BRUSSELS: Lanun Somalia disyaki bertanggungjawab menawan sebuah kapal milik Malaysia minggu lalu di Lautan Hindi, kata Kesatuan Eropah, semalam. Kapal Albedo itu ditawan 1,660 kilometer dari Mogadishu, awal Jumaat lalu, menjadikan bilangan tebusan lanun mencapai 500, kata armada laut EU yang ditugaskan memantau lanun (Navfor), semalam.
“MV Albedo mengibarkan bendera Malaysia dan milik negara itu, membawa 23 krew warga Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Iran,” menurut kenyataan Navfor.
“Kapal itu membawa kontena dan dalam perjalanan ke Mombasa dari Jebel Ali di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment