih lagi sibuk dan mengutamakan kerjaya dahulu barulah cinta," katanya yang kini sibuk menjalani rakaman sebuah program yang baru diambil alih olehnya dan bakal disiarkan di TV3 tahun hadapan.
Sementara itu, membuka bicara mengenai kerjaya seninya, dalam nada penuh girang Qi berkata, tahun hadapan jadual seninya telah pun penuh sehinggalah pertengahan tahun hadapan. Lebih menggembirakan apabila dia terpilih menjadi pengacara program Art Attack bagi saluran kanak-kanak, Nickelodean.
"Saya sangat gembira dan tak menyangka akan terpilih untuk program ini. Saya sendiri merupakan peminat rancangan ini masa kanak-kanak dahulu. Dapat mengendalikan rancangan ini umpama mimpi indah yang menjadi realiti.
"Saya akan menjalani rakaman di Argentina sekitar tahun depan serta saya juga akan terlibat dengan rakaman musim kedua program Field Trip USA untuk 8TV. Jadual pengacaraan saya penuh sehingga Julai tahun hadapan dan selepas itu barulah saya boleh memikirkan tawaran lakonan," katanya.
No comments:
Post a Comment