Twitter Azwan Ali mengumumkan bahawa proposal rancangan realiti Satu-Satunya, baru sahaja menerima tajaan puluhan ribu, bakal ke udara secara langsung di RTM pada 14 Januari 2011, pukul 10 pm.
Kadangkala, kami ketawa besar melayan peel Azwan Ali yang suka melahar & melawak di Twitter, contohnya, baru-baru ini Azwan Ali membuat kuiz kontroversi berbunyi, “Namakan akhbar sampah No 1 yg tanggung dosa aibkan kisah adik beradik libat pic AA tanpa izin? Hadiah lumayan!”
Nak dijadikan cerita, kuiz tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan, dengan jawapan sinis daripada followers, seperti ‘Utusan Meloya”, “Mingguan Meloya”. Mungkin ada kaitan rapat dengan artikel Ummi Hafilda (kes Anwar Ibrahim), minggu lepas.
Kalau orang yang tidak biasa dengan kata-kata Azwan Ali, mungkin akan tersentak. Namun, industri hiburan memang memerlukan Azwan Ali, diva laser No. 1 di Malaysia. Kalau tak, boring noks!
No comments:
Post a Comment