PASANGAN Hollywood Ryan Reynolds (gambar) dan Scarlett Johansson mengumumkan mereka akan bercerai pada 14 Disember lalu.
Tuntutan cerai dibuat oleh aktor berusia 34 tahun itu pada 23 Disember lalu ke Mahkamah Tinggi Los Angeles. Dalam tuntutannya, bintang 'The Proposal' itu mengaku telah berpisah sejak 14 Disember lalu dan sepakat untuk mengakhiri perkahwinan mereka yang baru berusia dua tahun itu.
Menurut Female First, Isnin, keduanya telah berbincang secara baik dan sepakat dengan segala hal. Tiada perjanjian perkahwinan yang dibuat mereka.
Scarlett juga tidak mempertikaikan tentang soal harta walaupun selama perkahwinantersebut Ryan mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding isterinya.
Difahamkan, rumah yang dihuni kedua-duanya akan dibahagi sama rata. Namun dalam surat tuntutan, hal tersebut akan diputuskan kemudian.
No comments:
Post a Comment