Friday, December 24, 2010

Hati Ini Sudah Dimiliki – Neelofa, Juara Dewi Remaja 2010


neelofa
Kami tahu ramai yang bakal kecewa apabila Neelofa, Juara Dewi Remaja 2010 di dalam interview secara BBM mengakui yang hatinya sudah pun dimiliki. Kami kagum dengan ketulusan dan keikhlasan hati Neelofa yang tanpa segan silu mengakui yang dirinya sudah ada boyfriend.
- Secara jujur, Lofa sudah mempunyai seseorang sejak 2 tahun lepas. Lofa lebih suka jujur untuk bercakap soal cinta, sebab bagi Lofa, kalau nak sorok-sorok, baik jangan bercinta.


neelofa
Kalau lah ramai artis-artis Malaysia yang berfikiran seperti Neelofa, senang sikit kerja wartawan-wartawan Malaysia. Kami suka dengan kematangan Neelofa dalam bab percintaan ini. Buat apa taknak mengaku padahal memang hati sudah dimiliki kan? Tak gitu? Dan bila ditanya tentang gambar Neelofa yang agak seksi, ini jawapannya:-
- Gambar seksi itu memang salah Lofa. Waktu dulu-dulu, Lofa tidak pernah terfikir jauh untuk muncul dalam bidang hiburan. Jadi, ketika gambar photoshoot tersebut keluar di media, Lofa agak terkejut. Nasib baik, Lofa mempunyai keluarga yang sangat besar, dan ramai yang memberikan sokongan kepada Lofa.
neelofa
Secara ikhlas kami katakan, apabila mendengar jawapan Neelofa tentang gambarnya, kami kagum dengan sikap berani mengakui kesilapannya. Kisah yang dulu jangan dikenang tapi ambil buat pengajaran untuk masa hadapan. Bukan senang nak cari orang sebegini. Korek punya korek, rupanya Neelofa pernah belajar di MRSM Langkawi masa form 1 sampai form 5. Ternyata Neelofa adalah seorang beauty with a brain. Bukan senang beb nak masuk MRSM.
Dan kini nampaknya Neelofa sudah pun disunting oleh Aziz M. Osman untuk membintangi filem remake Azura. Neelofa bakal memegang watak utama filem ini. Kalau disunting oleh Prof Razak kami akan ragu-ragu sedikit, tapi kalau abang Aziz M. Osman pun dengan selambanya bagi watak utama kat Neelofa, sememangnya sudah pasti Neelofa ada bakat terpendam dalam bidang lakonan.
- Lofa agak takut juga, kerana tidak biasa dengan dunia lakonan. Dulu pernah’lah berlakon sikit-sikit, namun Abang Long (panggilan kepada Aziz M Osman) berjanji akan mengajar & membimbing Lofa dengan skil lakonan. Dari situ, Lofa ada keyakinan untuk mencuba.
neelofa
Untuk pengetahuan, Neelofa tak boleh keluar rumah lebih dari 7 malam tanpa ditemani oleh sesiapa. Keluarga Neelofa memang sangat ambil berat benda-benda sebegini. Kalau ke mana-mana pun, Neelofa pasti ditemani oleh kakaknya. So mungkin sesiapa yang patah hati kerana Neelofa dah ada pakwe boleh cuba mengorat kakak dia pulak.
Kepada Neelofa, pesan kami cuma satu. Dunia selebriti Malaysia ini penuh dengan pancaroba. Apa yang penting, kekalkan sikap peramah dan sentiasa ingat pesanan daripada mak bapak. Bila dah makin popular, jangan lupa mereka yang awal-awal dulu membantu kita. Always keep your heads down.

No comments:

Post a Comment