Sah! Khabar angin bahawa Vanidah Imran mengantikan Maya Karin akhirnya terjawab ketika berlangsungnya sidang media di cruise Putrajaya semalam. Berpakaian ala kemelayuan serba merah, Vanidah pada awalnya tampil sedikit gugup dengan kehadiran ramai media yang seakan-akan ingin menyerang dia dengan 1000 soalan subjektif. Ha ha.
Perkembangan terbaru, Vanidah Imran merancang untuk mengurangkan aktiviti lakonan kerana ingin menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan Nona, dan menyambung pelajaran.
Menjadikan Normala Samsudin sebagai idola, Vanidah Imran pernah berangan-angan untuk menjadi pengacara Nona, ketika itu umur dia sekitar 18 tahun. Dan tidak sangka, selepas 20 tahun, Vanidah mendapat panggilan daripada pihak TV3 untuk mengacarakan program berpretij ini, bagaikan satu mimpi!
Vanidah Imran dipilih hasil daripada survey orang ramai yang inginkan pengacara’nya mempunyai ciri-ciri wanita Melayu, latar belakang yang baik, dan karakter yang tersendiri. Jujur kata, wajah & suara Vanidah Imran dilihat menepati citarasa penonton setia Nona.
Menurut produser Nona, Maya Karin sebenarnya tidak menjatuhkan rating penonton, malah menarik lebih 1.5 juta penonton bagi setiap penonton. Namun, jangkauan sasaran penonton yang sepatutnya dicapai oleh Maya Karin adalah lebih tinggi. Maklum balas yang diterima, penonton lebih suka Nona dikekalkan dengan konsep kemelayuan, tidak dipengaruhi nilai-nilai urban.
No comments:
Post a Comment