30 NOV 2010: Saya rasa semua orang dah tahu sejak dua hari lepas vokalis Peterpan yang kacak, Ariel telah pun dibicarakan atas dakwaan mengedar video seks di Internet . Boleh disimpulkan perbicaraan tersebut sebagai cukup hangat dan menarik perhatian pelbagai pihak.
Demi memastikan tidak ada rusuhan atau masalah sebelum berlangsungnya perbicaraan secara tertutup itu, seramai 100 orang polis ditugaskan menjaga keselamatan di luar mahkamah. Begitu hebatnya penangan kekasih hati Luna Maya ini sampai begitu sekali fenomena yang diciptanya.
Saya dapat tahu dari teman yang baru pulang dari seberang, semasa perbicaraan ramai peminat fanatik Ariel berada di luar mahkamah memberi sokongan kepadanya dengan menyanyikan lagu-lagu nyanyian Ariel. Tapi tak kurang juga ramainya penunjuk perasaan yang membenci Ariel berhimpun siap dengan sepanduk dan menjerit memarahi lelaki itu.
Paling menakutkan penunjuk perasaan anti Ariel itu menjerit meminta mahkamah menjatuhkan hukuman mati pada penyanyi berusia 29 tahun itu.
Naik takut saya mendengarnya tapi rasanya itulah petanda yang mungkin mereka sangat-sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku.
Tidak kisahlah berapa ramai yang nak berhimpun menyokong atau membencinya, yang penting sebelum perbicaraan, gelojak hati si teruna itu telah pun dapat diredakan setelah menerima kunjungan kekasih hatinya. Luna Maya dikatakan telah pun menghabiskan masa sejam berjumpa dan berbicara dengan Ariel.
Dalam pada itu, mengikut kenyataan peguam Ariel,perbicaraan hari ketiga akan diadakan pada minggu depan dan ia akan berlangsung secara terbuka. Malah dengarnya keputusan mengenai nasib penyanyi itu akan diputuskan pada hari tersebut.
Kalau bersalah saya dapat tahu hukuman penjara selama 12 tahun menanti dia selain bayaran denda melebihi RM 2 juta.
Moga-moga keputusan yang diterima sewajarnya kerana susah juga saya nak cakap siapa yang betul dan siapa yang salah. Harap-harap kes si pelantun lagu Mungkin Nanti ini akan menjadi iktibar buat warga seni yang lain agar lebih berhati-hati di masa depan.
No comments:
Post a Comment