Tuesday, December 28, 2010

Facebook paling popular semasa Krismas

LONDON - Laman jaringan sosial Facebook merupakan laman web paling popular di Britain pada Hari Krismas sekali gus mengatasi enjin carian Internet, Google untuk kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Kunjungan ke Facebook pada hari berkenaan merangkumi 10.50 peratus daripada semua penggunaan Internet di Britain dengan Google mencatat 9.77 peratus.
Pada Mac tahun ini, Facebook mengatasi Google sebagai laman web yang menerima kunjungan terbesar di Amerika Syarikat.
Ia menerima 7.97 peratus daripada keseluruhan trafik di Internet manakala Google pula berada di tempat kedua dengan 7.03 peratus.
Facebook yang diasaskan oleh sekumpulan pelajar Universiti Harvard termasuk Mark Zuckerberg, empat tahun lalu, kini mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia. - Agensi

No comments:

Post a Comment